Rabu, 29 Disember 2010

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Helah refleksologi

Posted: 28 Dec 2010 01:15 PM PST

Wilayah

SEBAHAGIAN wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan dalam operasi di sebuah pusat refleksologi dan kesihatan, 
di Kepong.

SEBAHAGIAN wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan dalam operasi di sebuah pusat refleksologi dan kesihatan, di Kepong.

Pusat kesihatan sedia gadis asing tawar pakej urutan badan, seks

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik nama pusat refleksologi dan kesihatan, sebuah premis di Metro Prima, Kepong, dekat sini dikesan menawarkan gadis warga asing bagi pakej urutan badan serta seks oral dengan bayaran hanya RM80 kepada setiap pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga ditawarkan urutan badan ke badan atau b2b pada harga RM130, manakala perkhidmatan seks pula RM160. Bagaimanapun, taktik premis di tingkat bawah bangunan lot kedai belakang sebuah pasar raya dengan memaparkan gambar urutan tradisional di pintu masuknya itu terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam oleh sepasukan dua pegawai dan enam anggota dari Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman itu, seramai 10 wanita warga asing yang menawarkan perkhidmatan tidak bermoral itu ditahan.

Semua wanita terbabit yang tidak tahu berbahasa Melayu itu berusia 19 hingga 34 tahun yang mana enam daripada mereka adalah warga China dan empat lagi dari Vietnam.

Turut ditahan ialah empat lelaki pekerja premis berkenaan, termasuk dua yang datang ke situ untuk mengutip wang, selain tiga pelanggan warga tempatan yang diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Jurucakap D7 Bukit Aman berkata, pemeriksaan mendapati tiga daripadanya tidak memiliki pasport, manakala tujuh yang lain menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

"Premis ini didapati menyalahgunakan lesen refleksologi dengan menawarkan perkhidmatan seks dan urutan b2b kepada pelanggan sedangkan berdasarkan lesen dimiliki, mereka tidak boleh mengadakan aktiviti mengurut badan dan sauna.

"Pemeriksaan di dalam premis juga mendapati 14 bilik kecil disediakan, dipercayai digunakan untuk urutan b2b serta khidmat seks," katanya ketika ditemui selepas operasi itu.

Malah, beliau berkata, pemeriksaan dalam bilik kecil itu turut menemui beberapa kondom yang belum digunakan, sekali gus mengukuhkan bukti wujudnya aktiviti tidak bermoral di premis berkenaan.

"Ini kali pertama serbuan dijalankan terhadap premis ini. Siasatan mendapati ia beroperasi mulai jam 12 tengah hari hingga jam 3 pagi," katanya.

Tinjauan juga mendapati premis terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai bagi mengesan kehadiran pihak berkuasa.

"Kita mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan seperti ini supaya melaporkannya kepada polis. Kita juga akan meneruskan operasi sebegini untuk membanteras gejala maksiat dan kegiatan pelacuran," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan