Berita Harian: Wilayah |
Posted: 23 Mar 2011 03:33 PM PDT Wilayah TAIB menjawab soalan wartawan mengenai isu pilihan raya selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia ke-85 di Riverside Majestic, Kuching. KUCHING: Dakwaan kononnya sokongan kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud, makin merosot dan kemungkinan kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, adalah propaganda pembangkang untuk memburukkan Ketua Menteri dan dilihat sebagai cubaan untuk mengelirukan rakyat. Kaji selidik menunjukkan 84 peratus penduduk di kawasan berkenaan menyokong kepemimpinan beliau yang sudah 30 tahun berkhidmat sebagai Ketua Menteri. Kaji selidik itu juga mendapati Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tidak berdepan masalah mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti besar. "Ini berdasarkan kaji selidik yang mendapati populariti Abdul Taib tidak pernah terjejas, malah semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 ini."Sentimen Melayu-Melanau banyak mempengaruhi kedudukan kerusi DUN Balingian, yang menjadi kubu kuat BN sejak pilihan raya negeri pertama hingga Pilihan Raya Negeri Ke-9 pada 2006, dengan BN tidak pernah tewas di kawasan itu," kata penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir. Abdul Taib berpindah daripada DUN Asajaya ke DUN Balingian pada 2001 dan menang dengan majoriti 7,391 undi pada tahun berkenaan, diikuti majoriti 5,726 undi pada 2006. Dalam pilihan raya negeri 2006, Abdul Taib memperoleh 6,391 undi berbanding pencabar tunggalnya, Ibrahim Bayau dari PKR yang cuma mendapat 667 undi.
Sebelum itu, DUN Asajaya dikenali sebagai DUN Sebandi, yang mana Abdul Taib menang tanpa bertanding di situ pada 1981 dan berjaya mempertahankannya pada pilihan raya negeri 1983 dan 1987. Lebih 70 peratus daripada kira-kira 12,000 pengundi di Balingian adalah kaum Melayu/Melanau dengan bakinya, Iban dan Cina. Dr Jeniri berkata, tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negeri atau Parlimen BN tewas di kawasan Balingian dengan sokongan terhadap BN sentiasa pada paras stabil dan kukuh. "Keadaan ini tidak sedikitpun berubah di sebalik pelbagai isu termasuk cubaan pembangkang memburuk-burukkan pucuk pimpinan Sarawak itu. "Kita perlu faham apa sentimen masyarakat Melanau terhadap pemimpin Melanau. Abdul Taib dilihat sebagai pejuang dan pembela nasib rakyat bukan saja Melanau, malah semua kaum di negeri ini," katanya. Beliau berkata, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah Mukah di kawasan DUN Balingian jauh membangun sejak Ketua Menteri menjadi wakil rakyat di situ pada 2001 hingga sekarang. Katanya, walaupun masih ada beberapa kawasan yang kekurangan, keseluruhannya, penduduk Mukah gembira dengan pertumbuhan dan pembangunan pesat di Balingian.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 23 Mar 2011 03:32 PM PDT Wilayah Penduduk Kampung Asam Kumbang salahkan projek perumahan berdekatanBEMBAN: Penduduk di Kampung Asam Kumbang, terutama yang menetap di Kilometer 21, Jalan Asam Kumbang-Serkam, dekat sini, mengadu berdepan banjir kilat berlumpur setiap kali hujan lebat, didakwa akibat daripada projek pembinaan perumahan tidak jauh dari situ. Masalah itu dakwa mereka sudah berlarutan sejak hampir setahun lalu, mengakibatkan kerugian yang besar. Masalah itu sudah acap kali diaju kepada pihak berkenaan, tetapi sehingga kini tiada langkah penyelesaian diambil. Kali terakhir bencana itu berlaku Sabtu lalu yang mengakibatkan lumpur memasuki rumah, menyebabkan pelbagai barangan dan perabot rosak, selain terpaksa menjalankan proses pembersihan. Justeru, penduduk berharap pemaju atau pihak berkuasa terbabit membantu menyelesaikan masalah itu dan satu daripada cadangan mereka ialah membina longkang konkrit yang boleh mengalirkan air berlumpur itu terus keluar dari situ.Penduduk, Huzir Ali, 45, berkata mereka hidup dalam kebimbangan setiap kali hujan lebat sehingga terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk. Katanya, masalah banjir kilat berlumpur tanah merah itu berlaku, berikutan kawasan penempatan penduduk berada di lokasi lebih rendah berbanding tapak projek pembinaan perumahan berkenaan. "Sejak pembinaan tapak perumahan baru itu dilakukan di depan rumah kami, masalah banjir lumpur tanah merah ini sering berlaku terutama apabila hujan lebat. Sebab itu, kami berharap pemaju terbabit atau pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Huzir berkata, rumahnya pernah beberapa kali dimasuki air lumpur tanah merah itu sejak adanya pembinaan taman perumahan baru di situ sehingga menyebabkan beberapa masalah seperti lumpur tebal yang terpaksa dibersihkan. Rakannya, Khairul Amri Yahya, 35, berharap masalah yang sering menghantui penduduk di situ dapat diatasi segera oleh pihak yang bertanggungjawab bagi keselesaan mereka yang mendiami kampung berkenaan. "Saya difahamkan masalah ini pernah dibangkitkan kepada pemaju perumahan, tetapi masih tiada perubahan dan saya berharap pihak berkenaan akan lebih prihatin dengan membina longkang konkrit supaya air yang mengalir tidak memasuki kawasan rumah kami," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Kheng Hwa ketika dihubungi berkata, beliau sudah mengadakan lawatan ke kawasan rumah penduduk yang terbabit dalam kejadian itu. "Selepas melihat sendiri, saya meminta pemaju dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini daripada terus berlaku dengan mendalamkan kawasan laluan air sedia ada," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan