The Malaysian Insider :: Bahasa |
Suruhanjaya: SPRM bertindak tidak profesional Posted: 24 Mar 2011 12:51 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Mac — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bertindak secara profesional dalam menjalankan urusannya, demikian diberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail berkata, dia tidak baca dengan segera kenyataan selepas ia direkodkan awal pagi 16 Julai 2009 kerana tidur kerana kepenatan. "Anda semua tidak profesional," kata pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong, pada sesi inkuiri hari ini. "Adakah anda bersetuju bahawa kita mesti mengembalikan profesionalisme dalam pasukan anda?" kata beliau. Anuar, 34, mengaku adanya masalah koordinasi dalam SPRM dan soal profesionalisme boleh diperbaiki. Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh SPRM. MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Sebutan kes bunuh Sosilawati ditangguh ke 31 Mac Posted: 24 Mar 2011 12:29 AM PDT SHAH ALAM, 24 Mac — Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang sepatutnya disebut di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan pada 31 Mac ini. Peguam Puspha Ratnam yang mewakili keempat-empat tertuduh dalam kes itu ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima surat daripada pihak mahkamah memaklumkan bahawa kes itu akan disebut pada 31 Mac ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir. Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 24 Feb lepas memutuskan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini dan menetapkan hari ini bagi sebutan di Mahkamah Tinggi. Pada 13 Okt tahun lepas, bekas peguam, N.Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Selain Puspha, keempat-empat tertuduh turut diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong. Pendakwaan pula dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani. Pada 21 Feb lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana melupuskan mayat kesemua mangsa. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan