Khamis, 17 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Loteri: K'tan arah penasihat perundangan buat tafsiran

Posted: 17 Mar 2011 06:52 PM PDT

Kelantan sedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran penasihat undang-undang negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, lapor TV Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, semalam - menteri besar itu berkata tafsiran penasihat undang-undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen kerajaan persekutuan.

NONENik Aziz sebelum itu menemui rombongan Pakatan Rakyat bagi membincangkan larangan penjualan tiket loteri di negeri itu yang menjadi modal politik terbaru MCA dan rakan parti komponen BN.

Pengeluaran tiket loteri dan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan Umno-BN sungguhpun penjualannya adalah tertakluk kepada undang-undangan pihak berkuasa tempatan.

Nik Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Liew Chin Tong, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty dan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustapa Ali.

Keputusan berimbang

Mustapa ketika dihubungi berkata, penasihat undang-undang negeri telah ditugaskan untuk mengkaji dari sudut perundangan berhubung larangan penjualan tiket loteri di negeri berkenaan.

"Selama ini ia tidak mendatangkan sebarang masalah. Yang menjadi pertikaian hanya kerana big sweep itu yang dikatakan tidak memerlukan premis. Jadi oleh itu, kita akan serahkan kepada pihak yang berkenaan untuk mengkaji hal itu," katanya.

NONEMengulas keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu, Dr Mohd Nur pula berkata, kerajaan negeri Kelantan membuat keputusan yang berimbang untuk memenuhi tuntutan agama Islam dan keperluan penganut lain di negara ini.

"Nampaknya kenyataan itu adalah keputusan yang berimbangan dan tidak mendatangkan masalah kepada orang bukan Islam," katanya.

Dalam kenyataan media yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan persekutuan kerana masih menghalalkan perjudian secara terbuka yang memberi kesan buruk kepada rakyat Islam dan bukan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan negeri mengambil pendirian terbuka terhadap sebarang cadangan dan saranan bersabit larangan penjualan tiket loteri di premis tidak belesen

Dasar haramkan judi

Ahmad Fadhli berkata, umumnya dasar mengharamkan perjudian yang dipelopori oleh kerajaan negeri Kelantan tidak berubah sejak dilaksanakan lebih 20 tahun lalu.

gambling gamble 220207"Cuma yang menjadi masalah ialah loteri-loteri yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual. Jadi kita akan serahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat tafsiran. Kita tidak mengubah dasar (tetapi) isu ini perlu dilihat dari dari sudut undang-undang.

"Jadi soal loteri big sweep yang tidak memerlukan premis berlesen untuk dijual, Kerajaan Kelantan bersedia nak menyerahkan pada penasihat undang-undang untuk membuat kajian," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bersedia memberi penjelasanan sekiranya diperlukan berhubung isu itu pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, Mustapa berkata tafsiran undang-undang adalah diperlukan untuk memastikan sebarang bentuk larangan tidak bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada.

Anthony pula berkata pihak DAP berpuas hati dengan pendirian Nik Aziz untuk merujuk isu berkenaan kepada penasihat undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam ditahan berhubung kes curi kondom RM850,000

Posted: 17 Mar 2011 04:18 AM PDT

Polis percaya telah menyelesaikan kes kehilangan kondom bernilai RM850,000 yang dilaporkan hilang pada 25 Januari lalu berikutan tertangkapnya enam lelaki dan penemuan semula barangan tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata enam lelaki yang ditahan itu berusia 23 hingga 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori, buruh am dan kerja sambilan.

Mereka ditahan pada 15 Februari lalu di Ipoh, Bidor, Batu Gajah serta di Puchong dan Klang, Selangor.

"Hasil daripada pemeriksaan polis kemudiannya menemui 258 kotak berisi kondom di sebuah rumah di Puchong dan sebuah gudang di Klang, Selangor yang dipercayai digunakan untuk menyimpan barangan tersebut sementara menunggu pembeli," kata Shukri pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiga daripada lelaki berkenaan pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan lampau.

Beliau berkata empat daripada mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis manakala dua lagi masih direman sehingga Sabtu ini.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 407 Kanun Keseksan yang boleh membawa kepada hukuman penjara satu tahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda, katanya.

Beliau berkata dengan tangkapan serta penemuan barangan tersebut, polis percaya kes tersebut telah selesai.

Shukri berkata kehilangan kondom itu telah dilaporkan oleh pengurus kilang Sagami Manufacturers Sdn Bhd di Estet Perindustrian Bembam, Batu Gajah, Perak pada 26 Januari lalu apabila pihak berkenaan di Jepun menyedari kontena yang berisi kondom yang sepatutnya sampai di sana telah kosong.

Kondom tersebut sepatutnya dihantar melalui Pelabuhan Klang.

Dalam perkembangan lain Shukri berkata lima lelaki berusia 28 hingga 56 tahun ditahan Jumaat lepas kerana terbabit dalam penipuan dengan
menyamar sebagai pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Ipoh untuk menawarkan sebidang tanah kepada seorang peniaga.

Beliau berkata mereka yang ditangkap merupakan Pembantu Am PTG, Ipoh, dua bekas kakitangan PTG, seorang pesara Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak dan seorang broker.

"Kes ini terbongkar apabila seorang peniaga besi buruk dari Tapah telah dihampiri oleh lima lelaki berkenaan dengan menawarkan mangsa sebidang tanah seluas 24 ekar di Bidor pada 1 Mac lepas.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu telah menyerahkan wang tunai RM24,000 kepada mereka untuk bayaran pendahuluan dan proses permohonan.

"Bagaimanapun apabila membuat semakan di PTG Ipoh, mangsa mendapati permohanan tanah tersebut tidak wujud dan palsu," katanya.

Polis turut merampas beberapa barangan palsu antaranya sembilan keping cop PTG Ipoh, 45 keping kepala surat PTG Ipoh, 20 helai dokumen PTG, 13 helai resit rasmi bayaran premium tanah, empat keping salinan pelan tanah dan sebuah komputer riba dan pencetak yang digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu tersebut.

"Mereka akan memalsukan surat kelulusan permohonan tanah dengan menggunakan kepala surat PTG Ipoh serta meniru tandatangan pegawai yang berkuasa meluluskan," kata Shukri.

Kesemua suspek ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawaah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Penipuan) yang boleh dikenakan hukaman penjara satu tahun hingga 10 tahun dengan sebatan dan denda.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan