Kosmo Online - Negara |
Posted: Judi ayam sabung tumpasOleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI SALAH seorang kaki judi sabung ayam ditahan polis dalam operasi di Hulu Langat, Selangor semalam. HULU LANGAT – Selepas enam bulan menjadikan ayam sebagai mangsa untuk disabung setiap kali cuti umum, sekumpulan 16 kaki judi akhirnya ditahan polis dalam satu operasi di sebuah ladang getah di Batu 23, Sungai Lui di sini semalam. Kesemua kaki judi itu ditahan ketika asyik menyaksikan ayam taruhan mereka bersabung sempena sambutan Hari Krismas semalam di dalam gelanggang khas yang disediakan. Kebanyakan mereka yang ditahan itu berasal dari Sabah berusia di antara 23 hingga 53 tahun serta bekerja sebagai pemandu lori dan pekerja kilang. Dua daripada mereka yang dicekup adalah sepasang suami isteri yang dipercayai menjadi penganjur sejenis lagi judi dinamakan dadu muka enam di kawasan sama. Operasi tersebut dilakukan oleh tujuh pegawai dan 20 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Supritendan Maszely Minhad. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Posted: Loji minyak Petronas terbakarOleh SAPEE MAT JUNUS ASAP masih kelihatan pada sebahagian loji penapis minyak Petronas yang terbakar di Kerteh, Kemaman malam kelmarin. KEMAMAN – Sebatang paip bocor mencetuskan kebakaran kecil di kawasan loji penapisan minyak milik syarikat Petronas Penapisan Terengganu Sdn. Bhd. (PPTSB) yang terletak di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman di sini malam kelmarin. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan loji tersebut pada pukul 11.54 malam. Menurutnya, seramai 30 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Kerteh, Balai Paka dan Balai Kompleks Petronas Kerteh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. Tambah beliau, sepasukan 30 pekerja dari syarikat loji penapisan minyak dikenali sebagai Emergency Response Team (ERT) turut membantu usaha memadamkan kebakaran itu. "Kami berjaya memadamkan api kira-kira setengah jam kemudian dan menunggu sehingga pukul 3 pagi untuk menjalankan pemeriksaan rapi bagi memastikan api telah padam sepenuhnya," kata di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan