Jumaat, 4 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


13,000 GSTT diambil semula

Posted:

13,000 GSTT diambil semula

13,000 GSTT diambil semula

KINABATANGAN 3 Mac – Nasib hampir 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditamatkan tugas baru-baru ini bakal terbela apabila kerajaan bersetuju mengambil semula mereka untuk berkhidmat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan berita gembira itu berkata, kerajaan telah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersetuju untuk menarik semula tindakan memberhentikan tugas kumpulan pengajar tersebut dan berusaha menempatkan mereka di kawasan yang memerlukan.

Bagaimanapun katanya, kumpulan GSTT tersebut harus bersedia ditempatkan di mana-mana kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara.

"Mereka inginkan jawatan ini, maka mereka juga harus bersedia untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung semula perkhidmatan GSTT yang ditamatkan pada akhir tahun lalu dengan tiada sebarang pelantikan baru bagi tahun ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, individu yang pernah memegang jawatan GSTT sebelum ini, terutama yang berkhidmat selama dua atau tiga tahun akan diberi peluang untuk terus berkhidmat.

"Kumpulan tersebut mempunyai pengalaman mengajar dan khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kumpulan GSTT yang diberhentikan itu juga akan diberi peluang menjadi guru terlatih dengan menyertai pelbagai kursus meningkatkan kemahiran yang disediakan kerajaan seperti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti.

Beliau berkata, penambahan kursus-kursus tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran mereka dalam mata pelajaran pilihan seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ditanya bilakah kumpulan tersebut akan berkhidmat semula, Muhyiddin berkata, arahan mengambil semula kumpulan GSTT itu telah dikeluarkan kepada pihak terbabit sejak dua bulan lalu.

"Ia kini dalam proses pengurusan logistik dan penempatan semula kumpulan GSTT tersebut," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengambilan GSTT kali ini akan dilakukan dengan lebih teliti dengan memberi keutamaan kepada mereka yang pernah berkhidmat.

Justeru, beliau meminta semua Pengarah Pelajaran Negeri dalam pemilihan nanti supaya memberi perhatian kepada individu yang telah berkhidmat sebagai GSTT sebelum ini dan hanya mengambil mereka yang benar-benar layak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia pelawa pelabur

Posted:

Malaysia pelawa pelabur

Malaysia pelawa pelabur


NAJIB Tun Razak dan Julia Gillard menyaksikan persembahan tarian tradisional Australia semasa menghadiri jamuan makan tengah hari di Bangunan Parlimen, Canberra, Australia, semalam. - BERNAMA


MELBOURNE 3 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rantau ini menawarkan potensi yang besar dan bakal menjadi pusat pertumbuhan baru global.

Menurutnya, rantau ASEAN, Asia Timur dan kawasan sehingga ke Australia bakal menjadi pusat pertumbuhan utama dunia dan sehubungan itu, beliau mempelawa usahawan dan pelabur Australia mengambil kesempatan itu merebut potensi itu dengan membuat pelaburan di Malaysia.

"Benua Eropah tidak menentu, manakala rantau Asia Barat sedang bergolak sementara benua Afrika masih tidak berubah.

"Jika kita gagal, dunia akan gagal. Keadaan sangat meruncing," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam anjuran Perdana Menteri negeri Victoria, Ted Baillieu di sini malam ini bagi meraikan Najib melawat negeri ini sebagai sebahagian program sempena kunjungan rasmi tiga harinya ke Australia bermula semalam.

Najib mempelawa usahawan dan pelabur-pelabur Australia supaya melabur dalam industri penerokaan minyak dan gas serta pendidikan.

Beliau berharap, usahawan dan pelabur Australia akan mengambil bahagian dalam transformasi ekonomi Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dengan memperolehi pendapatan tinggi.

"Kami memerlukan bakat dan pakar, mereka yang mempunyai kapasiti intelek, mereka yang tahu bagaimana mengurus sumber manusia dan mereka yang tahu mencipta kekayaan," katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada jamuan tengah hari di Bangunan Parlimen di Canberra sebelum itu anjuran Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, Najib berkata, Malaysia mencatat pembangunan yang pesat dan mahu menjadi negara maju menjelang 2020.

Katanya, di bawah wawasan itu, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun lagi Malaysia berharap dapat mencatat pertumbuhan sekurang-kurangnya 6 peratus setahun secara berterusan.

Katanya, bagi mencapai wawasan itu dan transformasi ekonomi, Malaysia memerlukan pelaburan sehingga AS$440 bilion (RM1.3 trilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang dan sekali gus dapat mewujudkan sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan yang sebahagian besarnya merupakan pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Kami percaya, kami dapat mencapai matlamat itu (negara maju dan transformasi ekonomi) dengan sokongan negara-negara sahabat yang membuat pelaburan di negara kami (Malaysia)," tambah beliau.

''Sehubungan itu, kami memerlukan pelaburan asing, pekerja-pekerja mahir dan berbakat dan hubungan antara penduduk.

''Kami memerlukan perdagangan dan pelaburan asing," tambah beliau.

Mengenai pendidikan, Najib berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk mewujudkan liberalisasi dalam dasar pendidikan pada 1999 bagi membolehkan tiga universiti daripada Australia iaitu Universiti Monash, Curtin dan Swinburne bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Hasrat saya pada waktu itu semasa menjadi Menteri Pelajaran ialah pada masa sama untuk menarik kemasukan pelajar asing ke Malaysia. Kini terdapat kira-kira 75,000 pelajar asing di Malaysia tetapi malangnya hanya terdapat kira-kira 100 pelajar Australia di Malaysia berbanding 23,000 pelajar Malaysia di Australia," katanya.

Najib berkata, Victoria merupakan negeri terbesar di Australia yang mempunyai ramai pelajar Malaysia dan mereka yang bekerja di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mengumumkan bahawa Malaysia akan membuka pejabat Konsulat Besar di Melbourne tidak lama lagi. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gillard: Najib adalah rakan Australia

Posted:

Gillard: Najib adalah rakan Australia

Gillard: Najib adalah rakan Australia


NAJIB Tun Razak dan Rosmah Mansor bersama Governor-General of the Commonwealth of Australia, Quentin Bryce (dua kanan) dan suaminya Michael Bryce (kiri) semasa kunjungan hormat ke Government House di Canberra, semalam. - BERNAMA


CANBERRA 3 Mac - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard pada Khamis menyifatkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai rakan Australia dan seorang pemimpin di rantau ini.

Komen beliau itu dibuat selepas kedua-dua pemimpin mengambil rostrum masing-masing untuk sidang akhbar bersama selepas menyertai mesyuarat tertutup dan dua hala di mana kerjasama dan hubungan membabitkan kedua-dua buah negara dibincangkan.

"Perdana Menteri bersama saya sekarang adalah seorang rakan bagi Australia dan seorang pemimpin di rantau ini," katanya.

Najib berada di Australia untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Gillard sebagai membalas lawatan rasmi beliau ke Malaysia tahun lepas.

Sementara itu, pada majlis makan tengah hari sempena lawatan Najib, Gillard menyifatkan Najib sebagai contoh dalam usaha menentang extremisme dan yang menjunjung tinggi nilai-nilai Islam yang sebenar.

"Dan saya hormati kepimpinan anda bagi gerakan global bagi pendekatan sederhana," katanya.

Gillard menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Australia merupakan satu peristiwa penting dalam satu hubungan persahabatan yang begitu lama antara Australia dan Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada anda atas lawatan ini. Satu lawatan bagi persefahaman, dialog dan kerjasama," katanya.

Gillard juga menjelaskan bahawa lawatan Najib dilakukan selepas lawatannya ke Malaysia tahun lepas.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas perhatian anda yang tidak sempat bertemu saya pada masa itu dan kerana meluangkan masa untuk menelefon," katanya.

"Dalam memilih Malaysia sebagai negara serantau yang pertama untuk melakukan lawatan bilateral sebagai Perdana Menteri, saya mahu memberi isyarat betapa kami menghargai hubungan dengan Malaysia," katanya.

Gillard berkata beliau juga mahu menegaskan mengenai betapa mendalamnya komitmen pendirian Australia bagi hubungan serantau.

"Dan untuk semua ini kita akan dapat mencapainya secara bersama sebagai rakan kongsi dan kawan.

"Hubungan kita akan terus bertahan dan ia adalah kukuh," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan