Utusan Online - Dalam Negeri |
- Rebut peluang sektor pembinaan di India – TPM
- Kaunter saman trafik sesak lagi
- Polis Pulau Pinang kutip lebih RM6 juta saman dalam 10 hari
Rebut peluang sektor pembinaan di India – TPM Posted: Rebut peluang sektor pembinaan di India – TPMOleh Marzuki Yusoff Muhyiddin Yassin bersama sebahagian 39 pelajar Malaysia dari Universiti KLE, Balgaum di Karnataka dan Institute Medical Science di Maharashtra pada majlis makan malam Timbalan Perdana Menteri bersama warga Malaysia di Mumbai, India, malam tadi. Turut hadir Shaziman Abu Mansor dan S. Subramanian. – bernama NEW DELHI 10 Mac – Syarikat-syarikat pembinaan dari Malaysia perlu menerokai peluang besar daripada perkembangan pesat industri itu terutama pembangunan infrastruktur di India yang bernilai beratus-ratus bilion ringgit setahun. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat gesaan tersebut memberi contoh setiap hari sepanjang 21 kilometer lebuh raya dibina di negara berpenduduk lebih satu bilion orang itu. Menurut beliau, dalam setahun 7,000 kilometer lebuh raya dibina di India dengan nilai kos projek mencapai beratus-ratus bilion ringgit. "Setakat ini, banyak syarikat pembinaan dari Malaysia telah berada di India dan saya berharap peluang besar yang ada di negara ini dapat diterokai oleh lebih banyak syarikat kita," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) cawangan India yang pertama di sini hari ini. Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor; Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramanian; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Duta Khas Malaysia Untuk Infrastruktur dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu. Mengenai pembukaan pejabat CIDB itu, Muhyiddin menjelaskan ia berfungsi sebagai pangkalan, penggerak dan menyelaraskan penglibatan yang lebih aktif daripada syarikat-syarikat Malaysia di negara itu. Beliau percaya dengan perkembangan yang berlaku di India, peranan CIDB akan menjadi lebih penting dan operasinya di negara itu akan kekal lama dengan peranan yang lebih besar. Setakat ini, nilai projek melibatkan syarikat-syarikat Malaysia dalam sektor pembinaan di India menjangkau lebih AS$5 bilion (RM15 bilion). Pada sidang akhbar sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, CIDB telah diminta untuk menyelaraskan usaha-usaha menubuhkan akademi latihan bagi melatih tenaga terlatih dalam bidang pembinaan. Akademi latihan itu, kata beliau, akan menyediakan latihan kepada penduduk dari negara ini yang kemudiannya akan bekerja dengan syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di India. "Perkara ini adalah hasil perbincangan saya pada sesi pertemuan dengan syarikat-syarikat Malaysia semalam. Jadi CIDB akan mencari jalan bagaimana akademi itu dapat ditubuhkan," ujarnya. Mengulas mengenai pertemuannya dengan Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya India, C.P Joshi hari ini, Muhyiddin berkata, kedua-dua negara membincangkan beberapa perkara membabitkan kerjasama yang boleh diadakan terutama dalam pembinaan infrastruktur. Difahamkan, beberapa syarikat Malaysia termasuk PLUS Expressway berminat untuk memajukan lebuh raya sejauh beratus-ratus kilometer termasuk di Gujarat, manakala Malaysia Mining Corporation mungkin terlibat dalam projek perluasan pelabuhan kontena di Chennai membabitkan kos lebih RM10 bilion. Sebuah lagi syarikat Malaysia, MRCB turut berminat untuk membangunkan projek perbandaran baru di wilayah Gujarat. – Utusan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Kaunter saman trafik sesak lagi Posted: Kaunter saman trafik sesak lagiOleh ZAINAL AZHAR MOHAMED KUALA LUMPUR 10 Mac - Asalkan ada kaunter bayaran saman trafik, tempat tersebut hari ini dipenuhi orang ramai yang mahu menjelaskan saman tertunggak masing-masing pada hari terakhir tempoh insentif diskaun diberikan oleh kerajaan. Keadaan sesak yang pernah berlaku pada 28 Februari lalu berulang lagi selepas kerajaan melanjutkan tempoh menjelaskan bayaran saman sehingga hari ini. Kesesakan itu juga dipercayai berlaku akibat sikap 'suka bertangguh' orang ramai yang menunggu sehingga hari terakhir untuk menjelaskan saman. Akibatnya, mereka terpaksa bersesak pada hari terakhir apabila jumlah pembayar saman meningkat berbanding tempoh lanjutan 10 hari yang diberikan oleh kerajaan mulai 1 Mac lalu. Namun, ada juga pembayar saman yang mendakwa sistem komputer yang tergendala selain nombor giliran yang habis terlalu awal sejak beberapa hari lalu menyebabkan mereka terpaksa membayar saman itu pada saat-saat akhir. Suasana sesak bukan sahaja dapat dilihat di kaunter bayaran saman di cawangan trafik dan ibu pejabat polis daerah (IPD), malah ia turut berlaku di pejabat-pejabat Pos Malaysia dan pos mini di seluruh negara. Tinjauan Utusan Malaysia di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Dukong, Lebuh Raya Grand Saga di Kajang mendapati, pejabat pos mini di situ yang selama ini lengang turut sesak. Pembayar saman mula beratur sejak awal pagi sehingga ke tengah hari sehingga menyebabkan tempat meletak kereta di kawasan itu penuh. Malah, orang ramai beratur bukan sahaja di dalam pejabat pos mini itu tetapi sehingga ke kawasan luar. Rata-rata pengguna kenderaan yang ditemui memberitahu, mereka memilih pos mini itu kerana ia agak lengang sebelum ini. Namun hari ini, keadaan menjadi sebaliknya apabila barisan dalam pejabat pos yang mampu memuatkan lebih daripada 30 orang, tetap tidak berkurangan malah ia bersilih ganti dengan pembayar saman. Kerajaan sebelum ini melanjutkan tempoh diskaun bayaran saman sebanyak 50 peratus sejak Ogos lepas yang sepatutnya berakhir pada 28 Februari lalu sehingga hari ini. Langkah melanjutkan tempoh bayaran saman itu dibuat selepas mendapati lebih 17 juta saman masih belum dijelaskan apabila tempoh itu berakhir hujung bulan lalu. Sementara itu, tinjauan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapati, keadaan sesak sama seperti yang berlaku pada 28 Februari lalu. Di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee mendapati, nombor giliran habis seawal pukul 10.30 pagi, manakala di Bukit Aman pula, mereka yang menunggu sejak pukul 8 pagi dilihat belum dapat membayar saman mereka sehingga tengah hari ini. Pegawai Kompaun Polis Trafik Jalan Bandar, Asisten Supritendan Azhari Chik berkata, seperti hari-hari sebelum ini, hanya 800 nombor dikeluarkan hari ini. Bagaimanapun, katanya, jika nombor giliran itu berjaya dihabiskan sebelum 8 malam ini, nombor giliran baru akan dikeluarkan. "Bagaimanapun nombor mungkin dihadkan kepada 100 sahaja kerana bimbang tidak dapat dihabiskan sebelum tengah malam ini," katanya. Beliau berkata, proses semakan dan pembayaran mengambil masa kerana ada di antara mereka yang menyemak dan membayar untuk lebih 50 saman. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Polis Pulau Pinang kutip lebih RM6 juta saman dalam 10 hari Posted: Polis Pulau Pinang kutip lebih RM6 juta saman dalam 10 hariPULAU PINANG 10 Mac - Polis negeri mengutip lebih RM6 juta saman sepanjang 10 hari tempoh lanjutan bayaran saman tertunggak yang berakhir hari ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan saman trafik yang berjaya dikutip kontinjen itu sejak Januari lalu meningkat kepada RM24 juta. "Setakat ini, kita menerima maklum balas yang baik daripada pesalah trafik untuk menjelaskan saman-saman tertunggak mereka. "Tiada juga sebarang rungutan kita terima sepanjang hari terakhir pembayaran hari ini. "Jika mereka curiga terhadap saman yang dikenakan, mereka boleh jumpa kami sendiri dengan membawa bukti-bukti kukuh selain kenyataan lisan," katanya. Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas meninjau kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini hari ini. Menurut Ayub, sejak tahun 2000 hingga 2010, jumlah saman yang dikeluarkan polis negeri adalah sebanyak 3.7 juta tetapi hanya 2.1 juta pesalah trafik berjaya menjelaskannya, manakala 43 peratus lagi masih berdegil. "Kita serah kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya berhubung penyenaraian hitam nama-nama pesalah trafik yang gagal membayar saman apabila tempoh lanjutan itu tamat hari ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan