Utusan Online - Jenayah |
Dua anggota polis ditahan bantu siasatan dakwaan salah guna kuasa Posted: Dua anggota polis ditahan bantu siasatan dakwaan salah guna kuasaPETALING JAYA 26 Dis. - Polis hari ini menahan dua anggotanya yang berpangkat konstabel bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salahguna kuasa dan mencederakan seorang lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Kota Damansara di sini pada 18 Disember lalu. Penahanan dua anggota berusia 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Damansara itu dibuat untuk siasatan dan tindakan selanjutnya akan diketahui selepas kertas siasatan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) esok. Dalam kejadian itu, kedua-dua anggota tersebut didakwa mencederakan mangsa, Chia Buang Hing, 34, yang ditahan kerana gagal mempamerkan cukai jalan selain disyaki memiliki dadah dan parang. Kedua-dua anggota polis itu didakwa mencederakan mangsa selain mencuri wang tunai sebanyak RM13,000 milik mangsa. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, satu laporan polis berkaitan dakwaan mangsa yang bekerja sebagai peniaga bingkai lukisan dibuat pada 23 Disember lalu. "Laporan berkenaan dibuat sehari selepas mangsa menjalani tahanan reman selama empat hari dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. Menurut Tun Hisan, siasatan awal menunjukkan adalah wajar pihaknya menahan kedua-dua anggota terbabit supaya siasatan lebih telus dan adil dapat dilakukan. "Polis telah merakamkan 20 percakapan anggota, pegawai polis dan orang awam. Pelbagai sudut siasatan dibuat termasuk enam anggota polis menghadiri kawad cam semalam. "Mangsa turut dihantar ke hospital berhampiran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian x-ray selepas laporan dibuat. Polis sedang menunggu hasil siasatan pihak perubatan untuk tindakan selanjutnya. "Saya berpuas hati dengan perjalanan siasatan yang dianggap telus termasuk meneliti keterangan percakapan, kewajaran kes dan berdasarkan bukti yang ada," katanya. Menurut Tun Hisan, pihaknya memandang serius insiden berkenaan dan tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk anggota polis sekiranya mereka didapati terlibat dalam kegiatan jenayah serta salah guna kuasa. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dan Seksyen 379 kanun yang sama iaitu mencuri," katanya. |
Posted: Mayat polis bantuan ditemuiKUALA LANGAT 26 Dis. - Seorang anggota polis bantuan di sebuah kilang besi yang hilang selepas bot yang dinaikinya bersama seorang rakan setugas terbalik di Sungai Langat berhampiran Kampung Labuhan Dagang di sini semalam ditemui mati lemas petang ini. Mohd. Shazli Junoh, 21, ditemui satu kilometer daripada tempat botnya dikatakan terbalik kira-kira pukul 2.50 petang. Pegawai Bomba Kanan 1 di Bomba dan Penyelamat Banting, Ahmad Fadilah Tahir berkata, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan terapung dan dibawa arus. "Mayat anggota polis itu dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian," kata beliau. Semalam, Mohd. Shazli dikhuatiri lemas sementara rakan setugasnya, Hairizal Abu Samah, 30, terselamat apabila bot yang dinaiki mereka terbalik ketika sedang melakukan rondaan di Sungai Langat kira-kira pukul 6 pagi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan