Jumaat, 24 Disember 2010

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Sime Darby saman bekas CEO dan dua pegawai kanan RM92 juta

Posted: 23 Dec 2010 11:16 PM PST

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd dan tiga subsidiarinya hari ini memfailkan saman sivil terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan dua eksekutifnya memohon ganti rugi sekurang-kurangnya RM92.2 juta kerana pecah amanah dan tanggungjawab berhubung projek Bakun.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Dagang Baru pagi ini menerusi firma guaman Tetuan Zaid & Co. Ini merupakan saman kedua difailkan oleh Sime Darby terhadap mereka.


Plaintif dalam saman itu adalah Sime Darby Berhad, Sime Engineering Sdn Bhd, Sime Darby Holdings Berhad dan Sime Darby Energy Sdn Bhd manakala defendan adalah Ahmad Zubir, bekas Naib Presiden Eksekutif Bahagian Tenaga dan Utiliti Datuk Mohamad Shukri Baharom dan bekas Ketua Pegawai Kewangan Bahagian Tenaga dan Utiliti Abdul Rahim Ismail.- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Peniaga maut tercampak 50 meter

Posted: 23 Dec 2010 11:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga pasar malam yang menaiki motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaannya berlanggar dengan dengan sebuah kereta berhampiran stesen minyak di Lebuhraya Connaught, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.

Mangsa, Tan Kai Wooi, 47, dikatakan tercampak sejauh 50 meter selepas berlanggar dengan kereta Proton Perdana berkenaan yang ingin masuk ke stesen minyak berkenaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Perdana itu yang baru membayar tol di Plaza Tol Metramac mengubah laluan ke sebelah kiri untuk masuk ke stesen minyak.

Menurutnya, mangsa, yang datang dari lorong motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar pintu hadapan sebelah kiri kereta.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan