Ahad, 26 Disember 2010

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


6 kali tenggelam

Posted: 24 Dec 2010 09:08 AM PST

PUCHONG: Pembinaan apartmen 21 tingkat dan masalah saluran pembetungan didakwa menyebabkan lebih 10 rumah penduduk dan kedai di Jalan Besar, Batu 14, dekat sini, menanggung kerugian setiap kali berlaku banjir selepas hujan lebat.

Penduduk, V Appavoo, 40, mengakui masalah banjir tidak pernah berlaku sebelum ini, namun selepas pembinaan apartmen kira-kira 70 meter dari rumahnya dua tahun lalu, kejadian terbabit mula menghantui mereka.


Dia yang tinggal bersama ibu bapanya di rumah berkenaan sejak kecil berkata, setiap kali hujan, mereka terpaksa mengemaskan barangan termasuk pakaian, perabot, peralatan rumah bagi mengelakkan ia rosak akibat banjir.

"Bagi tahun ini, sudah enam kali banjir berlaku dan paling teruk berlaku pada awal Disember lalu apabila paras air banjir mencecah 0.6 meter.


"Lebih teruk, ayah saya yang mengalami masalah kesihatan terjatuh dari katil dan hampir lemas dalam banjir ketika itu.


"Pernah kejadian banjir berlaku sebanyak tiga kali untuk tempoh seminggu dan saya sangat kecewa kerana masalah itu berpunca dari pembangunan apartmen terbabit," katanya ketika hadir dalam lawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk T Murugiah di sini, semalam.

Katanya, masalah terbabit pernah dilaporkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), namun selepas tempoh dua tahun menunggu masih tiada tindakan.


Sementara itu, Murugiah berkata, banjir berlaku disebabkan saluran pembetung terlalu kecil bagi menampung keseluruhan air dan proses pembangunan apartmen terbabit.

Katanya, tindakan segera akan diambil dalam tempoh seminggu antaranya cadangan memperbesarkan pembetung terbabit, selain ia akan dipanjangkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Krismas di Zoo Negara

Posted: 24 Dec 2010 09:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Bersempena perayaan Krismas tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Pelanggan Zoo Negara menyemarakkan kemeriahannya melalui dua hari program sambutan Krismas bermula semalam.

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti membabitkan perayaan Krismas dan pengunjung dianjurkan pihak pengurusan Zoo Negara, di Hulu Klang. Selain melihat lebih dekat haiwan, kanak-kanak berpeluang beramah mesra dengan Santa Claus dan menyertai aktiviti yang disediakan penganjur. Antara aktiviti yang diadakan di kawasan Picnic Zoo Negara ialah persembahan haiwan, pertandingan makan aiskrim, persembahan tarian oleh Santa Claus serta Santarina, sesi bertemu Santa Claus, persembahan pom pom dan pertandingan tiru gaya Michael Jackson.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan