Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Bantuan banjir diteruskan

Posted:

Bantuan banjir diteruskan

Bantuan banjir diteruskan

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Ahmad Bashah Md. Hanipah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada sebahagian pelajar tahun satu yang akan memulakan sesi persekolahan pada Ahad minggu hadapan di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar, semalam. - utusan/Kamal Basir


ALOR SETAR 30 Dis. - Mangsa-mangsa banjir pada awal bulan lalu diminta bersabar apabila melihat ada mangsa lain yang sudah menerima wang ihsan sebanyak RM500 setiap seorang kerana proses pengagihan masih lagi dijalankan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya kini sedang mengagihkan wang ihsan tersebut kepada kira-kira 15,000 mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan semasa banjir itu.

"Kita bagi dahulu kepada mangsa yang tinggal di tempat pemindahan dan kemudian barulah kita akan beri wang ihsan tersebut kepada mangsa banjir lain.

"Saya minta mereka bersabar kerana jumlah semua mangsa yang terlibat menjangkau 32,000 dan saya beri jaminan bahawa semua mangsa yang telah berdaftar akan menerima wang yang telah dijanjikan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan beg sekolah kepada murid-murid darjah satu di Sekolah Kebangsaan Taman Uda di sini hari ini.

Menurutnya, setiap hari pihaknya menerima aduan daripada mangsa-mangsa banjir yang belum menerima wang ihsan tersebut.

"Wang berkenaan diberikan secara berperingkat-peringkat dan saya yakin wang itu akan selesai disalurkan kepada semua mangsa banjir pada Januari tahun depan.

"Kalau masih belum dipanggil, giliran mereka belum sampai dan jangan fikir yang buruk kepada kerajaan kerana wang tersebut akan tetap diberikan kepada mereka," jelasnya.

Tambah Ahmad Bashah, beliau juga menerima laporan bahawa masih ada mangsa banjir yang belum membuat pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Bagi mereka yang masih belum membuat laporan mereka boleh datang ke Pejabat UMNO Negeri pada bila-bila masa untuk mengisi borang yang diperlukan.

"Sehingga kini proses pemberian wang ihsan masih dijalankan secara berterusan di daerah-daerah yang dilanda banjir tersebut," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Puteri UMNO edar kalendar

Posted:

Puteri UMNO edar kalendar

Puteri UMNO edar kalendar

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


SHAHANIM Mohd. Yusof (dua dari kiri) mengedarkan kalendar takwim kepada orang ramai di Taman Patani Jaya, Sungai Petani, Kedah, semalam. - utusan/OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 30 Dis. - Sempena sambutan tahun baru 2011, Puteri UMNO yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Shahanim Mohd. Yusof mengagihkan lebih 10,000 kalendar kepada orang ramai di sekitar bandar ini, hari ini.

Shahanim bersama kira-kira 30 orang ahli pergerakan itu dan penyokong Barisan Nasional (BN) mengagihkan dua jenis kalendar iaitu takwim Islam dan kalendar masehi kepada pengguna jalan raya dan peniaga yang di sekitar Taman Patani Jaya, Jalan Ibrahim dan Taman Ria.

Menurut beliau, program yang diadakan itu merupakan salah satu cara pihaknya untuk mendekati masyarakat lebih-lebih lagi di kawasan yang dikuasai pembangkang.

Selain itu katanya, program yang dianjurkan buat pertama kali itu turut bertujuan menyuburkan lagi semangat perpaduan dan hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negeri ini terutama dalam menghadapi cabaran pada tahun baru ini.

"Pengedaran kalendar takwim Islam adalah khusus untuk orang Islam bagi memudahkan mereka merujuk waktu sembahyang dan juga tarikh-tarikh penting dalam Islam sementara kalendar masehi pula dilengkapi dengan tarikh lunar bagi masyarakat Cina serta India.

"Agihan ini mendapat sambutan apabila lebih 10,000 kalendar habis diedar dalam tempoh dua jam," katanya di sini hari ini.

Shahanim yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani berkata, pihaknya bercadang meluaskan lagi pengedaran kalendar terbabit di kawasan luar bandar dalam tempoh terdekat.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa yakin terhadap keupayaan gandingan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merampas kembali Kedah daripada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pada masa ini sokongan yang diberikan oleh rakyat termasuk kaum Cina, India serta Siam amat menggalakkan kerana mereka mampu menilai parti mana yang sebenarnya telah membela nasib rakyat.

"Kalau dibandingkan dengan pilihan raya umum lalu, kali ini senarionya amat berbeza dan kita percaya BN boleh menang serta rampas kembali Kedah daripada Pas," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan