Utusan Online - Politik |
Posted: Nazri tunggu 'pembongkaran'Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR PADANG RENGAS 25 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (gambar) masih menunggu 'pembongkaran' bukti kaitan APCO Worldwide dengan konsep 1Malaysia yang dikatakan akan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, beliau akan terus menanti Anwar untuk berbuat demikian walaupun telah hampir sembilan bulan menunggunya sejak 17 Mac lalu. Tegasnya, Ketua Pembangkang itu telah diberi kesempatan secukupnya untuk membela diri daripada digantung selama enam bulan tetapi Anwar terus melawan dan mempertahankan 'kebenarannya'. "Seminggu sebelum 16 Disember lalu iaitu apabila Anwar digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, menerusi wakilnya, saya sudah maklumkan akan membentangkan usul pergantungan tersebut serta bilangan orang yang berhujah di dalam Dewan. "Malah saya sudah minta kelulusan daripada Jemaah Menteri untuk meluluskan satu hari untuk membincangkan isu Anwar sahaja dan persidangan itu boleh dijalankan dari pukul 10 pagi sehingga tengah malam," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Perayaan Krismas dan Tahun Baru 2011 di Kampung Baru Sauk, Kuala Kangsar, di sini hari ini. Mohamed Nazri turut membidas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kalau kerajaan boleh membelanjakan RM77 juta untuk Apco, maka mereka juga boleh membeli surat daripada agensi itu. "Tetapi saya ingin memberitahu, bahawa itu sebenarnya cara PKR, sanggup membayar orang lain untuk membuat penipuan. Mereka bayar P. Balasubramaniam untuk mengeluarkan akuan bersumpah palsu," katanya. Mengenai kenyataan Prof. Abdul Aziz Bari yang mengibaratkan isi kandungan surat Apco sebagai 'seorang pencuri tetapi menafikan ia mencuri', Mohamed Nazri berkata: "Apco sekurang-kurangnya berani menulis surat mengatakan mereka tidak melakukan perkara seperti yang didakwa." Menurutnya, jika Abdul Aziz boleh berkata demikian, maka beliau juga berhak mengatakan Anwar sebagai seorang peliwat, tetapi tidak mengaku melakukan perbuatan liwat. "Namun, orang kuat Abdul Aziz itu tidak berani berdepan di mahkamah mengatakan bahawa dia tidak meliwat sebaliknya cuba menggagalkan kes liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu," katanya. Dalam perkembangan sama, Mohamed Nazri berkata, beliau berharap Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat sokongan kerana kerajaan tidak pernah menipu rakyat demi mempertahankan kedudukan. |
PR tak mampu naik gaji kakitangan awam Posted: PR tak mampu naik gaji kakitangan awamKUALA LUMPUR 25 Dis. - Pakatan Rakyat (PR) atau pembangkang tidak akan mampu melaksanakan kenaikan gaji kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir kerana ia bakal membabitkan satu perubahan fiskal yang amat besar. Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh berkata, ini kerana kenaikan gaji sebanyak RM500 itu bukan sahaja memakan belanja yang terlalu banyak malah mampu memberi implikasi kewangan kepada negara. Justeru, beliau menganggap janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar cakap kosong dalam usaha meraih sokongan rakyat. "Mungkin mereka mampu memberikan bonus tahunan tetapi untuk menaikkan gaji kakitangan awam adalah amat tipis. "Ini kerana kita perlu melihat berapa ramai kakitangan yang ada dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung setiap bulan bagi membayar kenaikan gaji itu. "Malah, saya percaya, Timbalan Perdana Menteri sendiri berani membuat cabaran itu kerana sudah mengkaji implikasi dan tahu mereka tidak akan berani melakukannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini. Beliau mengulas cabaran Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Anwar supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir. Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu wajar sebagai membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang dalam membela nasib kakitangan awam dan pegawai-pegawainya. Asri berkata, janji-janji manis pakatan pembangkang itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka memang terkenal dengan sikap sedemikian. Sedangkan, kata beliau, banyak janji yang dibuat tidak dikotakan dan dilaksanakan termasuk janji-janji manis yang ditabur pada pilihan raya umum lepas. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan