Jumaat, 24 Disember 2010

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Tun M bertemu Manmohan, eratkan semula hubungan lama

Posted: 24 Dec 2010 03:13 AM PST

Mutakhir

NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru India, kuasa besar ekonomi Asia yang semakin berkembang supaya melibatkan lebih banyak ekonomi Asia Tenggara dan berkongsi pengalaman luasnya dengan negara membangun.

"India belum berinteraksi sepenuhnya dengan negara-negara Asia Tenggara. Terdapat potensi yang luas. India berkembang pesat dalam IT (teknologi maklumat), sebagai contoh, dan ini diperlu negara-negara di Asia Tenggara.

"Ini suatu yang boleh dieksport, bukan hanya produk tetapi pengetahuan. Terdapat banyak golongan berkemahiran di sini yang mungkin mendapati perkhidmatan mereka dihargai di Asia Tenggara," katanya kepada Bernama di Delhi. Dr Mahathir dan Perdana Menteri India, Manmohan Singh berkesempatan bertemu pada majlis makan tengah hari di kediaman Perdana Menteri India yang turut disertai menteri-menteri kanan India.

Selepas lebih 15 tahun, Dr Mahathir, bersama-sama isteri Tun Dr Siti Hasmah, berada di India atas lawatan peribadi.

Dr Mahathir, tokoh Asia yang disegani di rantau ini, terutamanya di kalangan intelektual India, memuji perkembangan ekonomi India yang hebat, berubah daripada ekonomi pasaran soscialis kepada sistem lebih terbuka.

"India menjalankan tugas yang baik. India kini amat terbuka dan lebih liberal. Bukan ada halangan tetapi Asia Tenggara tidak mempromosikan dirinya di India. Kami melihat tempat lain," katanya.
Semasa makan tengah hari, Manmohan, sahabat lama Dr Mahathir, berkata beliau mahu melihat lebih banyak syarikat Malaysia melabur di dalam ekonomi India yang berkembang pada kira-kira 8.9 peratus.

"Beliau (Manmohan) mahu melihat lebih banyak pelaburan Malaysia datang ke India, lebih banyak pelabur dan pelawat. Kerajaan kita seharusnya meningkatkan usaha untuk membangunkan bukan sahaja pelancongan tetapi juga perniagaan antara kedua-dua negara. Saya rasa terdapat skop yang luas," kata Dr Mahathir.
- BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pusat hiburan diserbu kali ke-22 tahun ini, 24 GRO asing ditahan

Posted: 24 Dec 2010 02:53 AM PST

Mutakhir

GEORGETOWN: Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini malam tadi.

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pusat hiburan itu jelas tidak serik-serik menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah 21 kali diserbu polis tahun ini.

Beliau berkata dalam serbuan Ops Noda pada kira-kira 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan berkenaan. Katanya semua mereka yang dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah di samping menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral.

Katanya, semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Gan berkata pemilik premis itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan