Isnin, 27 Disember 2010

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kutipan zakat harta meningkat

Posted:

Kutipan zakat harta meningkat

Kutipan zakat harta meningkat

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam (tengah) turut menunaikan tanggungjawab membayar zakat pendapatan RM84,000 kepada Timbalan Pengerusi PZM, Datuk Nawi Ahmad (kanan) di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 26 Dis. - Kutipan zakat harta di negeri ini meningkat sebanyak 10.02 peratus bagi tempoh Januari sehingga 21 Disember lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pengerusi Pusat Zakat Melaka (PZM), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebanyak RM25.7 juta berjaya dikutip oleh PZM berbanding RM23.3 juta pada tahun lalu.

''Saya ingin merakamkan terima kasih kepada agensi korporat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara serta orang ramai yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

''Saya harap mereka semua akan terus memberikan komitmen dalam melunaskan kewajipan berzakat dalam memastikan keperluan asnaf dipenuhi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan zakat perniagaan, akad zakat pendapatan Exco, ADUN dan Ahli Dewan Negara di Seri Negeri, Ayer Keroh baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Ghazale Mohamad.

Pada majlis tersebut, Mohd. Ali turut menerima zakat daripada MIDF berjumlah RM100,000, Felcra Bhd. sebanyak RM29,036 dan Sirim QAS International Sdn. Bhd. berjumlah RM58,686.88.

Menurutnya, jika semua pihak menunaikan tanggungjawab itu ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan ekonomi masyarakat Islam khususnya di negeri ini.

Bagaimanapun kata beliau, zakat perniagaan menunjukkan penurunan sebanyak 1.8 peratus apabila bagi tahun ini sebanyak RM6.1 juta berjaya dikutip berbanding RM6.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negeri ini untuk menunaikan kewajipan melunaskan zakat mereka di pejabat PZM berdekatan pada atau sebelum 31 Disember ini.

Pada majlis yang sama juga, Mohd. Ali turut menunaikan tanggungjawab apabila membayar zakat pendapatan berjumlah RM84,000.

Turut sama berzakat ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Yaakub Md. Amin berjumlah RM12,000; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan, Datuk Ab. Karim Sulaiman (RM3,812.76) dan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Md. Yunos Husin.

Lain-lain ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol (RM3,886.56); Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Muhamad dan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

199 premis makanan di Seremban dapat Gred A

Posted:

199 premis makanan di Seremban dapat Gred A

199 premis makanan di Seremban dapat Gred A

SEREMBAN 26 Dis. - Sebanyak 199 daripada 1,586 premis makanan di daerah ini yang berada dalam keadaan bersih telah diberikan gred A berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS) baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latiff memberitahu, hasil daripada pemeriksaan itu juga sebanyak 885 premis makanan diberikan gred B.

''Berdasarkan pada statistik dan pemeriksaan yang kita lakukan itu, sebanyak 452 buah premis mendapat gred C.

''Premis-premis makanan yang berada pada kategori kurang daripada C telah dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Seremban untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Jelas Abd. Halim, melalui pemeriksaan susulan yang dilakukan oleh pihak Pejabat Kesihatan Seremban, sebanyak 74 buah premis makanan juga telah diarah tutup kerana gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Kata beliau, penutupan premis berkenaan selaras dengan Akta Makanan 1983 Seksyen 11 setelah mendapati premis makanan tidak bersih.

''Ia akan dibenarkan untuk menjalankan perniagaan semula setelah Pejabat Kesihatan Seremban berpuas hati dengan kerja-kerja pembersihan premis yang dilakukan,'' ujarnya.

Abd. Halim memberitahu, pemeriksaan terhadap semua premis makanan akan dilakukan secara berterusan bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa berada di tahap yang baik.

''Bagi premis yang mendapat kategori A, bukanlah bermakna ia kekal sebaliknya boleh diturunkan ke tahap yang lain jika pembersihan tidak dijaga dengan baik," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan