Sabtu, 25 Disember 2010

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Krismas disambut sederhana

Posted:

Krismas disambut sederhana

Krismas disambut sederhana


SANTA Claus dan Santarinas bersama kanak-kanak semasa sambutan Krismas di Zoo Negara, Kuala Lumpur, semalam. - bernama


KUALA LUMPUR 25 Dis. - Penganut agama Kristian seluruh negara, hari ini menyambut perayaan Krismas dalam keadaan sederhana namun meriah.

Seperti kebiasaan, setiap kali musim perayaan, kompleks membeli-belah dan pusat-pusat riadah akan menjadi tumpuan orang ramai membawa keluarga masing-masing untuk meluangkan masa sempena cuti umum hari ini.

Bagi penganut Kristian, mereka akan berkunjung ke gereja bagi upacara keagamaan pada sebelah pagi sebelum mengadakan rumah terbuka. Gereja utama St. John's Cathedral di Bukit Nanas, di sini menjadi tumpuan penganut agama Kristian.

Di SELANGOR, sambutan Krismas disambut secara sederhana dalam keadaan cuaca yang mendung, dengan kebanyakan penganut agama Kristian membanjiri gereja sekitar Klang untuk bersembahyang sejak pukul 9 pagi ini.

Di PULAU PINANG, keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas membolehkan penganut Kristian di negeri ini menyambut Krismas dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Di MELAKA, suasana di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir di sini, meriah sejak malam tadi dengan hiasan Krismas di rumah penduduk dan persekitaran kampung.

Di PERLIS pula, hari krismas disambut secara sederhana kerana tidak banyak penganut Kristian di negeri ini.

Di NEGERI SEMBILAN, sambutan Krismas juga berjalan secara sederhana di mana penganut agama itu tertumpu di gereja-gereja utama untuk upacara keagamaan.

Di SABAH, sambutan Krismas disambut secara besar-besaran dan penuh meriah walaupun ramai yang pulang ke kampung.

Antara pemimpin yang mengadakan rumah terbuka ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang dekat sini.

- BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis bantuan hilang, bot terbalik

Posted:

Polis bantuan hilang, bot terbalik

Polis bantuan hilang, bot terbalik

SHAH ALAM 25 Dis. - Seorang polis bantuan sebuah kilang besi dikhuatiri lemas sementara seorang lagi selamat apabila bot yang dinaiki mereka terbalik ketika sedang melakukan rondaan di Sungai Langat berhampiran Kampung Labuhan Dagang, Kuala Langat di sini pagi ini.

Anggota yang terselamat ialah Hairizal Abu Samah, 30, sementara mangsa yang hilang dikenali sebagai Mohd. Shazli Junoh, 21.

Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Banting, Ahmad Fadilah Tahir berkata, bot yang dinaiki kedua-dua mangsa dipercayai terbalik kira-kira pukul 6 pagi akibat arus sungai yang deras.

Beliau berkata, selepas bot terbalik Hairizal berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sementara Mohd. Shazli hilang dibawa arus.

''Kita menerima laporan kejadian kira-kira pukul 7.59 pagi berdasarkan maklumat yang diterima daripada Hairizal.

''Satu pasukan mencari dan menyelamat ditubuhkan untuk mencari Mohd. Shazli dengan bantuan Hairizal yang tidak mengalami sebarang kecederaan," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Ahmad Fadilah, turut membantu pihaknya dalam operasi mencari dan menyelamat ialah Bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Unit Skuba Bomba Selangor, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.

Bagaimanapun, katanya, operasi mencari dan menyelamat Mohd. Shazli yang dilakukan sejak pagi masih belum berhasil dan terpaksa dihentikan pukul 7 petang ini.

''Operasi mencari dan menyelamat mangsa akan disambung pukul 8 pagi esok," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan