Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


A. Aida tuntut tunggakan RM85,000

Posted:

A. Aida tuntut tunggakan RM85,000

A. Aida tuntut tunggakan RM85,000

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Produser drama, A. Aida memfailkan permohonan bagi menuntut tunggakan nafkah dua anak sebanyak RM85,000 terhadap bekas suaminya, Ameng Spring yang didakwa gagal membayar nafkah tersebut sejak enam tahun lalu.

Aida yang juga dramatis tahun 90-an memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 17 Disember lalu menerusi peguam-peguam syarie, Nor Azmi Mohd. Arif dan Normawaddah Ramli.

Permohonan tersebut disebut buat kali pertama hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abdul Walid Abu Hassan.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 40, hadir bersendirian manakala kelibat Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, tidak kelihatan.

Terdahulu, Abdul Walid bertanyakan alasan mengapa Aida selaku plaintif mengemukakan permohonan itu hanya selepas enam tahun bekas suaminya itu gagal berbuat demikian.

Nor Azmi menyatakan, anak guamnya cuba memberikan peluang kepada Ameng namun vokalis kumpulan rock, Spring itu tidak juga memasukkan wang ke dalam akaun plaintif.

Ketika ditanya mengenai pekerjaan Ameng yang dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan itu, Nor Azmi memaklumkan bahawa Ameng seorang artis.

Selepas meneliti dokumen yang berkaitan, Abdul Walid membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Ameng mengenai kegagalannya membayar nafkah.

Prosiding kes tersebut akan berjalan di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan tarikhnya akan ditentukan kemudian.

Dalam permohonan itu, Aida menyatakan, mahkamah sebelum ini telah memerintahkan Ameng membayar RM1,000 bagi kedua-dua anak mereka, Wan Az Aleesa, 14, dan Wan Azevanatassha, 9, pada setiap awal bulan.

Menurutnya, perintah berkenaan dikeluarkan dengan persetujuan kedua-dua pihak selepas pasangan yang bernikah pada 1994 itu disahkan bercerai secara baik dengan talak satu pada 17 Disember 2003.

Aida kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Suffian Sulaiman.

Pada 1 November lalu, Ameng dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memasukkan ganja ke dalam badannya.

Semasa membela diri atas tuduhan dadah tersebut, penyanyi itu mendakwa ia adalah konspirasi antara Aida dan Suffian untuk memalukan dirinya.

Ameng berkahwin kali kedua pada 2004 dengan Sabariah Zakaria, 40, dan dikurniakan seorang anak, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

2 remaja didakwa

Posted:

2 remaja didakwa

2 remaja didakwa

Oleh NORZAINURA ABDUL MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 30 Dis. - Dua remaja lelaki berusia 14 dan 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pelajar Tingkatan Dua, Siti Mazni Abdul Rahman yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran rumahnya.

Kedua-duanya didakwa membunuh Siti Mazni, 14, di Ladang Kelapa Sawit Kampung Parit Ju Darat, Parit Sulong pada pukul 4.30 petang, 15 Disember lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Majistret Azureen Sahira Saufee Afandi menetapkan 23 Februari ini untuk tarikh sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abdul Aziz

Sementara itu, tiga suspek lain iaitu dua remaja berusia 14 tahun dan seorang lelaki berumur 44 tahun dibebaskan dengan jaminan bon RM50,000 setiap seorang mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Pekarangan mahkamah berkenaan turut dipenuhi keluarga tertuduh yang sebelum itu dibawa ke mahkamah menaiki van khas berwarna putih.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan penemuan mayat Siti Mazni di kebun kelapa sawit kira-kira 100 meter dari rumahnya pada 17 Disember lalu selepas dilaporkan hilang tiga hari sebelum itu.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putera, Tongkang Pecah itu ditemui dengan kesan tikaman di bahagian hadapan badannya dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang dalam ladang berkenaan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan