Sabtu, 25 Disember 2010

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Muhyiddin cabar Anwar

Posted:

Muhyiddin cabar Anwar

Muhyiddin cabar Anwar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata, langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.

Persoalannya kata beliau, adakah Anwar sanggup berbuat demikian?

''Saya cabar Anwar yang kebetulan mempunyai kedudukan dalam kerajaan pakatan pembangkang supaya menaikkan gaji kakitangan awam mereka seperti di Selangor atau Pulau Pinang.

''Kita tengok dahulu sama ada Anwar sanggup menambah gaji pegawai-pegawai dan kakitangan awam mereka. Jika Anwar mahu naikkan gaji RM500 kepada guru mengapa beliau tidak tawarkan inisiatif yang sama kepada sektor awam mereka terlebih dahulu?'' soalnya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program 'Mendidik Demi Malaysia' di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan pakatan pembangkang memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.

Mengulas isu itu Muhyiddin berkata, setiap rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dibuat secara holistik iaitu turut mengambil kira kesannya kepada semua pihak.

''Bukan tidak boleh buat, boleh, tetapi kita perlu mengambil kira implikasinya kepada pihak lain. Sebagai contoh sekiranya kerajaan membuat tawaran kepada satu pihak dalam perkhidmatan awam, apa pula kata pegawai kerajaan yang lain.

''Mereka akan kata kami tidak layakkah? Mengapa guru sahaja yang dilayan, kami mengapa tidak diberikan. Maksud saya tadi bukan kerajaan tidak menilai tetapi ia melibatkan konteks secara keseluruhan sektor awam yang kakitangannya berjumlah 1.2 juta orang,'' katanya.

Muhyiddin secara sinis berkata, Anwar yang pakar dan bijaksana itu tahu kedudukan tersebut, tetapi disebabkan muslihat politik dan pilihan raya, beliau sanggup melakukan apa sahaja.

''Tidak apalah kalau bankrap, tidak apalah kalau negara terpaksa tanggung lebih belanja asalkan menang dan Anwar akan jadi Perdana Menteri. Itu tujuan sebenar Anwar,'' katanya lagi.

Menjawab soalan mengenai tuduhan Anwar bahawa kenyataannya itu seolah-olah tidak menghargai peranan guru, Muhyiddin berkata, dakwaan tersebut hanya menunjukkan betapa terdesak Ketua Pembangkang itu untuk meraih sokongan rakyat.

''Hanya Menteri Pelajaran tidak berhati perut yang tidak menghargai guru. Begitulah terdesaknya Anwar meraih sokongan rakyat,'' ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

24 GRO warga asing ditahan

Posted:

24 GRO warga asing ditahan

24 GRO warga asing ditahan

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com


Sebahagian daripada 24 GRO warga asing ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan eksklusif di Persiaran Gurney, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 24 Dis. - Walaupun pernah diserbu lebih 21 kali, sebuah pusat hiburan eksklusif di sini terus berdegil apabila masih menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Hasil serbuan polis di pusat hiburan itu yang terletak di Persiaran Gurney di sini pada pukul 11.10 malam tadi, seramai 24 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan.

'Ops Noda' itu dijalankan oleh sepasukan anggota polis di Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu, wanita itu terdiri daripada 23 warga China dan seorang warga Vietnam.

"Kesemua mereka berusia lingkungan 20 hingga 30-an. Seorang penjaga pusat hiburan tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Ketika pemeriksaan dijalankan, kita mendapati kesemua GRO berkenaan menjalankan aktiviti tidak bermoral dan menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja," katanya.

Kong Meng memberitahu, semua wanita yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas perjalanan manakala pemilik premis hiburan berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 55B akta yang sama.

Sebelum ini, pada 4 Disember lalu, seramai 42 wanita warga asing dari China, Thailand, Indonesia dan Vietnam turut ditahan di premis yang sama.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan