Malaysiakini :: Berita |
Selamat Hari Krismas dari Malaysiakini Posted: 24 Dec 2010 05:27 PM PST Sorry, Readability was unable to parse this page for content. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price. |
SUA MTUC: Solomon boleh pecah undi? Posted: 24 Dec 2010 04:26 AM PST Tidak ada jawatan yang paling berprestij dalam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang sudah berusia lebih 61 tahun, melainkan jawatan setiausaha agung. Dan dengan tiga kesatuan bersaing untuk jawatan tersebut, maka pemilihan MUTC pada 29 Disember ini dijangka sengit. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.Dan kehadiran setiausaha agung NUBE, J Solomon bertanding jawatan setiausaha agung, dijangka memberi kesan terhadap persaingan utama antara penyokong presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud dan setiausaha agungnya, G Rajasekaran yang tidak mempertahankan jawatan tersebut. Solomon (kiri), yang menerima hanya satu pencalonan, boleh 'merosakkan' peluang regu Syed Shahir - ahli parlimen PKR Kuala Selangor, Abdullah Sani - yang dicalonkan oleh 13 kesatuan pekerja untuk bertanding jawatan tersebut. Ini merupakan percubaan kedua Abdullah Sani untuk merebut jawatan tersebut, yang turut ditandingi timbalan Rajasekaran - Abdul Halim Mansor - dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Perusahaan Petroleum Dan Kimia, yang menerima 19 pencalonan. "Kami percaya penyokong tradisi kami adalah kira-kira separuh daripada kira-kira 500 pengundi. Solomon dan Abdullah Sani pernah datang dari kem yang sama, jadi penyokong mereka akan berpecah menyokong antara mereka," kata Rajasekaran. Rajasekaran juga menyokong Khalid Mohd Atan dari Kesatuan Pekerja Perkayuan Semenanjung untuk merebut jawatan presiden, yang disandang oleh Syed Shahir, yang juga wakil timbalan ketua PKR Selangor, yang dikatakan sukar untuk bekerjasama Rajasekaran. Bagi Abdullah Sani, hakikat yang beliau hanya tewas kepada Rajasekaran hanya dengan empat undi dalam percubaan pertamanya pada 2007 menjadi petanda kekuatannya, manakala Solomon percaya rekod prestasinya di NUBE cukup untuk membuktikan kemampuannya. Pengalaman Solomon nampaknya berjaya menarik perhatian Rajasekaran, tetapi setiausaha agung MTUC itu berkata beliau tidak dapat menyokong Solomon kerana pilihannya adalah timbalannya Halim untuk mengambil alih tempatnya. Bagaimanapun, Rajasekaran (kanan) beranggapan Abdullah Sani, terlalu kurang pengalaman untuk memegang jawatan paling penting itu, walaupun telah aktif dalam kesatuan pekerja sejak tahun 1984. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan