Khamis, 17 Mac 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Taman Warisan kini terbiar

Posted:

Taman Warisan kini terbiar

Taman Warisan kini terbiar


SELAIN kawasan semakin bersemak samun, longgokan botol minuman tidak dikutip turut mencacatkan pemandangan di Taman Warisan Bukit Istana, Jerantut.


Saudara pengarang,
KETIKA membawa anak-anak bercuti dan menziarahi ibu bapa di sebuah taman perumahan di sini, tergerak hati saya untuk berjoging di Taman Warisan Bukit Istana, Bandar Jerantut.

Kesempatan beriadah petang itu antara hasrat saya menikmati keindahan alam sekitar hutan di Bukit Istana yang juga terletaknya menara pemancar milik Telekom, syarikat televisyen swasta dan beberapa pencawang komunikasi lain di puncak tersebut.

Kawasan itu dinamakan Taman Warisan hasil usaha seorang pegawai daerah di Jerantut seingat saya 17 tahun lalu.

Tujuannya untuk pemuliharaan kayu-kayan, herba, spesies burung, serangga dan sumber hutan lain yang menjadi tarikan pelawat ke bandar Jerantut.

Sebelum meninggalkan bandar ini 15 tahun lalu, keadaan Taman Warisan diselenggarakan oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) secara bersistematik termasuk di kiri kanan laluan atau trek joging dan pejalan kaki yang bersih.

Tong sampah juga diletakkan di tempat strategik manakala nama pokok hutan dilabelkan termasuk identiti saintifiknya yang memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada pengunjung di situ.

Begitu juga tempat permainan kanak-kanak dan peralatan senaman di sebuah kawasan rekreasi dijaga dengan baik bahkan mendapat pujian orang ramai serta pelawat pada masa itu.

Tetapi, sangkaan saya untuk melihat suasana seperti 15 tahun lalu meleset. Perkara mengejutkan saya apabila laluan atau trek pejalan kaki dan joging tidak diuruskan dengan baik dan keadaannya semak samun serta banyak pokok yang menjalar.

Begitu juga botol-botol minuman keras dilonggok di tepi laluan pejalan kaki dan tidak dipungut untuk dilupus atau dikitar semula oleh pihak berwajib.

Saya cuba melalui sebuah trek di situ tetapi malangnya apabila melihat sebatang pokok kayu menghempap merentangi laluan sehingga menyukarkan pelawat untuk beriadah.

Tidak ada lagi siulan burung pulang ke sarang pada waktu petang manakala label-label nama pokok terbabit ada yang sudah jatuh ke tanah tanpa diuruskan dengan baik.

Begitu juga, peralatan permainan kanak-kanak dan riadah yang sudah rosak berkemungkinan akibat kegiatan vandalisme atau tanpa diuruskan dengan sempurna.

Saya berharap MDJ dapat mengembalikan Taman Warisan bandar ini seperti sedia kala dengan mengambil kira kepentingan memulihara alam sekitar, kebersihan dan penjenamaan semula pokok termasuk penyelenggaraan peralatan rekreasi.

Menurut rakan-rakan lama yang masih menetap di bandar ini, tiada lagi kawasan untuk berjoging dengan selesa dan damai sementara mereka yang gemar beriadah terpaksa mengalih ke tempat lain.

Saya berharap MDJ memulihkan semula Taman Warisan berkenaan agar kehijauan hutan, kicauan burung dan keceriaan dapat melestarikan alam sekitar berdekatan bandar Jerantut.

Lagipun tempat rekreasi berkenaan merupakan lokasi pertemuan penduduk pelbagai kaum di daerah itu sewaktu beriadah dan berjogging sekali gus melakarkan kemesraan dan menjalinkan perpaduan, menepati aspirasi 1Malaysia.

JOY RAHMAT

Klang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersihkan sampah di Air Terjun Chamang

Posted:

Bersihkan sampah di Air Terjun Chamang

Bersihkan sampah di Air Terjun Chamang


Timbunan sampah dibiarkan berlonggok pada laluan masuk di kawasan Air Terjun Chamang, Bentong.


Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini saya bersama keluarga berkelah di pusat rekreasi Air Terjun Chamang, Bentong yang terkenal dengan kehijauan alam semula jadi dan tumpuan ramai bercuti ke situ.

Kehadiran pengunjung yang ramai terutama pada musim cuti persekolahan dan hujung minggu menjadikan pusat rekreasi tersebut tarikan umum.

Namun apa yang dikesalkan ketika melalui laluan masuk ke pusat itu satu pemandangan cukup menyakitkan mata apabila pelbagai jenis sampah termasuk perabot lama dan sisa bahan binaan dibuang di tepi jalan.

Keadaan itu memberi imej buruk kepada pusat itu dan daerah Bentong kerana Air Terjun Chamang cukup dikenali dan dikunjungi oleh pengunjung tempatan serta dari luar negara.

Ada kalangan penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu sering berjoging pada waktu pagi dan petang terpaksa menahan bau busuk di tapak sampah haram tersebut.

Kalangan penduduk tempatan yang ditemui tidak tahu pada waktu bila kawasan tersebut dijadikan tempat pembuangan sampah haram sedangkan sudah mengetahui bahawa kawasan itu adalah pusat rekreasi.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dalam menjalankan penguatkuasaan supaya masalah itu tidak dibiarkan berlarutan.

Sekurang-kurangnya pihak terbabit yang membuang sampah di situ tidak lagi mengulanginya kerana ia memberi impak negatif kepada kesihatan penduduk dan pengunjung ke situ.

Selain itu, pembersihan perlu dilakukan bagi memastikan kawasan tersebut tidak tercemar dan dijangkiti penyakit berjangkit.

Saya berharap semoga perkara ini diberi perhatian serius kerana tidak mahu tragedi di Lubuk Yu, Maran berulang di pusat rekreasi tersebut.

Ahmad Kamil Cheras

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Haiwan berkeliaran jejaskan laluan ke Taman Negara

Posted:

Haiwan berkeliaran jejaskan laluan ke Taman Negara

Haiwan berkeliaran jejaskan laluan ke Taman Negara


Haiwan ternakan berkeliaran dalam jumlah yang banyak, mengganggu perjalanan pelancong ke Taman Negara Kuala Tahan, Pahang.


Saudara pengarang,
SAYA kerap berkunjung ke Taman Negara Kuala Tahan kerana destinasi berkenaan antara satu-satunya pusat pelancongan di Pahang yang memberi keselesaan dan kedamaian kepada keluarga kami.

Sejak lapan tahun lalu, ketika berulang alik setiap bulan, saya memandu di laluan sejauh 82 kilometer (km) dari bandar Jerantut agak selesa dan kenderaan kami serta pelawat lain bergerak lancar tanpa gangguan.

Namun, apa yang mendukacitakan saya ketika berkunjung ke Taman Negara pada bulan lepas, saya terkejut kerana banyak haiwan ternakan berkeliaran sehingga mengganggu pergerakan kenderaan pelancong dari luar.

Senario berkenaan boleh dilihat apabila memandu melalui Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang dan Kampung Merting 'terserempak' dengan sekumpulan 10 hingga 40 ekor lembu dilepaskan berkeliaran makan rumput di tepi jalan.

Hal itu memberi impak bahaya terhadap pemandu malah, perlu berhati-hati ketika haiwan berkenaan melintas secara berkumpulan dan tidur di atas jalan pada waktu tertentu.

Kadang-kadang najis haiwan itu juga bertaburan di atas jalan sehingga mengganggu pergerakan kenderaan pada waktu pagi dan mengotorkan 'limousin' pelancong barat dan eksekutif yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan.

Usaha penduduk menternak haiwan itu di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran jalan harus dipuji kerana sektor pertanian boleh menampung pendapatan mereka, tetapi perlu diuruskan dengan baik iaitu dibuat kandang tanpa dibiarkan berkeliaran.

Keadaan sebegini boleh mengundang padah terutama membabitkan kemalangan kenderaan dengan haiwan terbabit lebih lagi ketika waktu pagi kerana kabus tebal yang membataskan penglihatan pemandu termasuk penunggang motosikal.

Saya memohon pihak berwajib memantau keadaan ternakan itu sama ada berasaskan penguatkuasaan peraturan serta tindakan positif bertujuan mengekalkan imej Taman Negara Kuala Tahan dari kaca mata orang luar.

ISMAIL KASSIM Kuala Lumpur

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan