Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 30 Dec 2010 12:05 PM PST Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenisa apa hebat sangat ker student asing tu........ kenapa mereka penting sangat ker? banyak tak berkeupayaannya bila sistem ini dilaksanakan.... muhammad yusri bin muzamir betul ke berita nie????
sufian Perubahan kalender akademik dari Julai ke September sebenarnya memberikan lebih banyak kesan negatif kepada pelajar kita terutamanya generasi muda pada keseluruhannya.
deen cuti sakan la..budak2 ipt ni....mesti cari keje part time punya... Gory Kenapa nak fokus tarik pelajar asing? Bagaimana dengan kami pelajar Malaysia sendiri yang mungkin tak dapat terima perubahan ni? Kazul Masalahnya lama sangat kena tunggu. STPM habis Disember, belajar semula September. edyjamal Saya sebagai pelajar di IPT menyambut baik penstrukturan semula jadual akedamik yang akan dilaksanakan pada September 2011, ini membolehkan pelajar-pelajar IPTa/IPTS mencari kerja sambilan disamping dapat mengambil pengalaman(seperti Latiahan Industri)dan dapat meningkatkan softskill pelajar itu sendiri bagi mengahadapi kerjaya sebenar dimasa hadapan. (yahoooo dpt cari duit lebih ni hahaha) intan Selaku pelajar UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA pertukaran tarikh kemasukan ni membuat kami terkejut lebih2 lagi UIAM selalunya memeulakan sesi pengajian lebih awal dari universiti lain. Dengan pertukaran tarikh kemasukan ini, para pelajar akan mendapat cuti yang lebih lama berbanding tahun sebelumye apabila semesster 2 tamat iaitu selama 5 bulan.Walaubagaimanapun pertukaran traikh ni diharap dapat memberikan manfaat kepada semua pelajar universiti lebih2 lagi pelajar dari luar yg boleh pulang lebih laam ke negara asal |
Fahmi tahu rahsia kapten Indonesia Posted: 30 Dec 2010 12:02 PM PST MukaDepan FAHMI ketika menyelamatkan sepakan penalti diambil Firman dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam kelmarin. "Saya masih ingat apa coach kata - "Fahmi, penalti Indonesia biasanya akan diambil kaptennya, (Firman Utina). Dua kali sebelum ini dia tendang ke kanan, iaitu ke kiri kamu, tetapi dalam permainan nanti kamu boleh buat keputusan sendiri." Saya pegang kata-kata itu dengan baik, kata penjaga gol utama negara itu. Dia tidak menolak kemungkinan selepas menyelamatkan gawang pasukan, dia dan rakan bertambah semangat untuk mempertahankan kedudukan agregat 3-0 ketika itu dan ia mengubah wajah cabaran skuad. Ketika Firman tampil untuk mengambil sepakan, latihan ketika di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jakarta terbayang di mindanya. Hasilnya, sepakan Firman tepat ke kanan Fahmi dan dia dengan mudah menafikan gol awal Indonesia."Kejayaan menyekat sepakan penalti itu menambah lagi keyakinan kami untuk terus mempertahankan gawang negara," kata Fahmi yang menjadikan bekas penjaga gol Azmin Azram dan Shahizan Ismail sebagai idolanya. "Saya masih ingat pesan Rajagobal pada sesi latihan lalu. Ternyata ramalannya tepat. Saya berterima kasih kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga menjadi juara." Fahmi yang meraih gelaran kedua, musim ini selepas membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia berkata kejayaan pasukan negara bukan kerana faktor dia sahaja malah menghambur pujian kepada rakan barisan pertahanan yang turut berfungsi hebat. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan