Isnin, 21 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Taman Negara aset pelancongan

Posted:

Taman Negara aset pelancongan

Taman Negara aset pelancongan

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Restoran terapung Sungai Tembeling turut menjadi daya tarikan di Kuala Tahan Seberang, Jerantut. - utusan/Haris Fadilah Ahmad




Pelancong cuba menggunakan sumpitan di penempatan Orang Asli Dedari di Kuala Tahan, Jerantut.


JERANTUT 21 Mac - Pahang mempunyai banyak keistimewaan sebagai tarikan pelancong apabila mempunyai pakej alam semula jadi yang serba lengkap.

Gunung-ganang, sungai, hutan, pantai dan tanah tinggi merupakan antara khazanah yang menjadi aset bagi melonjakkan sektor pelancongan di negeri itu.

Justeru, Taman Negara di Kuala Tahan dekat sini antara destinasi yang sentiasa bermain di bibir pelancong.

Taman Negara masih dapat bertahan sebagai destinasi yang popular di kalangan pelancong domestik dan Barat yang mahu melihat lebih dekat khazanah itu selain menyedut udara bersih sambil pemandangan alam yang menghijau.

Waktu yang paling sesuai untuk pelancong mengunjungi Taman Negara adalah pada April hingga November selain cuti hujung minggu.

Taman Negara yang terletak di Banjaran Titiwangsa dan meliputi sebahagian daerah Lipis dan Jerantut berjaya menggamit kedatangan pelancong khususnya para pencinta alam yang mahu menikmati kehijauan hutannya, kejernihan sungainya dan keriuhan kicau mergastua.

Kerajaan Pahang menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyediakan pelan perancangan dan pengurusan hutan dalam usaha menyenaraikannya sebagai Warisan Dunia seperti khazanah sejarah dan alam di negara Asia lain.

Keindahan hutan Taman Negara dapat dinikmati sebaik sahaja bot yang membawa pelancong singgah di jeti Mutiara Resort dari Kuala Tembeling atau turun dari kenderaan di Kuala Tahan Seberang melalui jalan darat dari bandar Jerantut.

Suasana sepi hutan bertukar 'hidup' dengan kegiatan pelancong dari pelbagai negara menginap di Mutiara Resort yang menyediakan 117 calet untuk keselesaan pengunjung di samping tempat penginapan yang diusahakan oleh penduduk di Kuala Tahan.

Jika bernasib baik, penginap dapat melihat sendiri binatang liar seperti rusa, babi hutan dan binatang kecil lain yang merayau-rayau di sekitar calet menjelang tengah malam hingga ke awal pagi.

Bagaimanapun, pelancong juga boleh menyertai kegiatan safari malam untuk melihat haiwan liar di kawasan yang disediakan dengan bantuan pemandu pelancong dan petugas perhilitan.

Pada sebelah siang, pelancong boleh beriadah dengan mendaki Bukit Teresek untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi dari puncak bukit tersebut.

Selain itu, pelawat boleh berjalan kaki dari Bukit Teresek selama 45 minit untuk sampai di tangga jambatan gantung (canopy walkway) sebelum meniti jambatan berkenaan setinggi 400 meter dari aras laut.

Seperti hutan hujan tropika lain, Taman Negara juga menyediakan rangkaian gua untuk diteroka seperti Gua Telinga dan Gua Daun Menari di samping banyak lagi gua yang sedang dikenal pasti untuk dibuka kepada pengunjung.

Pengunjung pastinya merasa puas apabila melawat penempatan Orang Asli suku Batek di Dedari, berjalan malam di hutan, berakit dan mengintai binatang buas menjilat garam di lima buah jenut dan bumbun termasuk Bumbun Tahan.

Bagi pendaki tegar, Gunung Tahan sentiasa menanti untuk menyahut cabaran yang tidak terdapat di gunung lain di negara ini sehingga sesetengah pendaki menyifatkan tidak lengkap lawatan jika tidak mendaki gunung tertinggi di Semenanjung itu.

Menaiki bot penambang atau dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai 'bot Tembeling' pastinya membuat pelancong merasai keseronokan yang agak berbeza dengan pengangkutan sungai di tempat lain.

Pengerusi Persatuan Pelancong Taman Negara Kuala Tahan, Zamri Mat Amin berkata, pembangunan sektor pelancongan di Taman Negara memberi impak kepada penduduk tempatan termasuk belia bergiat aktif sebagai pengusaha calet, restoran, pemandu pelancong dan pekerja resort.

''Sehingga kini, seramai 2,000 orang penduduk tempatan dan belia dari luar daerah ini menjalankan pelbagai kegiatan menerusi sektor berkenaan.

Sementara itu, seorang pelancong Jerman, Emico Webechorst, 23, berharap pihak berkuasa mengekalkan hutan tropika Taman Negara kerana ia antara aset pelancongan dan ekosistem walaupun berlaku desakan pembangunan yang rancak di kawasan terbabit.

Webechorst menambah, kemudahan asas juga perlu dijaga dengan rapi manakala aspek kebersihan dan keceriaan amat penting kerana ia dapat melonjakkan imej sebuah pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 80,897 pelancong mengunjungi Taman Negara dan jumlah itu dijangka meningkat tahun ini.

Bagi mencapai matlamat itu, katanya, perancangan pembangunan dilaksanakan lebih teratur termasuk pembinaan calet dan premis perniagaan untuk kemudahan pelancong di kawasan itu.

Menurut beliau, pembangunan sektor pelancongan di Taman Negara memberi peluang kepada penduduk memperoleh pendapatan menerusi kegiatan penginapan, restoran, bot penambang, pengangkutan darat dan pemandu pelancong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syor Paya Ganchong jelapang padi

Posted:

Syor Paya Ganchong jelapang padi

Syor Paya Ganchong jelapang padi

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


MUSTAFFA Osman dan Ahmad Sabri Baharom menunjukkan rumput rampai di Paya Ganchong yang menghalang laluan air masuk ke sawah padi.


PEKAN 21 Mac - Kerajaan negeri diminta menaik taraf kawasan padi di Paya Ganchong di sini sebagai jelapang padi negara pada masa depan ekoran seramai 80 petani mengusahakan tanaman itu di tapak seluas 200 hektar.

Kalangan peserta menganggap pengiktirafan itu perlu bagi meniupkan semangat peserta meningkatkan produktiviti dan pengeluaran beras ke tahap terbaik.

Ketua Kampung Ganchong Tengah, Sulaiman Ahmad, 53, berkata, kawasan itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1971 merupakan sumber pendapatan penduduk.

Tambahnya, langkah itu penting kerana kawasan itu akan dilengkapi pelbagai prasarana dan teknologi baru bagi memastikan pengeluaran padi terus ditingkatkan.

''Langkah tersebut secara langsung membantu negara mendapatkan bekalan beras dari dalam negara tanpa bergantung beras import," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Kampung Ganchong Hulu, Datuk Keramat, Mustaffa Osman, 53, menyifatkan perkara itu wajar kerana tanaman padi di situ telah diusahakan sejak 40 tahun lalu.

Jelasnya, menaik taraf Paya Ganchong untuk tujuan tersebut adalah perlu seiring dengan matlamat kerajaan menampung keperluan makanan negara.

Beliau juga berharap agar pihak berkenaan membantu petani mengatasi masalah rumpai rampai yang menghalang laluan air ke sawah tersebut.

Seorang penduduk kampung, Ahmad Sabri Baharom, 40, pula berharap kerajaan negeri memberi geran kekal kepada 56 peserta muda mengusahakan sawah di situ secara berkelompok seluas 70 hektar melalui fasa ketiga.

Menurut Ketua Kampung Kiambang Ganchong, Abd. Manan Daud, 58, kawasan tersebut sudah dikenali kerana pernah dikunjungi tetamu diraja dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika musim menuai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hapuskan tanggapan negatif derma darah

Posted:

Hapuskan tanggapan negatif derma darah

Hapuskan tanggapan negatif derma darah

TEMERLOH 21 Mac - Masyarakat perlu menghapuskan prasangka negatif terhadap aktiviti derma darah kerana sebenarnya ia boleh menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan darah.

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sikap negatif dan mementingkan diri sendiri perlu dikikis kerana aktiviti itu membawa pelbagai manfaat kepada penderma itu sendiri.

Menurut beliau, selain mendapat rawatan perubatan percuma di semua hospital kerajaan, penderma akan mengetahui tahap kesihatan melalui ujian saringan darah sebelum menderma.

''Mereka yang sihat diminta jangan mementingkan diri sendiri dengan menganggap menderma darah itu tidak perlu kerana mungkin suatu hari nanti isteri atau ahli keluarga memerlukannya sewaktu bersalin atau terbabit dalam kemalangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kempen derma darah anjuran Maybank Cawangan Mentakab dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Temerloh dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di hospital itu baru-baru ini. Turut hadir memberikan sokongan kempen itu ialah Pengurus Maybank Cawangan Mentakab, Chan Tai Leong.

Dalam pada itu, Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta menganjurkan lebih banyak kempen dalam menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menderma darah.

Katanya, kerjasama antara PBSM dan Maybank merupakan contoh terbaik dan perlu diteruskan supaya bekalan tersebut mencukupi untuk digunakan pihak hospital nanti.

''Simpanan darah itu penting dan boleh digunakan seperti berlaku di Jepun apabila hospital negara tersebut menggunakan bekalan berkenaan untuk merawat mangsa yang terlibat dalam bencana gempa bumi dan tsunami baru-baru ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan