Malaysiakini :: Berita |
| Posted: 26 Dec 2010 07:33 AM PST Kenyataan perdana menteri bahawa slogan 1Malaysia bukan alat propaganda politik BN tetapi wadah penyatuan membina masyarakat amat menggelikan hati. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.
Jika tidak, ia akan menunjukkan Najib menipu dalam terang. Rakyat melihat dengan jelas bagaimana lambang BN terpapar pada setiap banting yang dipasang. Gambar PM yang jauh lebih besar dari jalur gemilang juga menjengkelkan mata. Nasihat saya baik tarik semula sebelum diketawakan anak-anak. Apapun, isu yang lebih penting yang PM atau TPM harus jelaskan kepada rakyat ialah; jika benar ia adalah alat penyatuan dan bukan propaganda Umno-BN mengapa perkara ini tidak pernah dibincang dan dibahaskan dalam parlimen? Mencecah RM100 juta
Mengapa hanya setelah ketua pembangkang membangkitkan perkara ini dengan kaitan kepada penglibatan Apco barulah parlimen membahaskannya? Itupun bukan untuk membahaskan kewujudannya, bayaran ke atasnya, mahupun matlamat mewujudkannya tetapi mahu menghukum ketua pembangkang kerana mengetengahkannya. Sebarang perkara untuk kebaikan rakyat majmuk di negara ini khusus perpaduan, pasti mendapat sokongan hatta dari ahli parlimen pembangkang.
Pada saya, untuk menerima slogan ini sebagai slogan penyatuan memang jauh dan tidak sama sekali. Ia lebih kepada simbol politik Umno-BN yang telah membunuh kesucian parlimen; institusi tertinggi Negara. Sekali gus ia telah menjadikan hari hitam kepada parlimen dan amalan demokrasi yang selama ini dikatakan diamalkan di negara ini. 2Malaysia Tambahan pula, ternyata rata-rata rakyat Malaysia tidak menikmati 1Malaysia, tetapi 2Malaysia yang penuh dwi standard. Satu untuk Malaysia Umno-BN dan satu untuk Malaysia rakyat marhain.
Apa erti 1Malaysia apabila kerajaan BN membelanjakan duit rakyat RM320 juta memberi pinjaman mudah kepada Syabas? Adakah 1Malaysia jika bekas pemimpin Umno boleh bercuti ke Disneyland dengan membelanja duit rakyat? Atau adakah 1Malaysia namanya apabila pemimpin mendapat komisyen RM534 juta untuk pembelian kapal selam? Atau mungkin inilah 1Malaysia apabila rakyat kerugian RM12 billion akibat skandal PKFZ !
Laga-lagakan kaum Kita pelik dengan sikap ambil mudah PM yang merasakan rakyat boleh diperdaya melalui satu slogan. Sepanjang 50 tahun memerintah, Umno-BN tidak pernah berhenti melaga-lagakan kaum dan agama. Akibatnya, syak wasangka kian menebal. Isu perarakan kepala lembu, kepala babi dan pembakaran surau berlaku selepas 1Malaysia.
Presiden Umno menjunjung 1Malaysia, naib presiden Umno menjulang keris bertempek "Ketuanan Melayu". Hakikatnya kerana tidak ikhlas, berkata tidak sekata, melangkah pula, mengorak langkah sumbang. Rakyat terutama di Selangor telah bersatu padu khususnya selepas Mac 2008 yang lalu. Slogan dalam apa bunyi sekalipun tidak memberi makna kepada kami, jauh sekali berasa takut. Sebaliknya, sumber-sumber kerajaan negeri akan ditujukan sepenuhnya untuk menyemai nilai-nilai muhibbah yang jitu, membanteras segala unsur rasuah dan menegakkan keadilan atas prinsip 1Undang-undang Untuk Seluruh Rakyat.
|
| Pakatan: 1Malaysia hanya untuk kepentingan Umno Posted: 26 Dec 2010 07:22 AM PST Kenyataan 1 Malaysia bukan alat politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dibidas oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.
"Ia memanglah dilakukan atas dasar kepentingan politik Umno-BN apabila ia nampak ekstrem dari segi persoalan perkauman ini. Lalu timbul persoalan formula 1 Malaysia ini seolah nak hilangkan isu perkauman yang diperjuangkan selama ini maka ia dikemukakan atas kepentingan politik," katanya dipetik oleh TV Selangor. Semalam Najib mendakwa 1 Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi adalah untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi menjawab keputusan Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1 Malaysia kecuali untuk tujuan perniagaan. Turut menyanggah kenyataan Najib ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang katanya, hakikatnya keadaan dalam negara ini makin teruk sejak pengenalan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan kerana ia hanya bersifat retorik semata. Retorik perkauman
Sentimen ini turut dikongsi oleh Khalid yang berpendapat Umno-BN sememangnya tidak mampu membawa konsep kesatuan kaum kerana mereka sendiri tidak dapat bersatu dan hanya memperjuangkan kaum masing-masing. "Dari sudut itu yang dipertikaikan ialah sejauh mana BN boleh melaksanakan atau menghayati wawasan itu sedangkan kita lihat mereka ini terdiri dari parti komponen setiap kaum yang memperjuangkan kepentingan kaum mereka sendiri. Maka falsafah BN itu sendiri bercanggah dengan semangat 1 Malaysia itu," ujarnya.
Beliau yakin rakyat dapat menilai bagaimana perbezaan penghayatan keadilan dan kesamaan kaum sebenar Pakatan Rakyat dan retorik 1 Malaysia Umno-BN. "Bila mereka menonjolkan dasar seperti ini, ia sekali lagi senjata makan tuan. Ia dikemukakan atas kepentingan politik BN dan akhirnya ia akan menikam balik Umno-BN," katanya. Sementara itu ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Ghazali (bawah, kanan) dipetik Harkahdaily berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai. 'Double standard'
Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat. "Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia. "Mereka larang semua ahli parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga ahli parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib. Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.
"Mengapa Ahli PR dinafi peruntukan? Kenapa pimpinan Pakatan tidak boleh masuk sekolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah? "Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan