Rabu, 29 Disember 2010

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


'MCA 1' ditender pada harga tertinggi RM300,100

Posted:

'MCA 1' ditender pada harga tertinggi RM300,100

'MCA 1' ditender pada harga tertinggi RM300,100

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Nombor pendaftaran kenderaan 'MCA 1' telah ditender pada harga RM300,100 iaitu harga tawaran tertinggi untuk nombor plat kenderaan di Malaysia setakat ini.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu, bidaan bagi nombor pendaftaran itu mengatasi 'TAY 1' pada harga RM242,000 dan 'TAN 1' berjumlah RM200,900 sebelum ini.

Menurut kenyataan itu, nombor pendaftaran 'MCA 2' pula ditender pada harga RM101,000 dan 'MCA 8' pada harga RM88,168.

"Nombor pendaftaran 'MCA 888' pula mendapat tender terbanyak iaitu 15 bidaan dengan yang tertinggi pada harga RM15,400," jelas kenyataan itu lagi.

Nombor pendaftaran kenderaan untuk Melaka itu sebelum ini menjadi kontroversi apabila pada 23 September lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPK), Datuk Solah Mat Hassan mengesahkan pernah menerima surat yang meminta supaya tender MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum.

Surat itu yang dikatakan daripada Menteri Pengangkutan meminta nombor pendaftaran berkenaan hanya diberikan kepada ahli parti MCA, bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha membatalkan arahan tersebut.

Nombor pendaftaran berkenaan dibuka kepada tender umum bermula 24 November sehingga 14 Disember lalu dengan 965 permohonan tender diterima oleh JPJ.

Menurut kenyataan itu, keputusan penuh tender nombor pendaftaran siri 'MCA' ada dipamerkan di pejabat JPJ Melaka dan ia juga boleh disemak melalui www.jpj. gov.my.

JPJ dianggarkan mengutip sebanyak RM1.5 juta hasil bidaan dan tempahan nombor pendaftaran siri 'MCA'.

"Ini merupakan kutipan tertinggi dan peningkatan sebanyak tiga kali ganda bagi JPJ Melaka dalam urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding siri-siri sebelum ini yang purata kutipan adalah sebanyak RM500,000 untuk setiap siri," jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu, JPJ secara purata mengutip antara RM145 juta hingga RM150 juta setahun melalui urusniaga tender dan tempahan nombor pendaftaran kenderaan iaitu enam peratus daripada kutipan keseluruhan RM2.5 bilion setahun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

RISDA sasar 10,000 usahawan

Posted:

RISDA sasar 10,000 usahawan

RISDA sasar 10,000 usahawan

Oleh AZMAN MD.NOOR
pengarang@utusan.com.my


RAHIM Tamby Chik (dua dari kanan) ketika melancarkan Kelab Usahawan RISDA Kedah di Komplek Rakan Muda Baling, Kedah, semalam.


BALING 28 Dis. - RISDA menyasarkan lebih 10,000 pekebun kecil akan dilahirkan sebagai usahawan menjelang 2015 dalam usaha meningkatkan lagi taraf hidup mereka.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, agensi itu bukan sahaja terlibat dalam membangunkan aktiviti getah dan kelapa sawit tetapi juga mahu melahirkan usahawan yang mempunyai produk mereka sendiri.

''Sasaran RISDA itu bertujuan menjadikan pekebun kecil sebagai usahawan yang berdaya maju dan dapat menambahkan pendapatan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Kelab Usahawan RISDA Kedah di Komplek Rakan Muda Baling di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 107 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerima sumbangan pembiayaan aktiviti sebanyak RM100,000.

Hadir sama Pengarah RISDA Kedah, Adnan Din.

Tambah Rahim, sebanyak 62 koperasi milik pekebun kecil yang melibatkan keahlian seramai 182,000 orang sedang digerakkan bagi menjayakan sasaran itu.

Katanya, pekebun kecil getah yang berpotensi dan berdaya maju untuk menjadi usahawan sedang diberi bimbingan yang terancang bagi tujuan tersebut.

Dalam pada itu katanya, RISDA telah melaksanakan beberapa strategi dalam menjayakan kelab tersebut yang secara langsung dapat meningkatkan taraf hidup pekebun kecil di negara ini.

Beliau turut meminta penoreh getah supaya tidak terlalu ghairah memperoleh pendapatan tinggi sehingga gagal menjaga kualiti pokok getah untuk jangka panjang.

''Pejabat RISDA negeri telah diminta supaya memantau keadaan itu dan menggalakkan pembajaan terhadap pokok getah,'' ujarnya.

Jelasnya, walaupun harga getah melambung tinggi ketika ini, mereka harus berjimat cermat bagi jangka panjang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan