Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Sembilan pelacur China ditahan

Posted:

Sembilan pelacur China ditahan

Sembilan pelacur China ditahan


PELANGGAN dipercayai sedang memilih pelacur yang dipamerkan di dalam 'akuarium' sebelum menikmati khidmat disediakan di sebuah rumah kedai di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pelbagai taktik digunakan premis pelacuran untuk menarik minat pelanggan sehinggalah ada antaranya sanggup menempatkan gadis seksi berkenaan di dalam 'akuarium'.

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Avenue Park, Kuchai Lama di sini, seramai sembilan gadis warga China ditahan polis ketika memperagakan diri masing-masing.

Selain membuat pelaburan tinggi mengubah suai premis kepada berciri moden dan mewah, pemilik premis turut menyediakan kad perniagaan yang mempamerkan gambar gadis seksi untuk promosi.

Siasatan polis mendapati, pemilihan pelacur digelar China Doll gred A itu dilakukan secara rapi dengan memilih hanya berwajah cantik dan memiliki bentuk tubuh menggiurkan.

Kegiatan dipercayai baru 10 hari beroperasi itu menawarkan khidmat seks biasa RM160 manakala pakej istimewa RM180 sejam dengan mandi bersama.

Menurut Pegawai Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Inspektor Zurita Ahmad, kegiatan premis itu berjaya dihidu pihaknya sebelum serbuan dibuat pukul 4.30 petang ini.

Katanya, seramai sembilan wanita warga China berusia lingkungan 19 hingga 28 tahun dan lima lelaki dipercayai pekerja premis berkenaan ditahan.

"Kesemua mereka yang didapati menyalah guna pas lawatan sosial itu dipercayai bekerja sebagai tukang urut dan pelacur di premis tersebut.

"Tujuh warga China itu memiliki pas lawatan sosial yang sah manakala dua lagi sudah tamat tempoh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati empat daripada lelaki itu merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga Bangladesh dan dipercayai memiliki kad pengenalan palsu.

"Polis menemui ribuan kondom yang belum digunakan di premis yang tidak memiliki lesen perniagaan itu.

"Premis itu menyediakan empat bilik biasa dan lapan lagi bilik yang dilengkapi peralatan mandi dipercayai untuk khidmat seks dengan pakej istimewa," katanya.

Dalam pada itu, menurut Zurita, kegiatan pelacuran itu turut dipromosikan menerusi laman sosial popular Internet bagi mencari pelanggan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Anggota mayat dijumpai dalam loji kumbahan

Posted:

Anggota mayat dijumpai dalam loji kumbahan

Anggota mayat dijumpai dalam loji kumbahan

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Beberapa pekerja Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terkejut selepas menemui anggota badan mayat manusia dari paras pinggang hingga lutut di loji pengolahan kumbahan Taman Pasir Mas, Kajang, dekat sini semalam.

Penemuan anggota badan pada pukul 2.30 petang tersebut kemudian dilaporkan kepada pihak polis sebelum operasi mencari anggota badan lain mayat terbabit dilakukan sejurus selepas itu dan disambung sehingga pukul 5 petang ini.

Hasil usaha yang dijalankan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dan forensik di loji terbabit berjaya menemui tengkorak, separuh lagi badan termasuk tangan dan kaki selain serpihan tulang mangsa secara berasingan.

Pemeriksaan awal ke atas seluar jean dipakai mangsa menemui sebuah dompet yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai dan dokumen-dokumen dipercayai miliknya.

Berdasarkan identiti itu, mangsa dipercayai Liew Kuan Mang, 29, dan merupakan lelaki yang dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah, Taman Pasir Mas, Kajang, sejak 7 November lalu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini masih belum dipastikan sama ada mangsa dibunuh dan dikerat.

Sementara itu, bapa mangsa, Liew Swee Hen, 66, ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini berkata dia yakin anggota badan ditemui di loji tersebut adalah milik anak lelakinya yang dilaporkan hilang.

"Hati saya sangat sakit. Kenapa anak saya diperlakukan begini. Jumpa mayat sudah tidak berguna, dia telah mati," katanya.

Menurut Swee Hen, anaknya yang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin dilaporkan hilang selepas pergi minum di sebuah restoran di Sungai Chua, Kajang, pada hari kejadian.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anak saya pergi ke tandas tetapi tidak kelihatan keluar dipercayai dilarikan melalui pintu belakang restoran," katanya.

Menurut beliau, sebelum itu, dia dimaklumkan mangsa pergi ke sebuah kelab malam bersama sembilan lagi rakannya dan berlaku pergaduhan antara mereka dan penjaga kelab malam berkenaan.

Ekoran kejadian itu, tiga rakannya yang terbabit dengan pergaduhan pada malam kejadian cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan