Selasa, 28 Disember 2010

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


UiTM pilihan rakyat, majikan

Posted:

UiTM pilihan rakyat, majikan

UiTM pilihan rakyat, majikan

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 28 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang disifatkan sebagai antara institut pengajian tinggi terbaik apabila berjaya melahirkan ramai graduan bumiputera profesional dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi aspirasi negara.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Safian Ismail berkata, budaya penyelidikan dan penerokaan ilmu yang diketengahkan UiTM telah menjadikan institusi itu pilihan rakyat dan majikan.

Katanya, budaya positif itu menjadi pemangkin kepada graduan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran demi pembangunan bangsa, agama dan negara.

''Pengiktirafan UiTM sebagai sebuah universiti unggul perlu dipertahankan menerusi kualiti graduan yang berdaya saing, global dan pengurusan yang mematuhi keperluan ISO 9001:2008.

''Dalam hal ini pengurusan dan pentadbiran UiTM wajar memastikan semua kehendak dan keperluan piawaian yang ditetapkan oleh ISO 9001:2008 dipatuhi," katanya ketika berucap merasmikan Hari Kualiti UiTM Pahang 2010 di Hotel De Rhu Beach Resort di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah UiTM Pahang, Prof. Madya Dr. Hilmi Ab. Rahman.

Mohammad Safian berkata, misi UiTM mempertingkatkan bidang keilmuan dan kepakaran kaum bumiputera dalam semua bidang perlu disokong sepenuhnya oleh semua pihak di negara ini.

Katanya, matlamat itu hanya dapat dicapai menerusi program profesional, penyelidikan dan penglibatan masyarakat yang berlandaskan pada nilai-nilai murni dan etika profesional.

Tambahnya, peranan UiTM sangat besar kerana ia menyediakan peluang maksimum kepada rakyat untuk mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan dan seni.

''UiTM menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan.

''Ia sekali gus dapat memastikan produk UiTM dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan dan di peringkat global," ujarnya.

UiTM tambahnya, perlu mempertahankan legasi itu untuk muncul sebagai sebuah organisasi cemerlang dalam bidang pengurusan sumber manusia dan kewangan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

UiTM Pahang terima Anugerah Kualiti Naib Canselor

Posted:

UiTM Pahang terima Anugerah Kualiti Naib Canselor

UiTM Pahang terima Anugerah Kualiti Naib Canselor

MARAN 28 Dis. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang mencatat sejarahnya tersendiri apabila menerima Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) baru-baru ini.

Pengarahnya, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman berkata, pengiktirafan itu diterima pada sambutan Bulan Inovasi yang diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor minggu lalu.

Menurutnya, anugerah itu diterima selepas UiTM Pahang berjaya memenangi beberapa pertandingan termasuk Projek 1Malaysia yang bertajuk '1Malaysia House', 'Zooming Wajah-Wajah 1Malaysia' dan Festival Makanan 1Malaysia.

''Kemenangan itu hasil kerjasama dan kemantapan idea Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur yang menghasilkan '1 Malaysia House.'

''Fakulti Perakaunan yang menghasilkan produk 'Zooming Wajah-Wajah 1Malaysia' mengetengahkan keistimewaan negara yang boleh dikomersialkan.

''Kemenangan berganda dicatatkan apabila UiTM Pahang diisytiharkan pemenang bagi kategori Festival Makanan 1Malaysia dan memperoleh wang tunai RM4,000," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Hilmi, selain itu, UiTM Pahang melalui Kumpulan Reach muncul sebagai johan keseluruhan dan membawa pulang hadiah sebanyak RM5,000 dalam pertandingan Projek 1Malaysia itu.

Katanya, naib johan dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Kumpulan Titanum daripada UiTM Shah Alam dan Kumpulan Pelangi (UiTM Shah Alam).

''UiTM Pahang turut mengungguli kategori Perancangan Strategik Terbaik dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan johan bagi peringkat kampus cawangan dengan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000," katanya.

Menurutnya, anugerah-anugerah tersebut merupakan pengiktirafan terhadap usaha warga kampus yang selama ini komited merealisasi visi dan misi UiTM Pahang.

Kejayaan itu tegasnya, perlu dijadikan pemangkin untuk warga UiTM Pahang melipatgandakan usaha pada masa akan datang.

''Pencapaian ini tidak boleh melalaikan sebaliknya kita perlu bersyukur dan menjadi perangsang untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan