Berita Harian: Nasional |
Posted: 02 Mar 2011 04:08 PM PST Nasional Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaranPUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit. "Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai."Saya harap taklimat mengenai muflis oleh jabatan terbabit mampu memberi pendedahan kepada kakitangan awam mengenai kaedah terbaik untuk menangani pelbagai isu berkaitan hutang dan muflis," katanya ketika merasmikan taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Bantuan 1971 guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, semalam. Taklimat berkenaan anjuran bersama CUEPACS dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman meminta penjawat awam memantau perbelanjaan bulanan masing-masing, selain memastikan tidak membuat pinjaman keterlaluan, bagi mengelak dikenakan perintah muflis oleh mahkamah.
"Kes penjawat awam diisytiharkan muflis boleh dielakkan jika mereka bijak menguruskan kewangan masing-masing. "Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan status bankrap itu diberikan atas kapasiti penjawat awam sebagai penjamin kerana jika peminjam gagal menjelaskan pinjaman, penjawat awam yang memang `laku' sebagai penjamin akan dikenakan perintah bankrap oleh mahkamah," katanya. Mengikut Akta Pencen 1980, mana-mana penjawat awam tidak boleh menerima pencen, ganjaran dan lain-lain faedah pada tarikh ia bersara daripada perkhidmatan awam jika dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan oleh mahkamah sama ada di Malaysia atau lain-lain negara, sehinggalah mereka mendapat pelepasan daripada hukuman itu. Akta berkenaan juga menetapkan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah yang dinikmati selepas bersara juga akan terhenti jika mereka dihukum bankrap oleh mahkamah Malaysia atau lain-lain negara. Mengulas mengenai taklimat itu, Omar berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin CUEPACS mengenai ketiga-tiga akta berkenaan berikutan pihaknya ada menerima pertanyaan pelbagai isu membabitkan akta terbabit. "Taklimat hari ini adalah bagi pemimpin CUEPACS di sekitar Lembah Klang dan sesi yang sama akan diadakan secara berperingkat di setiap zon iaitu utara, selatan dan pantai timur tidak lama lagi, " katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenSABDALI BESARI mohon kepada cuepecs agar dapat mencadangkan kepada BNM,mewujudkan satu peraturan atau undang - undang pinjaman bagi melindungi hak seseorang penjamin. sebagai contoh bagi sewa beli kereta.Sering kali penjamin menjadi mangsa apabila si pembeli gagal membuat pembayaran.Apabila berlaku kebankrapan pihak bank jarang sekali menuntut dipihak pembeli,tapi sebaliknya penjamin yang dicari.sedangkan ada setengah pembeli masih mempunyai harta lain yang boleh digunakan untuk melangsaikan hutang yang ditanggung oleh penjamin.Cadangan saya adalah baiknya intitusi kewangan mempunyai satu unit khas penyiasatan bagi menyiasat setiap kes pembeli bankrup bagi mengelak penjamin terlibat sama.Kebanyakan yang berlaku sekarang bank terus saja mengisytiharkan penjamin bankrup apabila gagal mendapat apa- apa bayaran daripada pembeli. shah Ukur baju dibadan sendiri..sedangkan mereka yg b'gaji rendah spt operator kilang mampu idup tanpa perlu b'hutang sehingga muflis..urus kewangan dgn bijak..jgn asyik nk b'lagak mcm orang kaya sedangkan gaji cukp2 mkn yotokuu Masalah individu muflis hanyalah pandangan pihak bank saja,ini kerana individu gagal membayar hutang bercampur bunga mengikut perjanjian...sebenarnya pekara ini boleh diselesaikan andainya pihak bank tidak terlalu terikat dengan perjanjian.contohnya mudah budak darjah 6 pun boleh pikirkan cara ini,andaikata individu itu gagal membayar hutang yang berbunga-bunga mengikut jadual atau tamat tempoh lanjutkan saja tempoh tersebut buat perjanjian baru(kedua)mengikut kemampuan si pengutang atau mengikut persetujuan kedua belah pihak.Dengan cara ini pihak bank masih boleh mendapat duitnya balik dan pengutang dapat berusaha mencari duit atau berfikir cara mana mengurus pebelanjan tampa rasa tertekan akibat gelaran muflis.Bagi saya yang Tak berpelajaran tinggi ini.Istilah individu Muflis tidak lojik sama sekali lebih-lebih lagi penjawat awam yang ada pendapatan tiap-tiap bulan,sebabnya selagi seseorang itu bernyawa,tidak cacat kekal ia masih boleh membuat duit dan mengumpul harta.Lainlah sesebuah agensi atau orginisasi seperti sarikat,compeni memang layak harus muflis sebabnya ianya digerakan oleh manusia.Dalam hal ini kerajan harus campurtangan agar pihak Bank dapat memahami istilah perjanjian kedua untuk pengutang.sekian terima kasih.
heikal kita semua kalau boleh mmg nak elak dari buat pinjaman..tapi kalau da kerja dibandar besar terlalu tinggi..pendapatan kecilsewa umah pon tinggi.....harga sewa bilik boleh mencecah RM550 untuk bilik medium...belum lagi masuk perbelanjaan lain..ansuran kereta, motorsikal, bil telefon..nafkah anak bini...cukup ka kalau pendapatan hanya lingkungan RM1500-RM1800 bagi kumpulan sokongan....jadi kadang-kadang faktor inilah yang memaksa penjawat awam ni membuat pinjaman yang melebihi had yang sepatutnya..kadang tu ada juga agensi-agensi atau koperasi yang menawarkan..dipujuknya supaya memanjangkan tempoh pinjaman lagi...akhirnya apa yang jadi kepada penjawat awam yang bergaji kecil?..minta kerajaan pertimbangkan situasi ni..mungkin sudah diketahui..mungkin juga terlepas pandang..atau mungkin juga dipandang remeh.. jeffery Juan Berita yang amat menyedihkan bagi perkhidmatan awam apabila dalam jumlah yang agak ramai diistiyharkan muflis oleh mahkamah dan belum lagi yang terbelenggu kerana hutang berat.Untuk menuding jari antara salah atau tidak kepada mereka yang terlibat bukan jalan penyelesaiannya,kita sedar apabila kaki tangan awam yang hanya bergaji RM 3500.00 mereka adalah golongan yang tidak berkemampuan dengan kos hidup yang semakin tinggi pada masa kini.Sudah sampai masanya kerajaan membantu mereka dan bukan hanya menghukum mereka,manusia apabila terdesak maka dia tiada pilihan lain dalam hisdupnya selain berhutang demi menampung kehidupannya.CUEPACS yang bertindak sebagai suara kaki tangan awam seharusnya tidak duduk diam dan hanya tahu menghukum tanpa memikirkan apa yang berlaku kepada mereka kerana tiada siapa yang mahu hidup susah.kaki tangan awam banyak dijerat along berlesen yang dibenarkan kerajaan seperti koperasi-koperasi yang mengenakan bunga tinggi sehingga meletakkan hutang beratus ribu tetapi pokok pinjamanya hanya 20,000.00 ringgit,bayaran potongan yang tinggi tanpa sekatan oleh kerajaan.Kenapa CUEPACS yang mempunyai koperasi sendiri masih membiarkan anggota nya berhutang dan meminjam dengan koperasi lain.Di kawasan pendalam seperti di Limbang Sarawak,harga barangan 5 kali ganda dari KL,ayam sekilo RM12.50,bawanga RM 30.00 sekilon,gula RM 2.70, dan kos hidup lain...... siapa mahu membela nasib mereka ini.....kaki tangan awam telah memerah keringgat demi kerajaan terutamanya yang berstatus kaki tangan sokongan.Pihak pengurusan hanya menuding tangan kerana mereka selesa dengan kemudahan mewah yang mereka terima,contohnya golong pengarah atau pegawai kanan,segala disediakan untuk mereka,kereta,driver,rumah pagi petang tak payah beli minyak kerana tersemua nya tersedia... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Najib, delegasi tiba di Canberra Posted: 02 Mar 2011 04:07 PM PST Nasional NAJIB disambut Gary Grey ketika tiba di Defense Establishment Fairbain, Canberra, semalam. Turut sama Anifah (kiri). CANBERRA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini semalam untuk lawatan rasmi tiga hari ke Australia. Ia adalah lawatan pertama beliau ke Australia, sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009, dengan jadual yang ketat ketika di Canberra dan Melbourne. Dalam lawatan ini, Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta pegawai kanan. Pesawat khas yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di Defense Establishment Fairbain di sini kira-kira jam 9.35 malam (6.35 petang waktu Malaysia). Ketibaan Najib disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Salman Ahmad. Turut menyambut Najib ialah Menteri bagi Perkhidmatan Awam dan Integriti Australia, Gary Grey, yang mewakili Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata lawatan itu menandakan hubungan dua hala yang kukuh yang sedia terjalin lebih setengah abad yang lalu. "Ia akan menyediakan peluang bagi Malaysia dan Australia untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama," kata kenyataan itu. Najib akan diberikan sambutan rasmi di dataran Bangunan Parlimen di sini hari ini, diikuti mesyuarat tertutup dengan rakan sejawatannya dan mesyuarat dua hala dengan anggota-anggota kanan kedua-dua delegasi. Perdana Menteri dijadual menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Kerajaan Malaysia dengan Australia dalam bidang pendidikan dan sukan. Beliau juga dijadual bertemu Ketua Pembangkang Australia, Tony Abbott sebelum berlepas ke Melbourne untuk menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Ketua Menteri Victoria, Ted Baillieu. Di Melbourne, Najib akan dianugerahi Doktor Kehormat daripada universiti tersohor di Melbourne, Monash University dan dijangka melawat Melbourne University. Najib juga dijadual menghadiri perbincangan meja bulat dengan pemimpin industri Australia. – BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan