Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Sengsara melalui jalan rosak

Posted:

Sengsara melalui jalan rosak

Sengsara melalui jalan rosak


Keadaan jalan rosak menyukarkan penduduk kampung keluar masuk untuk mengangkut hasil tani mereka ke pekan berhampiran.


Saudara Pengarang,
Kami penduduk Kampung Keladan dan Kampung Aur di Rompin mahu pihak berkaitan membaiki segera jalan rosak di kampung tersebut yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, keadaan jalan tersebut baik dan menjadi laluan utama penduduk kampung untuk keluar ke pekan berdekatan.

Namun segala-galanya berubah apabila dipercayai terdapat lori yang membawa muatan tanah, batu dan pasir menggunakan jalan tersebut sehingga ia rosak dan berlubang.

Akibatnya, penduduk terpaksa menanggung beban dan kesulitan apabila jalan berturap yang dibina kerajaan itu adalah jalan perhubungan ke Kampung Inoi, Muadzam Shah ke Kampung Keladan melalui Felcra Guchi dan Kampung Aur.

Ia dipercayai apabila terdapat pembinaan rumah sarang burung walet yang menyebabkan laluan itu rosak.

Kami penduduk di sini bimbang dengan keadaan ini dan kesal dengan sikap pihak terbabit yang mengambil jalan mudah dan sewenang-wenangnya menggunakan laluan tersebut untuk menuju ke tapak pembinaan sarang itu.

Lebih memburukkan keadaan, penduduk kampung tersebut sukar membawa keluar hasil getah mereka dari kebun akibat keadaan jalan yang rosak.

Malah, apabila waktu hujan keadaan jalan menjadi licin, lubang dan bertakung air.

Ia sudah tentu menyukarkan penduduk kampung yang bergantung harap kepada tanaman getah sebagai sumber ekonomi.

Lebih membimbangkan apabila musim tengkujuh, sudah tentu penduduk mengalami kesukaran kerana permukaan jalan licin dan berlubang.

Saya difahamkan perkara itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan sehingga ini, belum ada tindakan diambil untuk melakukannya.

Saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk kampung di sini.

Penduduk resah Rompin

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kekalkan syarat sertai ATM

Posted:

Kekalkan syarat sertai ATM

Kekalkan syarat sertai ATM

Saudara Pengarang,
PERSATUAN Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Pekan menyokong pendirian kerajaan yang tidak melonggarkan syarat kemasukan ke dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya mahu menarik minat penyertaan kaum tertentu ke dalam perkhidmatan tersebut.

Sebarang kelonggaran untuk kemasukan seperti keadaan fizikal seseorang individu, hanya akan mengakibatkan anggota yang diterima masuk tidak menepati syarat ditetapkan.

Bagi menggalakkan penyertaan pelbagai kaum menyertai perkhidmatan itu, kerajaan dan ATM akan memperhebatkan usaha promosi melalui siri jelajah ke seluruh negara.

Persatuan ini berpendapat, kaedah itu adalah yang terbaik kerana ia mampu menarik minat golongan muda pelbagai kaum menyertai ATM.

Saya berpendapat, syarat kemasukan ke ATM seperti sekarang perlu dikekalkan dan individu yang layak dipilih menjalani latihan ketenteraan.

Jangan ada sebarang kompromi mengenai perkara tersebut kerana jika syarat kemasukan itu dilonggarkan sewenang-wenangnya, negara mempunyai anggota tentera yang tidak cergas dan berkualiti.

Sebagai bekas tentera, saya tidak mahu masyarakat beranggapan anggota tentera seolah-olah lemah atau 'lembik' yang boleh menyebabkan keamanan dan kedaulatan negara mudah diancam musuh.

Dalam hal itu, PBTM Pekan memuji delegasi MIC dan Persatuan Bekas Angkatan Tentera India Malaysia (Perim) yang menyatakan janji kepada Menteri Pertahanan untuk membawa masuk 2,000 kaum India menyertai perkhidmatan ATM tahun depan.

Saya yakin dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah yang pernah berkhidmat sebagai seorang pegawai berpangkat mejar dalam ATM satu ketika dulu.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh beliau akan membuahkan hasil dan boleh mendorong badan politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan perkara sama bagi menarik minat kaum Cina menyertai ATM.

Sehubungan itu, PBTM Pekan menggesa kerajaan mengekalkan pendirian tidak melonggarkan syarat kemasukan ke dalam ATM.

Pegawai Penerangan PBTM Pekan, Leftenan Kolonel (B) Zulkifly Mohd. Tahir Pekan

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan