Utusan Online - Jenayah |
Warga Afrika Selatan monopoli sindiket pengedaran dadah Posted: Warga Afrika Selatan monopoli sindiket pengedaran dadahKUALA LUMPUR 2 Mac - Selepas kejayaan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah membabitkan warga Iran, kegiatan itu kini dikatakan didominasi oleh warga dari negara Afrika Selatan. Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, berlaku peningkatan jumlah tangkapan dilakukan ke atas warganegara tersebut berbanding warga Iran yang kini dilihat semakin menurun. Situasi ini berlaku berikutan perubahan modus operandi yang digunakan oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang tidak lagi tertumpu kepada penyeludup warga Iran. Perkara ini diakui sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim yang berkata, polis menyedari senario itu dan kini meningkatkan kawalan terhadap kemasukan warga dari negara tersebut. "Tumpuan operasi tidak hanya tertumpu di lapangan-lapangan terbang sahaja malah pemantauan akan diadakan di perairan-perairan pintu masuk negara dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk memintas bekalan dadah masuk ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Noor Rashid bagaimanapun tidak menyenaraikan jumlah tangkapan membabitkan warga Afrika Selatan dalam sindiket pengedaran dadah di negara ini. Beliau memberitahu, sepanjang dua bulan tahun ini, pihaknya berjaya melakukan tangkapan sebanyak 27,704 orang atas pelbagai kesalahan jenayah narkotik di seluruh negara. Noor Rashid memberitahu, pihaknya juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM48.08 juta pada bulan Januari dan Februari tahun ini. "Daripada jumlah rampasan tersebut tersebut, dadah jenis syabu mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu sebanyak RM43.61 juta," ujarnya. Noor Rashid memberitahu, pencapaian ini merupakan hasil kejayaan PDRM yang menjalankan pelbagai operasi bagi menggagalkan usaha penyeludupan masuk dadah selain membanteras segala aktiviti narkotik. | ||
Kastam rampas rokok seludup RM4j Posted: Kastam rampas rokok seludup RM4jOleh AZELI ALI
BUKIT MERTAJAM 2 Mac – Cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM4 juta dengan memalsukan dokumen oleh satu sindiket gagal apabila taktik itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa baru-baru ini. Sebuah kontena yang ditahan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) diikrarkan sebagai mengandungi kertas tebal untuk kulit buku seberat 24.1 tan menggunakan alamat sebuah kilang di Perai dekat sini. Namun, hasil pemeriksaan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati kontena sepanjang 12.1 meter dari Thailand itu mengandungi 760 kotak atau 7.6 juta batang rokok putih jenama Zon King. Pengarah JKDM negeri, Datuk Zulkifli Yahya berkata, kesemua rokok seludup itu dianggarkan bernilai RM836,000 dan melibatkan cukai sebanyak RM3,888,160. "JKDM bertindak hasil maklumat awam yang diterima pada pukul 3.10 petang pada 28 Februari lalu dan menahan kontena terbabit di NBCT. "Berdasarkan Borang Kastam 1 yang diikrarkan, pengimport kontena itu adalah sebuah kilang di Perai namun hasil siasatan didapati syarikat terbabit tidak terlibat langsung dalam kegiatan itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau memberitahu, sindiket berkenaan dipercayai cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan mengunakan alamat palsu pada borang ikrar. Pihaknya masih mengesan mereka yang terlibat dalam kegiatan itu. Selain itu, beberapa kotak rokok yang diperiksa juga mempunyai tanda 'Amaran Oleh Kerajaan Malaysia' namun tiada setem cukai, dakwat keselamatan serta gambar amaran yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan. Tambah Zulkifli, tiada tangkapan dibuat setakat ini namun ejen perkapalan itu sedang disoal siasat mengenai pengimportan tersebut. "Pengimportan rokok adalah dilarang di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 kecuali dengan lesen yang diluluskan Ketua Pengarah Kastam. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(a) Akta Kastam 1967 (Semakan 1980) iaitu mengimport atau mengeksport apa-apa barang tak berkastam atau barang larangan," ujarnya. Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai dagangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, seseorang boleh didenda maksimum 40 kali ganda nilai dagangan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan