Jumaat, 31 Disember 2010

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Polis sedia hadapi pilihan raya umun, Sarawak serentak

Posted: 31 Dec 2010 12:30 AM PST

Mutakhir

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PRDM) sentiasa dalam siap sedia termasuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-13 dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail hari ini.

Beliau berkata polis akan memastikan proses demokrasi berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sekiranya perkara seumpama itu berlaku.

Katanya, polis Sarawak telah merangka perancangan rapi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan proses pilihan raya negeri akan datang berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Polis membuat perancangan berdasarkan keperluan semasa seperti menambah keanggotaan, katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Ini lawatan kerja pertama Hussin ke Sarawak setelah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Beliau pernah berkhidmat di Sarawak pada 1994 hingga 1996.

"Kita akan menghadapi sesuatu keadaan berdasarkan keperluan," katanya.
Penggal sekarang bagi para anggota Parlimen akan berakhir awal 2013 manakala pilihan raya negeri Sarawak perlu diadakan sebelum Julai 2011.
Sempena tahun baru, Hussin berkata PDRM akan mengemblengkan tenaga dan idea untuk menurunkan indeks jenayah di Sarawak dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan dan kepuasan masyarakat umum terhadap perkhidmatan pasukan polis.

Antara tumpuan yang akan diberikan di Sarawak pada tahun depan ialah pencegahan jenayah yang berkonsepkan kepolisan kemasyarakatan, katanya.

"Kita akan mengkaji semula dan berbincang dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk menambahbaik usaha mencegah jenayah pada tahun depan.

"Kami akan bekerja sebagai satu pasukan dan meneruskan perancangan, usaha dan strategi untuk mencapai matlamat iaitu menurunkan indeks jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan pelaksanaan bersama Malaysia-Singapura selesai mesyuarat akhir

Posted: 31 Dec 2010 12:17 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pelaksanaan Bersama Malaysia dan Singapura (MSJIT) selesai mengadakan mesyuarat keenam dan terakhir di republik pulau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini.

Delegasi Malaysia ke mesyuarat dua hari itu yang tamat semalam, diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Mohd Radzi Abdul Rahman manakala Singapura pula diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar, Bilahari Kausikan.

Kenyataan itu menyebut sejak mesyuarat pertama pada 26 dan 27 Julai tahun ini di Kuala Lumpur, MSJIT telah meneruskan tugasnya yang berkaitan dengan pelaksanaan Perkara-perkara Dipersetujui dan Pernyataan Bersama yang dicapai antara kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura pada 24 Mei dan 20 September. "Sebagaimana mandat yang diberi oleh kedua-dua Perdana Menteri dalam pernyataan bersama mereka, MSJIT telah mengemukakan draf Instrumen Bertulis kepada kerajaan kedua-dua pihak untuk pertimbangan dan kelulusan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan