Khamis, 3 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pameran Perkataan + Gambar = Buku

Posted:

Pameran Perkataan + Gambar = Buku

Pameran Perkataan + Gambar = Buku

Oleh FAUZI MOHD
utusanterengganu@utusan.com.my


SEORANG pengunjung yang melihat Pameran Perkataan + Gambar = Buku di Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. – utusan/auzi Mohd


KUALA TERENGGANU 2 Mac – Buat julung kali, Galeri Petronas dengan usaha sama Muzium Negeri, hari ini melancarkan pameran 'Perkataan + Gambar = Buku' bagi mengangkat kedudukan buku bergambar di negara ini sebagai karya seni yang dapat memikat masyarakat.

Galeri seni korporat itu membawakan pameran selama dua bulan di Muzium Negeri, Bukit Losong, di sini dengan 30 ilustrasi daripada 10 buku bergambar kanak-kanak kontemporari oleh sepuluh pengilustrasi ternama.

Mereka ialah Mohd. Yusof Ismail atau lebih dikenali sebagai Yusof Gajah, Azalan Hussain, Shukri Edrus, Jainal Amambing, Awang Fadillah Ali Hussein, Faizal Abdul Jalil, Khairul Azmir Shoib, Emilia Yusof, Norazmi Mokhtar dan Chong Chin Yew.

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perkhidmatan Korporat Petronas, Mohammad Medan Abdullah berkata, di bawah penyelarasan penyunting Alimah Salam, semua karya yang ditonjolkan sebagai sebuah set unik bagi memperingati pameran ini.

Menurut Mohammad Medan, pameran bakal membawa pengunjung ke dunia ilustrasi buku bergambar kanak-kanak melalui penerokaan mempesonakan ke tempat yang menawan dan dinamik dengan cerita yang disampaikan mengikut pelbagai gaya.


Pengunjung juga berpeluang menyaksikan bagaimana barangan dihasilkan sebelum dipamerkan pada Pameran Perkataan + Gambar = Buku.


Katanya, satu aspek pameran yang unik adalah penonjolan contoh-contoh rentetan proses kreatif para pengilustrasi dalam menerbitkan bahan bacaan berkenaan.

''Perkongsian di sebalik tabir contoh-contoh lakaran awal dan papan cerita yang jarang dilakukan, ditunjukkan dalam fasa pembentukan.

''Bukan hanya paparan visual ilustrasi muktamad, pameran ini juga menawarkan kepada para pengunjung kemungkinan dunia media yang lain mengandungi cat air, cat minyak, akrilik, cetakan blok kayu, paparan lakaran, kolaj, dakwat dan lukisan pensil," kata beliau ketika berucap pada majlis pelancaran pameran tersebut di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, matlamatnya adalah untuk menyebarkan pemahaman penerokaan para pengilustrasi ke dalam dunia pertuturan dan gambaran kanak-kanak serta memberikan cara berkesan bagi menghubungkan masyarakat umum tentang seni buku bergambar.

''Ia menjanjikan habuan visual untuk pengunjung pelbagai peringkat usia melalui ekspresi berseni pengalaman secara kolektif para seniman.

"Pameran ini diharap mampu mengangkat kedudukan ilustrasi buku bergambar kepada satu bentuk seni yang serius, berasaskan peranannya dalam perkembangan landskap seni Malaysia.

"Untuk itu juga, Galeri Petronas mengharapkan masyarakat umum menghargai kepelbagaian bakat seni yang sedia wujud di negara ini," tambahnya.

Beliau menarik perhatian, secara keseluruhannya, para pengunjung mampu menyaksikan suasana meriah, menyeronokkan dan menguja oleh bakat-bakat kesenian paling menyinar di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlu serius atasi pengangguran

Posted:

Perlu serius atasi pengangguran

Perlu serius atasi pengangguran

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Mac – Kerajaan Pas Kelantan digesa melihat secara serius masalah pengangguran melibatkan rakyat negeri ini kerana ia akan turut memberi kesan kepada negeri-negeri lain.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kawasan Kuala Balah, Datuk Ab. Aziz Derashid berkata, kerajaan negeri perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kerana percaya ramai anak muda Kelantan ingin bekerja di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak mempunyai harapan dan terpaksa berhijrah ke negeri lain kerana peluang pekerjaan yang terdapat di negeri ini amat terhad.

"Di mana salahnya sehingga ramai anak muda kita berhijrah ke negeri lain. Kenapa kita tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada mereka sehingga beribu-ribu keluar negeri," katanya dalam perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Muhammad V pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ab. Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu mengambil tindakan segera mengatasi masalah tersebut bagi mengelak negeri ini menjadi pilihan kedua di kalangan rakyatnya sendiri.

Menjawab soalan seorang wakil rakyat Pas bahawa kadar pengangguran di Kelantan lebih kecil iaitu kira-kira 2.2 peratus, beliau menegaskan, ia disebabkan penghijrahan secara besar-besaran rakyat Kelantan ke negeri lain bagi merebut peluang pekerjaan yang ada di sana.

Dalam pada itu, Ab. Aziz turut meminta kerajaan negeri lebih serius mengatasi masalah pemilikan rumah di kalangan rakyat miskin yang turut mendapat perhatian Sultan Kelantan.

Beliau berkata, apa yang mendukacitakan ketika ini ialah lebih banyak rumah kos sederhana dan mewah dibina berbanding rumah mampu milik bagi rakyat berpendapatan rendah serta miskin.

"Kerajaan negeri mesti menubuhkan jawatankuasa khusus untuk menangani masalah ini sebelum ia menjadi lebih parah lagi. Kita juga tidak ada data tentang keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik terutama di bandar-bandar besar seperti Kota Bharu," katanya.

Ab. Aziz turut membangkitkan masalah peniaga-peniaga kecil terutama bumiputera di sekitar bandar ini yang menurut beliau masih memerlukan bantuan.

Beliau turut membangkitkan masalah pemilikan rumah kedai di kalangan bumiputera dan kewujudan lot-lot niaga di bandar ini termasuk di Bazar Tok Guru yang disifatkannya 'indah khabar dari rupa.'

"Kerajaan negeri kena rancang supaya peniaga tidak dianiaya. Mungkin kita fikir volum, tapi tak fikir kesannya kepada peniaga. Kita kena pastinya orang Melayu dan bumiputera dapat membeli rumah kedai di bandar supaya cita-cita pemilikan ekuiti 30 peratus tercapai.

"Banyak tanah-tanah orang Melayu telah ditukar milik. Kita kena pastikan supaya tanah-tanah Melayu tidak terlepas ke tangan orang lain.

"Kelantan ini 95 peratus penduduknya orang Melayu dan keadaan kena menggambarkan keadaan 95 peratus itu. Jangan pula 95 peratus kedai dimiliki oleh bangsa lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

21 RAMD juara peringkat 8 Briged

Posted:

21 RAMD juara peringkat 8 Briged

21 RAMD juara peringkat 8 Briged


Pasukan 21 RAMD muncul juara selepas menewaskan 18 RAMD pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Peringkat 8 Briged Kategori Unit Besar di Kompleks Sukan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 2 Mac - Pasukan 21 RAMD mempertahankan kejuaraan Bola Sepak Peringkat 8 Briged Kategori Unit Besar di Kompleks Sukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pengkalan Chepa di sini semalam.

Dalam perlawanan akhir itu, 21 RAMD menewaskan pasukan 18 RAMD dengan jaringan 3-1.

Pada perlawanan tersebut, 21 RAMD terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-18 menerusi Riduan Jamil yang bijak memperdayakan barisan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan padu untuk mendahului 1-0.

Minit ke-44, kapten pasukan, Kamarizan Daud membuktikan ketajaman penyudah apabila menjaringkan gol kedua pasukannya sekali gus membawa bekalan selesa sebelum aksi babak kedua bersambung.

Separuh masa kedua, 18 RAMD mula memperkemaskan pasukan dan berjaya mencipta beberapa peluang terbaik namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Serangan bertali arus 18 RAMD akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-60 menerusi Mohd. Shahidan Che Hassan yang berjaya menanduk masuk bola hantaran ketua pasukan, Mohd. Hafandi Razali untuk merapatkan jurang gol.

Mohd. Asrul Sazali muncul wira 21 RAMD apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-85 permainan sekali gus mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Sementara itu, pada aksi akhir Kejohanan Bola Sepak Peringkat 8 Briged Kategori Unit Kecil, 7 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) mencul juara selepas menewaskan Rejimen 506 Askar Wataniah dengan keputusan 2-1.

Pegawai Memerintah Batolian 21 RAMD, Leftenan Kolonel Marzuki Mokthar berkata, kejohanan itu merupakan acara tahunan dan RAMD merupakan tuan rumah untuk kali ini.

Menurutnya, kejohanan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu unit besar dan kecil yang sertai oleh sembilan pasukan.

"Kejohanan ini juga bertujuan mencungkil bakat dan merapatkan silaturahim sesama anggota dan ia sebagai salah satu galakan untuk mempraktikkan budaya hidup sihat di kalangan anggota," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan