Isnin, 27 Disember 2010

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Bot karam: 3 maut, 2 hilang

Posted:

Bot karam: 3 maut, 2 hilang

Bot karam: 3 maut, 2 hilang

Oleh HANIZA HASSAN, NORAZMAN ABDUL RAHIM dan AZIZI MAJIDbr>utusanjohor@utusan.com.my


Mangsa bot karam diberi pertolongan cemas di Jeti Tanjung Leman, Mersing, semalam.


MERSING 26 Dis. – Tiga maut manakala dua lagi masih hilang apabila sebuah bot membawa 29 penumpang terbalik dan karam dipukul ombak kuat ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kelong memancing ikan berhampiran Pulau Sibu ke Jeti Tanjung Leman di sini hari ini.

Ketiga-tiga mangsa yang maut ialah Low Lee Jun, 33; Chua Lin Kun, 45; dan Adrain Tan, 67.

Dua yang masih hilang pula adalah Ng Kian Teck, 44, dan Tor Soon Kwee, 41.

Kesemua mangsa merupakan warga Singapura.

Ketua Polis daerah, Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, ketika kejadian pukul 1.30 petang itu, bot nelayan yang membawa sembilan rakyat tempatan, 19 warga Singapura dan seorang warga China dalam perjalanan pulang ke jeti selepas selesai memancing di kelong berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tekong bot tersebut dikatakan gagal mengawal bot berkenaan berikutan keadaan ribut dan ombak kuat sebelum ia dipukul ombak dan terbalik, kira-kira 300 meter dari jeti berkenaan.

"Beberapa bot yang berada di jeti berkenaan bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menyedari insiden itu dan berjaya menyelamatkan 24 penumpang serta tekong bot berkenaan.

"Bagaimanapun, tiga daripada penumpang bot berkenaan mati lemas setelah gagal diselamatkan manakala dua lagi masih hilang," katanya kepada pemberita di Jeti Tanjung Leman di sini hari ini.

Menurut Mohd. Noor, ketiga-tiga mangsa yang maut dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat. Mangsa yang terselamat turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Katanya, siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan bot kayu berukuran 40 meter X 10 meter itu membawa muatan berlebihan. Bot nelayan berkenaan hanya dibenarkan membawa 12 penumpang berbanding 29 penumpang ketika kejadian.

Kesemua penumpang juga dikatakan tidak memakai jaket keselamatan meskipun bot tersebut mempunyai enam jaket keselamatan.

"Siasatan polis turut mendapati tekong bot berusia 67 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu bot. Dia bersama pemilik kelong berusia 58 tahun kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana cuai hingga menyebabkan kematian," katanya.

Katanya, beberapa agensi penyelamat termasuk Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Laut terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa.

Sehingga pukul 8 malam ini, operasi mencari masih diteruskan.

Sementara itu, salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi itu memberitahu keadaan ketika kejadian menjadi kelam kabut apabila bot yang mereka naiki terumbang ambing selepas dipukul ombak sebelum terbalik.

Lim Tai Wee, 35, memberitahu, selepas bot itu karam, dia yang mahir berenang sempat berpaut pada serpihan kayu bot yang telah pecah sebelum diselamatkan tidak lama kemudian.

"Ketika itu, keadaan agak cemas. Secara tiba-tiba sahaja bot jadi senget dan terus terbalik," katanya.

Tai Wee yang berasal dari Singapura berkata, cuaca ketika kejadian kurang baik berikutan angin yang sangat kuat menyebabkan ombak beralun hingga menyebabkan air naik sehingga ke atas bot.

Seorang mangsa rakyat tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Yap, 19, berkata, dia bernasib baik apabila sempat berpaut pada tong ikan sebaik sahaja bot itu karam.

Katanya, dalam keadaan yang kelam kabut dia turut mendengar suara yang meminta tolong namun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan keadaan laut yang bergelora.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Hormati perasaan, hak, kehendak antara kaum - Rais

Posted:

Hormati perasaan, hak, kehendak antara kaum - Rais

Hormati perasaan, hak, kehendak antara kaum - Rais

MELAKA 26 Dis. - Budaya menghormati perasaan, hak dan kehendak kaum lain perlu menjadi intipati kelangsungan untuk terus mewujudkan perpaduan dan kesepakatan bangsa Malaysia.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setiap perbezaan itu, tidak seharusnya terjerumus ke kancah permusuhan.

"Jika rakyat tidak mahu bersatu padu, mereka dikira tidak menghormati perpaduan negara dan sambutan hari ini melihat kebanjiran rakyat berbilang kaum membuktikan hubungan rapat di antara mereka.

"Oleh itu, rakyat perlu berganding bahu bersama kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara model dan contoh dalam konteks toleransi antara agama dan kaum," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Rumah Terbuka Krismas 2010 peringkat kebangsaan di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir di sini malam ini.

Majlis Rumah Terbuka Krismas 2010 disambut meriah dengan dihadiri 10,000 masyarakat berbilang kaum termasuk pelancong asing.

Mengulas lanjut, Rais berkata, kerajaan sentiasa berusaha menerangi kehidupan rakyat dengan pelbagai program sentuhan gagasan 1Malaysia.

Kerajaan katanya, sentiasa bersama rakyat dan mendekati mereka setiap masa menerusi pendekatan mesra budaya.

"Kerajaan mengangkat enam perayaan yang paling utama iaitu Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Tadau Keamatan, Gawai, Deepavali dan Krismas berlandaskan dengan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sambutan majlis Rumah Terbuka Krismas boleh dijadikan landasan terbaik untuk menghindari sikap prejudis dan berprasangka buruk terhadap kaum lain.

Lebih penting, katanya, ia boleh dijadikan sebagai tempat mengenali dengan lebih rapat dan memahami adat serta budaya segenap lapisan masyarakat serta memperkukuhkan sikap toleransi.

Beliau menyeru rakyat menjadikan gagasan 1Malaysia sebagai payung yang mampu menaungi segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan