Khamis, 3 Mac 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Badrul mahu hadir sidang DUN Selangor hujung Mac

Posted: 03 Mar 2011 12:30 AM PST

PELABUHAN KLANG, 3 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah berkata beliau akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dijadualkan hujung Mac ini.

Beliau berkata sebanyak 10 soalan telah dikemukakannya untuk dijawab pada persidangan DUN itu nanti.

Pada 24 Januari lepas, Badrul Hisham dihalang menyertai persidangan khas DUN Selangor berikutan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong pada 16 Januari lepas dengan alasan ADUN itu gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Namun, pada 18 Februari lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN dan kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.

"Apa yang penting saya membawa hasrat rakyat di Pelabuhan Klang terutamanya dalam bidang pertanian dan saya harap kerajaan negeri akan membantu, jangan ada sekatan," katanya selepas merasmikan majlis penyerahan jentera membajak kepada Persatuan Pengusaha Sayur-sayuran dan Buah-buahan Pulau Indah (PPSBPI) di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas YDP Selayang didakwa lulus biaya selenggara rumah sendiri

Posted: 02 Mar 2011 11:31 PM PST

SHAH ALAM, 3 Mac — Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Bakaruddin Othman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dakwaan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri kira-kira sembilan tahun lepas.

Bakaruddin, 57, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dituduh di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang dengan menggunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua majlis perbandaran itu untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya sendiri di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS  bertarikh 27 Oktober 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung.

Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Abdul Razak Musa meminta ikat jamin bernilai RM8,000 dikenakan terhadapnya.
Bakaruddin, yang tidak diwakili peguam pada hari ini, memohon supaya ikat jamin dirinya dikurangkan.

Asmadi kemudianya menetapkan jaminan RM8,000 dan seorang penjamin serta menetapkan tarikh sebutan kes itu pada 4 April ini.

Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi. — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan