Jumaat, 24 Disember 2010

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Jangan politikkan logo 1Malaysia

Posted:

Jangan politikkan logo 1Malaysia

Jangan politikkan logo 1Malaysia

OlehABDUL RAZAK IDRIS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 24 Dis. – Para peniaga di bandar raya ini membantah larangan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung penggunaan logo 1Malaysia pada papan tanda dan iklan di negeri ini.

Menurut mereka, konsep 1Malaysia itu tidak perlu dipolitikkan kerana ia mempunyai tujuan yang baik bagi menyatukan masyarakat negara ini dalam menuju negara maju.

Seorang peniaga, Pan Sau Tan, 36, berkata, semua rakyat Malaysia berhak berniaga bagi menyara keluarga mereka dengan apa cara sekalipun selagi ia tidak melanggar undang-undang negara.

''Jika ada pihak yang menggunakan logo 1Malaysia pada perniagaan mereka, ia hanya untuk tujuan perniagaan bukannya politik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas larangan kerajaan negeri itu, katanya, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Rabu lalu, sebuah premis kedai serbaneka 24 jam di Banting, Kuala Langat telah diarahkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya selaras dengan arahan kerajaan negeri itu.

Pandangan Sau Tan turut dikongsi oleh seorang peniaga dari Banting, M.Aidros, 60, yang menganggap konsep 1Malaysia sebagai satu cabaran kepada pakatan pembangkang yang turut menggabungkan semua kaum

''Jika kerajaan negeri ingin melarang penggunaan logo tersebut, mereka perlu juga memberi arahan yang sama kepada semua bentuk paparan termasuk di badan bas persiaran yang memasuki negeri ini.

''Soalnya, logo 1Malaysia bukan lambang yang mewakili sesuatu perkara buruk. Konsep itu ternyata mampu menyatukan kaum di negara ini yang sepatutnya digalakkan bersatu," ujarnya.

Seorang peniaga di Seksyen 30 di sini, Ahmad Saiful, 25, juga tidak menganggap logo 1Malaysia mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak kerana rakyat negara ini semakin matang dalam berfikir.

''Saya melihat 1Malaysia sebagai satu konsep yang sesuai untuk kaum Melayu, Cina dan India supaya mereka terus bersatu hati termasuk dalam perniagaan.

''Jika kita berkongsi berniaga dengan pelbagai bangsa, perniagaan akan dapat berkembang kerana semua orang bertumpu di kedai yang sama," jelasnya.

Seorang lagi peniaga, Yusri Mat Noor, 26, juga tidak menyokong tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap peniaga yang menggunakan logo 1Malaysia kerana ia boleh menjejaskan perniagaan mereka.

''Saya bersimpati dengan nasib peniaga terlibat dan ia jelas memperlihatkan sikap tidak prihatin kerajaan negeri terhadap peniaga di negara ini.

''Peniaga menggunakan logo itu kerana sedar semangat perpaduan perlu diwujudkan di kalangan kita yang asyik bercakaran kerana masalah politik, 1Malaysia hanya satu slogan untuk kebaikan bukan cacian kepada kerajaan pakatan pembangkang," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tindakan kerajaan negeri belakangkan perpaduan

Posted:

Tindakan kerajaan negeri belakangkan perpaduan

Tindakan kerajaan negeri belakangkan perpaduan

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia hanyalah berlandaskan kepentingan politik semata-mata tanpa mahu memikirkan mengenai kebaikan di sebalik gagasan itu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesal dengan tindakan kerajaan negeri itu yang jelas membelakangkan perpaduan demi kepentingan politik.

Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan negeri diterajui PKR penakut.

"Tidak patut buat begitu kerana seolah-olah mereka mahu menyisihkan Selangor daripada arus perdana sedangkan gagasan itu kian diterima majoriti rakyat negara ini.

"Demi memastikan rakyat Selangor menolak kepimpinan Perdana Menteri, mereka menghalang penggunaan logo yang membawa erti perpaduan. Itu membuktikan mereka sebenarnya rasa terancam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar kelmarin bahawa kerajaan PKR Selangor mengeluarkan arahan melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri itu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Punjabi Malaysia, Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal turut kecewa dengan larangan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak tahu untuk menjaga hati rakyat yang mencintai perpaduan dengan mempamerkan logo tersebut di premis-premis perniagaan mereka.

"Logo itu bukannya memberi erti tidak baik malah, menunjukkan kita semua adalah satu serta sama dari segala sudut tanpa mengira warna kulit serta agama.

"Tolonglah jangan kaitkan politik dengan kebaikan kerana ia hanya menyusahkan rakyat. Jika anda pembangkang sekali pun, adakah logik idea Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tidak boleh digunapakai sedangkan ia menjurus ke arah kebaikan? Fikirlah dengan minda terbuka," ujarnya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Wong Chin Chong dalam pada itu turut menzahirkan harapan yang sama dengan Daljit.

"Cuma letakkan logo yang bermaksud perpaduan, takkanlah boleh meninggalkan kesan kepada kerajaan negeri?

"Ada pihak yang mempunyai agenda tertentu. Janganlah mencampuradukkan antara politik dengan perpaduan yang cuba kita bina kini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan