Utusan Online - Politik |
Posted: Usah terpengaruh pembangkangHULU LANGAT 26 Dis. - Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengingatkan kepada bekas tentera agar tidak terpengaruh dengan agenda politik pembangkang yang semakin keterlaluan menjelang pilihan raya umum. Presidennya, Datuk Mohd. Ali Baharom berkata, antaranya tindakan pembangkang yang mencabar ketuanan Melayu adalah perkara yang sangat keterlaluan dan tidak menghormati perasaan orang Melayu. "Kita tidak mahu perkara ini merosakkan bangsa Melayu kita sendiri demi memenuhi agenda politik mereka (pembangkang) yang terdesak. "Sepatutnya mereka kena hargai jasa bekas tentera kerana perjuangan mereka mempertahankan negara adalah sesuatu yang sangat besar demi melihat anak bangsa terbela di tanah air sendiri," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Jejak Skot Hati ke Hati dan perasmian PVTM cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua di sini hari ini. Pada majlis itu, PVTM turut menyampaikan sumbangan beras kepada bekas tentera yang hadir manakala ahlinya, Mohd. Sabri Mohd. Said yang kini lumpuh menerima sumbangan kerusi roda. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani yang turut hadir pada majlis tersebut berkata, kesanggupan PVTM turun padang mendampingi ahli patut dicontohi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain. Katanya, selain itu, di pihak kerajaan pula, kebajikan bekas tentera yang telah menabur banyak jasa untuk negara sememangnya diberi keutamaan. "Kita jangan mudah termakan dengan janji kosong pihak pembangkang. Lihat saja hari ini, adakah mereka peka dengan kebajikan bekas tentera dan sanggup turun padang?" ujarnya. Dalam pada itu, isteri penerima kerusi roda, Roslah Shahir, 53, melahirkan rasa terharu dan terima kasih terhadap persatuan itu kerana peka dengan keadaan suaminya yang lumpuh. "PVTM adalah persatuan yang peka dengan kebajikan ahlinya dan sumbangan ini sedikit sebanyak membantu kehidupan saya dan suami," katanya. |
Fokus pada isu Nik Aziz perlu letak jawatan Posted: Fokus pada isu Nik Aziz perlu letak jawatanKOTA BHARU 26 Dis. - Dewan Pemuda Pas Kelantan diminta memberi fokus pada isu sebenar dalam menjawab desakan agar Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sayap Pas atau mana-mana pihak yang menyokong parti itu sewajarnya lebih rasional dan tidak memberikan pelbagai alasan remeh temeh untuk mempertahankan pemimpin mereka yang jelas tidak lagi mampu mentadbir negeri ini kerana sering sakit. Beliau berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz mampu untuk mentadbir negeri ini, ia perlu dibuktikan dengan melantik sebuah badan bebas bagi menyiasat tahap kesihatan Mursyidul Am Pas itu. "Saya sudah jangka ada yang melenting apabila saya menggesa Menteri Besar Kelantan meletakkan jawatan. Hujah yang mereka berikan saya tak layak bercakap dengan berbagai alasan. Soalnya selama ini mereka juga mendesak orang itu dan orang ini patut letak jawatan, apakah mereka layak bercakap soal itu. "Fokus pada hujah-hujah saya, jangan lari daripada persoalan pokok kerana saya tidak mahu rakyat negeri ini terus ditipu dan dipimpin oleh seorang yang sering sakit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan Dewan Pemuda Pas negeri kesal dengan tindakan Ibrahim yang mendesak Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Pada masa yang sama, Ibrahim membidas Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang menyerangnya kerana menyifatkan pakatan pembangkang membuat satu lagi pembohongan besar apabila berjanji untuk melaksanakan perubahan dalam masa 100 hari selepas mengambil alih pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13. "Orang macam dia memang tidak terkejut kalau melenting. Tengok Kelantan, bukan 100 hari tetapi sudah 20 tahun, masuk angin keluar asap, mana ada pertumbuhan ekonomi, pengangguran terus meningkat, rakyat Kelantan terpaksa berhijrah mencari pekerjaan, prasarana masih teruk, jenayah meningkat dan macam-macam masalah lagi," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan