Jumaat, 31 Disember 2010

Kosmo Online

Kosmo Online


Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas

Posted:

Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas

Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas

31/12/2010 9:02pm

KEMAMAN – Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas setelah dipercayai terjatuh dalam parit sedalam dua meter berhampiran rumahnya di Kampung Kampung Kubang Putat, Seberang Pintasan Dungun hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Dahlan Mohd Noor berkata, kehilangan Durrani Arfah Masrul, 3, hanya disedari oleh ibunya kira-kira pukul 12 tengah hari yang ketika itu hujan lebat.

"Selepas tidak menemui anaknya di dalam rumah, ibu kanak-kanak itu telah keluar mencari di sekitar rumahnya dan menemui sekaki payung di tepi parit yang dipercayai digunakan oleh anaknya.

"Kita hanya dimaklumkan tentang kehilangan kanak-kanak itu kira-kira pukul 2 petang selepas solat Jumaat dan gerakan mencari dan menyelamat dijalankan selepas itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ekoran hujan sejak semalam, air parit yang mengalir ke Kuala Dungun itu dilaporkan agak deras. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keluarga bangga persembahan Khairul Fahmi

Posted:

Keluarga bangga persembahan Khairul Fahmi

Keluarga bangga persembahan Khairul Fahmi

31/12/2010 8:12pm

KOTA BHARU – Kejayaan pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 cukup membanggakan seluruh keluarga penjaga gol skuad Harimau Malaya itu, Khairul Fahmi Che Mat, 21.

Aksi cemerlangnya pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno benar-benar mengejutkan keluarganya terutama bapanya Che Mat Hussain, 58, yang menyifatkan ia sebagai hadiah amat bermakna buat negara.

"Kami semuanya teruja dengan apa yang telah ditunjukkan pada perlawanan akhir itu dan kami sangat berbangga Pak Su (gelaran buat Khairul Fahmi) telah berbuat sesuatu untuk negara.

"Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak dan kejayaan ini adalah berkat usaha dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang ada dalam dirinya," kata Che Mat kepada pemberita di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum perlawanan akhir itu, Khairul Fahmi ada menghubunginya dari Jakarta bagi memohon restu agar perlawanan akhir itu akan berpihak kepada negara "dan prestasinya pada malam itu benar-benar menjadi".

"Itulah anak saya... baik sebelum beraksi untuk Kelantan, atau untuk negara tidak akan lupa untuk memohon restu daripada keluarga," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan