Jumaat, 24 Disember 2010

Kosmo Online

Kosmo Online


Maut dalam kemalangan langgar lari

Posted:

Maut dalam kemalangan langgar lari

Maut dalam kemalangan langgar lari

24/12/2010 7:52pm

GEORGETOWN – Seorang kontraktor kecil maut dalam kemalangan langgar lari dengan motosikalnya diseret sejauh 50 meter oleh sebuah lori di Jalan Yeap Chor Ee di sini petang tadi.

Aung Kok Guan, 58, mati ditempat kejadian yang berlaku pada 3 petang.

Mangsa dikatakan baru keluar dari rumahnya di Jalan Jelutong dan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Pegawai Turus Trafik Negeri, DSP Abdul Rahim Md Din yang mengesahkan kejadian itu berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Diserbu buat kali ke-22 tahun ini, 24 GRO warga asing ditahan

Posted:

Diserbu buat kali ke-22 tahun ini, 24 GRO warga asing ditahan

Diserbu buat kali ke-22 tahun ini, 24 GRO warga asing ditahan

24/12/2010 5:24pm

GEORGETOWN - Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini malam tadi.

Ketua Polis Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata, pusat hiburan itu jelas tidak serik-serik menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah 21 kali diserbu polis tahun ini.

Beliau berkata, dalam serbuan Ops Noda pada kira-kira pukul 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan berkenaan.

Katanya, semua mereka yang dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah di samping menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan