Ahad, 26 Disember 2010

Kosmo Online

Kosmo Online


Tiga maut, dua hilang selepas bot terbalik

Posted:

Tiga maut, dua hilang selepas bot terbalik

Tiga maut, dua hilang selepas bot terbalik

26/12/2010 8:19pm

MERSING – Tiga maut manakala dua masih hilang apabila sebuah bot kayu yang membawa 29 pelancong terbalik dalam kejadian kira-kira 300 meter dari Jeti Tanjung Leman, di perairan Mersing, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd Nor Rashid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika bot yang membawa sembilan rakyat tempatan, 19 rakyat Singapura dan seorang rakyat China itu dalam perjalanan dari sebuah kelong di Pulau Sibu menuju ke jeti berkenaan.

"Mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita, Low Li Jun, 33, serta dua lelaki, Chua Lim Khoon, 45, dan Adrian Tan, 67, yang kesemuanya warga Singapura," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mohd Nor berkata, dua lagi yang masih hilang adalah Eng Kian Tek, 44, dan Tor Soon Kwee, 41, juga warga Singapura.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bot berkenaan terbalik akibat dipukul ombak kuat yang menyebabkan semua mangsa terjatuh ke dalam laut. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Disyaki pukul: Dua anggota polis ditahan

Posted:

Disyaki pukul: Dua anggota polis ditahan

Disyaki pukul: Dua anggota polis ditahan

26/12/2010 8:17pm

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis, dipercayai memukul seorang lelaki yang ditahan semasa sekatan jalan raya kerana disyaki membawa dadah Sabtu lepas, ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kedua-dua anggota berpangkat konstabel serta berumur 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Kota Damansara itu ditahan selepas kawad cam oleh lelaki berkenaan semalam.

"Dalam kawad cam itu, enam orang telah dibuat kawad cam dan dari jumlah itu, dua telah ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata, sebelum itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat laporan yang dibuat mangsa berhubung kejadian tersebut.

"Polis melihat kes ini adalah serius dan wujudnya penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota polis, dan tiada sebarang diskriminasi jika mereka bersalah," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan