Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Nie Ching sepatutnya diberitahu agar tutup aurat

Posted:

Nie Ching sepatutnya diberitahu agar tutup aurat

Nie Ching sepatutnya diberitahu agar tutup aurat

KOTA BHARU 31 Dis. – Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong sepatutnya memaklumkan etika berpakaian kepada wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching semasa Ahli Parlimen Serdang itu hendak menyertai aktiviti sosial di pekarangan masjid berkenaan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masalah Nie Ching tidak menutup aurat semasa melakukan aktiviti senamrobik di pekarangan masjid berkenaan boleh dielak menjadi polemik, sekiranya pihak di sekeliling wakil rakyat wanita itu telah mengingatkan beliau lebih awal lagi.

Beliau berkata, orang bukan Islam bukan sahaja boleh masuk ke pekarangan masjid bahkan di dalam masjid dengan syarat mereka menjaga kehormatan dan dimaklumkan tentang keperluan menutup aurat.

"Usahkan depan masjid, di dalam masjid pun tidak mengapa. Masjid Nabi dulu serba aneka perkara (program) dilakukan di masjid. Mengajar, mengaji, pelantikan ketua perang, ketua negara, semua dibuat dalam masjid, berubat orang sakit dari medan perang pun dibuat dalam masjid juga.

"Cuma aurat ini tetap kena jaga. Usahkan orang Cina, Melayu pun kena jaga aurat, yang dia tidak jaga tu sebab tidak ada orang tegur dia. Dia nak reti macam mana sebab dia bukan Islam. Maka kena ajar dia suruhan Islam bahawa aurat kena jaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas isu Nie Ching yang didakwa masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu sempena Karnival Maal Hijrah 12 Disember lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya pihak yang bersama Nie Ching dalam program itu terutamanya ahli jawatankuasa masjid memaklumkan tentang etika pakaian yang sewajarnya.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan amar makruf dan nahi munkar iaitu menyuruh perkara baik dan menegah perkara yang dilarang Allah dan merupakan tanggungjawab semua pihak yang tidak seharusnya dilepaskan kepada golongan bergelar pemimpin sahaja.

"Kena tegurlah, pihak masjid atau sesiapa, sebab itu amar makruf nahi munkar ini wajib, suruh benda maaruf larang benda munkar bukan semesti tugas tok guru tapi tiap-tiap orang Islam mesti 'amar makruf nahi munkar'.

"Amar makruf nahi munkar ini kerja politik dan politik ini bukan hanya melibatkan orang yang dilantik yang sudah tentu lebih banyak tanggungjawab dia, yang tidak dilantik pun kena jaga amar makruf nahi munkar," katanya.

Dalam masa sama, Nik Abdul Aziz dalam nada sindiran turut mengingatkan kepada wanita beragama Islam agar menjaga aurat mereka di dalam masjid.

"Awak orang Cina nak masuk dalam masjid boleh tapi awak kena jaga aurat, jaga kehormatan, tapi orang Melayu yang tidak tudung kepala masuk juga masjid tu macam mana pula?" ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

Posted:

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati'.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga dilihat mahu mengheret Sultan Sharafuddin ke dalam kancah politik apabila mendakwa, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru sebagai tindakan pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Sambil mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin itu, Shuhaimi mendakwa, jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut, bukannya berkecuali.

"Saya dapati pelantikan SUK sebagaimana diperuntukkan oleh Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

"Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja," katanya dalam blognya http://srimuda.blogspot.com, hari ini.

Shuhaimi merupakan pemimpin pembangkang terbaru mempertikai Kuasa Budi Bicara Sultan Sharafuddin dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.

Dalam pada itu, Shuhaimi seperti cuba memberi amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung, akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan," katanya.

Sementera itu, wakil rakyat PKR itu juga seolah-olah cuba menyamakan ketegasan Sultan Sharafuddin yang tidak berganjak dengan keputusannya walaupun mendapat pelbagai kecaman daripada pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dalam isu tersebut sebagai ego.

"Saya meneliti kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan baginda seorang yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat tetapi bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah?

"Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan