Harian Metro: Setempat |
Posted: 23 Dec 2010 12:13 PM PST KUALA LUMPUR: "Ibu kota kini bersih daripada golongan miskin tegar apabila semua program pembangunan dan pembasmian yang dilaksana sejak dulu sebelum diperhebatkan tahun ini mencapai kejayaan," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. Menurutnya, beliau berpuas hati berikutan sasaran untuk capai sifar golongan miskin tegar terlaksana tahun ini dan tumpuan pada tahun depan akan terarah kepada dua lagi kelompok iaitu miskin dan mudah miskin, meskipun jumlahnya menurun 50 peratus berbanding tahun lalu.
"Macam (kategori) mudah miskin ini (berlaku) oleh kerana keadaan tertentu, kadang-kadang suami sakit ke atau berlaku kematian atau perceraian...daripada tidak miskin dia bertukar mudah miskin, jadi ini masih dalam usaha kami untuk mengurangkannya.
"Ada yang keluar daripada kepompong miskin, tapi disebabkan bantuan tak mencukupi atau perniagaan yang kami beri menemui jalan buntu, orang itu kembali kepada miskin. Maknanya, nombornya dinamik, tidak kekal," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Kongres, Datuk W Mokhtar Nawang.
"Program sedia ada seperti penjualan rumah, bantuan pelajaran dan terbaru (tahun ini), skim prihatin untuk kematian akan diteruskan serta diperhebatkan, tapi fokus utama kami tahun depan untuk bantuan latihan dan skil kepada mereka untuk menjadi peniaga kecil," katanya. |
Posted: 23 Dec 2010 12:12 PM PST KUALA LUMPUR: Lebuhraya Stormwater Management and Road Tunnel (Smart) menawarkan diskaun 20 sen esok sempena perayaan Krismas. Pengurus Besar Smart, Mohd Fuad Kamal Ariffin, berkata diskaun itu sebagai tanda penghargaan pihak pengurusan Smart kepada pengguna lebuh raya berkenaan. "Ini komitmen sosial dan tanda penghargaan syarikat kami kepada semua pengguna lebuh raya kami. "Pemberian diskaun ini juga bersesuaian buat warga Kuala Lumpur yang akan keluar untuk membeli-belah di pusat bandar raya sebagai persiapan persekolahan anak menjelang tahun baru 2011," katanya. Beliau berkata, diskaun bermula dari jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 tengah malam pada hari sama dengan kadar tol RM 1.80 berbanding kadar biasa iaitu RM2. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan