Rabu, 9 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Produk kesihatan: Dapatkan sijil halal

Posted:

Produk kesihatan: Dapatkan sijil halal

Produk kesihatan: Dapatkan sijil halal

KUALA LUMPUR 8 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan syarikat pengeluar produk makanan kesihatan tambahan dan ubat tradisional yang belum mempunyai sijil halal mendapatkannya bagi memudahkan pengguna beragama Islam.

Pengarah Hab Halal Jakim, Zainal Abidin Jaffar berkata, pihaknya juga menyarankan supaya pasar raya dan farmasi mengasingkan produk yang mempunyai sijil halal Jakim daripada produk yang tiada sijil halal.

"Jakim tidak boleh mengambil tindakan seperti memaksa syarikat pengeluar untuk mendapatkan sijil halal, tetapi ia adalah tanggungjawab mereka kepada pengguna Islam di negara ini.

"Syarikat pengeluar makanan kesihatan boleh mendapatkan sijil halal Jakim dengan melengkapkan borang secara online di laman web Bahagian Hab Halal Jakim di www.halal.gov.my," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa hanya 20 syarikat pengeluar produk makanan tambahan dan 14 pengeluar ubat tradisional di negara ini yang mempunyai sijil halal Jakim.

Menurut Jamil Khir, masih banyak pengeluar produk kesihatan yang terdapat di pasaran belum mengemukakan permohonan sijil halal kepada Jakim mahupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tambah Zainal Abidin, bayaran bagi memperoleh sijil halal Jakim bagi syarikat industri kecil sederhana (IKS) adalah RM800 untuk tempoh dua tahun manakala syarikat bertaraf antarabangsa bayarannya RM1,400 bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, pengguna beragama Islam wajib memastikan produk yang digunakan adalah daripada bahan yang halal atau tidak meragukan (syubhah).

"Pengguna yang beragama Islam haruslah memilih dan meneliti terlebih dahulu bahan atau produk yang terdapat di pasar raya disahkan halal," katanya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika dihubungi berkata, satu mesyuarat khas akan diadakan esok, antara kementerian dan Jakim.

"Tujuan mesyuarat khas tersebut diadakan bagi membuat semakan terhadap produk farmaseutikal tempatan yang didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua kementerian lahir modal insan inovasi

Posted:

Dua kementerian lahir modal insan inovasi

Dua kementerian lahir modal insan inovasi

KUALA LUMPUR 8 Mac - Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan menjalin kerjasama bagi melahirkan tenaga kerja yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran pada masa depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk tujuan itu, kedua-dua kementerian akan melihat segenap aspek bermula dari prasekolah sehinggalah ke peringkat universiti.

''Modal insan yang hendak kita jana ini bukan sahaja berdasarkan pengetahuan akademik tetapi apa yang ditekankan sekarang adalah kreativiti dan inovasi.

''Kementerian Pengajian Tinggi sendiri telah menyediakan pelan tersebut dan kita bersetuju kedua-dua kementerian ini bekerjasama melihat semua aspek dari peringkat prasekolah hingga ke universiti mengenai bidang yang hendak diisi dalam soal kreativiti dan inovasi," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, mesyuarat hari ini turut bersetuju menyelaraskan penyediaan latihan teknikal dan vokasional yang sekarang ini turut disediakan sektor swasta selain agensi kerajaan.

Menurut beliau, langkah ini bagi memastikan keperluan tenaga kerja terlatih dalam bidang berkenaan dapat dipenuhi.

''Kita nak lihat secara keseluruhan bagaimana latihan oleh kedua-dua pihak ini (awam dan swasta) dapat diselaraskan dan akhirnya dapat mengisi keperluan tenaga terlatih di negara kita," ujarnya.

Tambahnya, selain itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan turut bersetuju dengan cadangan penubuhan Lembaga Tenaga Profesional Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

''Lembaga ini akan diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kerana di negara maju, lembaga seumpama itu sudah ditubuhkan.

''Tujuannya supaya tenaga profesional ICT dapat duduk bersama untuk lihat perkara-perkara yang berkaitan pembangunan ICT di negara ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM minta terus dampingi rakyat

Posted:

PM minta terus dampingi rakyat

PM minta terus dampingi rakyat

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan kesempatan bertemu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pagi ini bagi memberi ingatan agar mereka lebih menumpukan terhadap tanggungjawab merapati dan memberi 'sentuhan' kepada rakyat.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri dalam pada itu turut mengingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menjadi benteng menangkis segala tohmahan yang dibangkitkan pembangkang.

''Sebagai contoh, kaitan isu Asia Barat dengan negara ini yang kita semua tahu hanyalah gendang kosong yang dipalu pembangkang.

''Meskipun ia tidak terpakai di sini kerana situasi kita berbeza, namun penjelasan harus diberikan agar tidak ada pihak yang bersifat ekstrem atau keterlaluan termakan dakyah-dakyah mereka," katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam bermula 8.15 pagi di Dewan Taklimat, Bangunan Parlimen dengan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SK Devamany memberitahu, Perdana Menteri dalam pertemuan itu memberi penekanan terhadap projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat apabila disiapkan kelak.

"Beliau meneliti projek-projek yang diminta Ahli Parlimen BN. Perbincangan itu berjalan dengan amat teliti kerana Perdana Menteri mahu memastikan projek yang diminta itu benar-benar bermanfaat kepada rakyat.

"Selain itu, pelbagai nasihat turut diberikan seperti sentiasa turun padang, berusaha menjadi relevan kepada rakyat serta mengelak daripada timbul pergeseran sesama sendiri di bahagian masing-masing," ujarnya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula menyifatkan pertemuan itu sebagai perkara rutin yang dilakukan sebelum bermulanya persidangan Dewan Rakyat.

"Ini membolehkan anggota Parlimen BN mendapat taklimat awal mengenai perkara yang akan dibahaskan termasuk soalan yang diajukan dan bilangan rang undang-undang yang akan dibentangkan pada kali ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan