Sabtu, 25 Disember 2010

Kosmo Online

Kosmo Online


APMM selamatkan nelayan tersadai

Posted:

APMM selamatkan nelayan tersadai

APMM selamatkan nelayan tersadai

25/12/2010 4:46pm

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan seorang nelayan yang tersadai kira-kira 3 batu nautika dari Pulau Pamaguan di sini malam tadi selepas enjin botnya rosak.

Ketua Penguat Kuasa APMM Daerah Maritim Sandakan, Kepten Mohamad Onn Khalil berkata, Saraban Abdul, 36, dari Pulau Libaran, diselamatkan pada 11 malam.

Beliau berkata, emak saudara mangsa membuat laporan pada 7.51 malam apabila Saraban tidak pulang ke rumah mereka selepas keluar menangkap ketam berhampiran Pulau Pamaguan pukul 4 petang.

"Setelah menerima laporan itu, anggota APMM, dengan menggunakan sebuah bot, melakukan operasi mencari dan menyelamat lalu menemui nelayan itu selepas tiga jam operasi dimulakan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Onn berkata, ketika ditemui, Saraban dalam keadaan lemah dan dibawa ke jeti APMM sebelum pulang bersama keluarganya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kebangkitan bola sepak Asia Tenggara

Posted:

Kebangkitan bola sepak Asia Tenggara

Kebangkitan bola sepak Asia Tenggara

25/12/2010 4:43pm

SEPANG – Perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil esok diharap menjadi permulaan kepada usaha kedua-dua negara membangunkan sukan bola sepak di Asia Tenggara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, perlawanan itu bukan sekadar untuk mencari kemenangan, malah apa yang lebih penting ialah mempersembahkan permainan berkualiti kepada penonton kedua-dua negara.

"Kalah dan menang adalah adat bagi sesebuah pertandingan, namun apa yang perlu lebih diutamakan ialah merapatkan jalinan kerjasama antara kedua-dua negara menerusi medium sukan.

"Kerajaan Malaysia menyambut kedatangan pasukan kebangsaan negara Indonesia dan juga kunjungan lebih 15,000 penyokong dari Indonesia sebagai tetamu kepada negara," katanya kepada pemberita ketika menyambut ketibaan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Dr Andi Mallarangeng serta orang kenamaan negara itu.

Ahmad Shabery berkata, pertemuan kedua-dua pasukan kebangsaan tersebut juga melakar sejarah tersendiri kerana sudah lama Malaysia tidak bertemu Indonesia di pertandingan peringkat antarabangsa. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan