Selasa, 1 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Lantik peguam saman MPKK

Posted:

Lantik peguam saman MPKK

Lantik peguam saman MPKK

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

PADANG SERAI 28 Feb. – Seorang kakitangan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang gazebo di halaman rumahnya dirobohkan oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) semasa ketiadaannya baru-baru ini, bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Azhar Hamat (gambar), 45, berkata, terdapat unsur-unsur pencerobohan yang jelas dilakukan oleh anggota penguat kuasa MPKK semasa merobohkan struktur binaan tersebut.

Katanya, dia dengan bantuan beberapa penduduk telah melantik peguam untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

"Kalau ikutkan adat, hendak masuk rumah orang pun kena bagi salam. Ini tidak, bukan sahaja tak bagi salam, mereka terus ceroboh rumah semasa ketiadaan tuannya.

"Sebagai agensi pelaksana undang-undang, mereka seharusnya faham benar perkara ini. Namun, mereka tidak endahkan dan tetap berkeras mahu robohkan gazebo di rumah saya," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran tabung membiayai khidmat guaman di sini hari ini.

Tabung khas tersebut ditubuhkan oleh sekumpulan penduduk di Taman Lagenda bagi membantu Azhar mendapatkan khidmat guaman di samping membuat tuntutan di mahkamah.

Utusan Malaysia pada 12 Februari lalu melaporkan, Azhar kesal dengan tindakan anggota penguat kuasa MPKK meruntuhkan gazebo di halaman rumahnya di Taman Lagenda dekat sini semasa ketiadaannya.

Pembantu Hal Ehwal Ekonomi yang bertugas di ibu pejabat MIDA Kuala Lumpur itu menyifatkan tindakan berkenaan sebagai di luar batasan kerana ia dilakukan semasa pemilik rumah tiada di premis berkenaan.

Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa tindakan meruntuhkan gazebo itu disertai lebih 20 anggota penguat kuasa MPKK serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggunakan dua jentolak.

Sementara itu, seorang penduduk, Syfulizan Aziz, 42, yang mengetuai inisiatif penubuhan tabung itu berkata, dia dan rakan-rakan merasakan Azhar dinafikan haknya sebagai seorang pengguna untuk mendirikan tempat beriadah sendiri di rumahnya.

"Kita dapati ramai penduduk di kawasan pentadbiran MPKK membina pondok atau premis riadah di rumah masing-masing tetapi tiada pun tindakan diambil.

"Kenapa hanya memilih merobohkan binaan di rumah Azhar, sedangkan rumah lain dibiarkan," kata Syfulizan.

Jirannya, seorang pesara kerajaan, Ismail Ariffin, 64, pula berkata, tindakan penguat kuasa MPKK menimbulkan kemarahan penduduk kawasan terbabit.

"Sebelum ini, Azhar telah cuba mengadakan rundingan dan memohon berdasarkan lunas undang-undang namun ia tidak dilayan oleh MPKK," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua MPKK, Harun Jasin berkata, pihaknya sentiasa berlaku adil dan bertindak selari dengan kepentingan umum.

"Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati bolehlah mengemukakan laporan secara rasmi beserta bukti. Kita akan mengambil tindakan sewajarnya dan tidak berkompromi dengan pihak yang melanggar undang-undang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Che Munah syukur tak terkata dapat rumah baru

Posted:

Che Munah syukur tak terkata dapat rumah baru

Che Munah syukur tak terkata dapat rumah baru


SYUKUR!... Che Munah Md. Nan menadah tangan tanda bersyukur menerima rumah bantuan RISDA dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang di Kampung Sungai Pantai, Sungai Nibong, baru-baru ini.


PULAU PINANG 28 Feb. – Sebuah rumah yang mempunyai atap bocor serta dinding berlubang dan reput sememangnya sudah tidak selamat untuk diduduki.

Namun Che Munah Md. Nan, 81, tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mendiami rumah usang peninggalan arwah suaminya itu walaupun pada bila-bila masa ia boleh rebah menyembah bumi.

Warga emas yang tinggal di Kampung Sungai Pantai di sini itu tidak mempunyai pilihan kerana kedaifan hidup selain faktor kesihatan menghalangnya daripada memiliki sebuah rumah yang lebih baik.

Begitulah nasib wanita tua ini dahulu. Bagaimanapun, kehidupan Che Munah hari ini jauh berbeza.

Dia kini hidup lebih selesa dengan rumah baru bernilai RM33,000 hasil sumbangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (PPPNPP).

Warga emas tersebut merupakan salah seorang daripada tiga penduduk kampung berkenaan yang mendapat rumah baru daripada kedua-dua agensi kerajaan itu tahun ini.

"Makcik bersyukur kerana tinggal di rumah yang jauh lebih selesa berbanding rumah lama. Terima kasih kepada kerajaan dan pihak yang membantu makcik selama ini," katanya.

Che Munah ditemui selepas majlis penyerahan kunci Projek Bantuan Rumah Kesejahteraan Rakyat di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah PPPNPP, Nurul Aishah Norodin dan Penyelaras Barisan Nasional Kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Wong Mun Hoe.

Sementara itu, Ketua Pengarah RISDA negeri, Awiskarni Zulkarnaini berkata, selain membina rumah baru, tujuh keluarga dari kampung yang sama turut mendapat bantuan RM3,000 hingga RM5,000 untuk memperbaiki rumah masing-masing.

"Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memberi peruntukan RM5.3 juta kepada RISDA untuk membantu penduduk luar bandar membina atau membaik pulih rumah yang usang.

"Malah pihak kami dengan bantuan PPPNPP dan JKKPP Sungai Nibong telah mengenal pasti lima rumah lagi di kampung ini yang perlu diperbaiki," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM18.6j bina, baiki rumah orang miskin Perlis

Posted:

RM18.6j bina, baiki rumah orang miskin Perlis

RM18.6j bina, baiki rumah orang miskin Perlis

KANGAR 28 Feb. - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM18.6 juta bagi membina dan membaik pulih rumah menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) kepada lebih 756 keluarga miskin di negeri ini di bawah penyeliaan RISDA sejak 2009.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu memberitahu, peruntukan tersebut termasuk RM1.6 juta yang diperoleh RISDA daripada Kementerian Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) bagi melaksanakan PBR secara berterusan.

"Program ini menyasarkan penduduk miskin tegar dan miskin yang pendapatan isi rumah di bawah RM700 bagi membolehkan mereka mendapat rumah baru berharga RM33,000 secara percuma," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah PBR kepada kira-kira 71 penduduk di Parlimen Arau di Kampung Berjaya di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Ahmad Bakri Ali dan Pengarah RISDA Perlis, Marhalim Hashim.

Md. Isa berkata, PBR bertujuan mengatasi masalah perumahan golongan miskin supaya mereka dapat hidup selesa bersama keluarga masing-masing.

Beliau berkata, lebih 258 rumah baru dibina manakala 150 buah rumah lain telah dibaik pulih melibatkan kos RM10,000 bagi setiap rumah dalam tempoh dua tahun lalu.

"Daripada jumlah tersebut, 158 adalah rumah baru manakala 48 buah dibaik pulih bagi 2009 dan pada tahun lalu, ia melibatkan 99 rumah baru serta 102 buah dibaik pulih," tambah beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan