Khamis, 3 Mac 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Bayar saman diskaun dilanjut

Posted:

Bayar saman diskaun dilanjut

Bayar saman diskaun dilanjut

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


HISHAMMUDDIN Tun Hussein melawat Bilik Gerakan KDN bersama timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop (kiri) dan Datuk Lee Chee Leong di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 2 Mac - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, bermula semalam sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.

''Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu.

''Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur hendak bayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir.

Kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan kepada orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenaraihitam pesalah juga terpaksa ditangguhkan.

Sepanjang tempoh tersebut hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin menambah, keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad tanpa mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh ditetapkan.

''Mereka yang melakukan kesalahan perlulah menjelaskan saman masing-masing sepanjang tempoh 10 hari yang telah diberikan ini jika tidak mahu disenaraihitamkan," katanya.

Katanya, proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang rayuan berhubung kesahihan kesalahan dinasihatkan supaya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar korban terbaru H1N1, sekolah ditutup

Posted:

Pelajar korban terbaru H1N1, sekolah ditutup

Pelajar korban terbaru H1N1, sekolah ditutup

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Pelajar diarah pulang selepas sekolah diarah tutup setelah seorang daripada mereka menjadi korban terbaru H1N1 manakala seramai 149 lagi menunjukkan gejala serupa di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long, Kajang, Selangor, semalam. – China Press


KUALA LUMPUR 2 Mac – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, Kajang menjadi korban terbaru wabak Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ekoran penularan terbaru itu, kementerian mengarahkan sekolah berkenaan ditutup buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kementerian telah menghantar sepasukan pemantau ke sekolah berkenaan dan pemeriksaan mendapati 15 pelajar menunjukkan gejala H1N1 seperti demam dan batuk.

"Pada hari ini pula, seramai 149 lagi pelajar menunjukkan gejala serupa manakala dua guru sekolah itu juga diberikan cuti sakit," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai kematian terbaru itu, Tiong Lai berkata, pelajar itu pada mulanya hanya mengalami batuk dan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Saya nasihatkan semua orang sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri. Jangan ambil mudah jika terdapat tanda-tanda seperti itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ambil 45,000 pekerja asing belum muktamad

Posted:

Ambil 45,000 pekerja asing belum muktamad

Ambil 45,000 pekerja asing belum muktamad

PUTRAJAYA 2 Mac - Masih terlalu awal untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing terutamanya dari India bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Tegas beliau, kementeriannya memerlukan laporan lanjut mengenai beberapa perkara termasuk meneliti sama ada bilangan kemasukan pekerja asing itu tepat atau tidak, serta di sektor mana mereka akan ditempatkan.

''Jadi agak terlalu awal untuk saya menyatakan bahawa semua ini akan diluluskan kerana saya nak dapat input di mana mereka hendak ditempatkan.

''Bagaimanapun, ia tidak berkisar kepada pekerja dari India sahaja tetapi secara menyeluruh," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahad lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini.

Subramaniam mendakwa kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang sukar mendapatkan khidmat pekerja tempatan.

Hishammuddin menambah, dasar pengambilan pekerja asing ke negara ini tidak kira dari negara mana sekalipun adalah berkisar kepada keperluan industri.

"Menteri yang terlibat dengan sektor masing-masing mesti bertanggungjawab mengenal pasti keperluan sebenar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata, isu ketiadaan dokumen pengenalan diri serta masalah kewarganegaraan bukan sahaja berlaku di kalangan kaum India tetapi meliputi kaum-kaum lain.

Sehubungan itu, beliau berharap kenyataan Subramaniam sebelum ini mengenai terdapat kira-kira 4,000 masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tidak perlu disensasikan.

''Saya tak mahu apa yang diumumkan dilihat dalam konteks satu kaum sahaja dan jumlahnya biarlah tepat dan dipersetujui semua pihak.

''Pagi tadi saya sempat berbual dengan Subramaniam (mengenai perkara ini) semasa mesyuarat Kabinet dan berharap penjelasan ini dapat menjawab kekeliruan yang datang dari kenyataan beliau.

"Janganlah kita sensasikan kerana memang niat kita nak proses (permohonan) mereka yang berhak tetapi tidak semestinya lulus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan