Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: Datuk T kumpulan 3 sahabatOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
MISTERI siapa Datuk T yang merujuk tiga sahabat yang membuat pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China pada 21 Februari lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur terdedah semalam. Tokoh itu ialah ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim. Pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur, Shazryl Eskay dan Abdul Rahim yakin lelaki dalam rakaman video itu ialah seorang pemimpin parti pembangkang. Shuib bagaimanapun tidak hadir pada sidang akhbar itu kerana tidak sihat. Berikut ialah sebahagian isi kandungan sidang akhbar itu. SIAPA Datuk T (Trio)? Bukan nama individu tetapi sebaliknya kumpulan tiga sahabat yang saling mengenali sejak sekian lama. Nama Datuk T sengaja digunakan untuk mengelakkan orang ramai mengenali mereka pada awal pendedahan video seks berkenaan. Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan yang juga sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim. Apa peranan mereka? Shazryl Eskay Abdullah: Diarahkan oleh Anwar supaya mengambil jam tangan Omega di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun di bilik hotel itu selain menemui jam tangan, beliau turut menjumpai empat kamera litar tertutup (CCTV). Beliau yang tidak dapat melihat isi kandungan rakaman video itu meminta bantuan Abdul Rahim dan Shuib bagi membuat salinan rakaman. Beliau juga meminta Abdul Rahim untuk mencari lokasi yang boleh menjamin keselamatannya bagi mendedahkan isi kandungan video tersebut kepada wartawan pada 21 Mac lalu. "Saya yakin 100 peratus (lelaki dalam video itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang) sebab saya pun ada dalam rakaman video tersebut," katanya. Rahim Thamby Chik: Dihubungi Shazryl Eskay minggu lalu yang meminta bantuan bagi menyalin video seks itu. Juga bertanggungjawab memilih dan menempah bilik di Carcosa Seri Negara untuk tujuan pendedahan kepada wartawan. Shuib Lazim: Membantu proses menyalin rakaman video. Beliau turut menjemput Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anak saudaranya supaya diberi peluang menonton rakaman video itu kerana hubungannya yang rapat dengan Anwar walaupun pada awalnya tidak dipersetujui oleh Shazryl Eskay dan Abdul Rahim. Mengapa pendedahan dibuat? Shazryl Eskay: "Sebenarnya (selepas) saya menunaikan umrah dan haji, saya rasa dipergunakan oleh Anwar sekian lama. Saya kenal Anwar sejak 1996." Rahim Tamby Chik: "Saya mengambil keputusan mendedahkan video seks ini bagi menegakkan kebenaran demi rakyat Malaysia mengenai akhlak sebenar pemimpin utama pembangkang ini. Kami juga tampil mendedahkan identiti masing-masing kerana tidak mahu pembohongan, fitnah serta putar belit terus berleluasa menjadi asas politik di negara ini yang ditunjangi oleh pemimpin pembangkang tersebut. Mengapa pilih Carcosa Seri Negara? Rahim Tamby Chik: "Carcosa dipilih kerana mereka hendak tempat yang eksklusif dari segi keselamatan." Shazryl Eskay: "Kita tidak dapat perlindungan daripada polis, jadi saya tanya Tan Sri di mana tempat yang selamat dan Carcosa dikenal pasti. Sebenarnya kita hendak bagi lima orang wartawan sahaja yang tengok tetapi yang datang lebih 20 orang." Mengenai Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail? Shazryl Eskay: "Seseorang (lelaki) menelefon saya, dia datang nak tengok video itu semalam. Saya kata okay, saya akan aturkan tempat untuk dia tengok. Tapi lelaki itu kata tidak dan nak datang sendiri untuk ambil video. Jadi, patutkah saya bagi video itu? (Dijawab 'tidak!' oleh wartawan). Dia kawan baik kepada Wan Azizah." Mengenai penglibatan Johari Abdul? Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mendakwa Johari mengakui lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah pemimpin parti pembangkang berkenaan. Bagaimanapun sebaik pulang daripada menonton video itu, Johari menghubungi Shuib meminta wang pelincir. Johari juga meminta bayaran bagi tujuh ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk keluar parti. Permintaan itu ditolak. Abdul Rahim: "Saya segera arahkan semua itu dihentikan. Ini bukan soal beri wang. Kita hendak tegakkan kebenaran. Kita bersusah payah untuk tegakkan kebenaran dan kita menghadapi rakyat Malaysia sebagai hakim yang bijaksana. Kerana itu walaupun semalam Ahli Parlimen ini (Johari) cuba membawa tujuh ahli Parlimen untuk temui kita. Kita tolak kerana kita tidak berminat sama sekali soal kewangan. Sedangkan misi sebenar untuk melihat kebenaran ini ditegakkan demi rakyat Malaysia. Mengapa dedahkan sekarang? Shazryl Eskay: "Ini bukan soal masa tapi yang cukup, cukuplah. Kebenaran mesti diberitahu." Mengapa tidak dedahkan kepada polis? Shazryl Eskay: "Setiap kali polis dilibatkan, akan dipusing. Selalu akan dianggap konspirasi kerajaan. Saya bukan orang politik. Tapi saya pasti seseorang sudah melakukan sesuatu yang salah. Sebab itu kita biar wartawan yang putuskan. Kita bagi mereka tengok sendiri. Siapa lagi terlibat? Shazryl Eskay: "Tiada orang luar. Semua tiga ini, tiada sesiapa lagi. T untuk tiga atau trio." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Tubuh suruhanjaya dirajaKUALA LUMPUR 23 Mac - Kumpulan yang bertanggungjawab mendedahkan skandal video seks seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang, mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman itu. Ini kerana tegas kumpulan yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, rakyat wajib didedahkan dengan kebenaran. Menurut Abdul Rahim, melalui suruhanjaya diraja tersebut, misteri lelaki dalam rakaman video seks itu, akan terjawab. Katanya, suruhanjaya tersebut boleh dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; wakil DAP, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Pada masa yang sama, beliau juga menyeru supaya pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan video seks tersebut diberi kebebasan untuk memilih pakar forensik serta pemerhati asing bagi menunjukkan ketelusan. "Suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat ketulenan dan kebenaran video ini demi rakyat kerana sudah terlalu banyak spekulasi, penafian dan putar belit berhubung pendedahan video ini. "Sedangkan pemimpin ini adalah orang yang bakal menentukan masa depan negara, bangsa dan kedudukan Islam tetapi terpalit dengan skandal seks," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Dalam pada itu, Abdul Rahim mendesak pemimpin pembangkang tersebut mencontohi sikapnya yang berundur selepas diarahkan pucuk pimpinan tertinggi meskipun didapati tidak bersalah oleh mahkmah dalam skandal seks dengan gadis bawah umur tidak lama dahulu. Katanya, beliau tetap dengan pendirian untuk berundur kerana tidak mahu menjadi liabiliti kepada negara. "Dia patut mengambil sikap yang samalah. Saya akur kepada kewibawaan, integriti dan kredibiliti. Saya berhenti tanpa ada masalah dan saya berharap contohilah sikap ini. Jadilah rakyat yang taat dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang," katanya. Sementara itu, Shazryl Eskay berjanji akan menyerahkan rakaman video seks tersebut kepada suruhanjaya diraja sebaik sahaja ia ditubuhkan kerajaan kerana yakin melalui pendekatan tersebut, segala kebenaran akan terbukti. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: KDN timbang saman AnwarKUALA LUMPUR 23 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang untuk menyaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkan kementerian itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pendedahan video seks oleh individu misteri bergelar 'Datuk T' kelmarin. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan yang mungkin diambil itu bukan demi kepentingan dirinya tetapi bagi menjaga nama baik kementerian dan PDRM. Ia juga, katanya, sebagai bukti bahawa kementerian mahu 'menggali' perkara itu sedalam-dalamnya bagi mencari kebenaran selain mengenal pasti sama ada ia sengaja direka oleh pihak tertentu. "Dalam kes ini mereka menuduh saya, kementerian dan PDRM terlibat dalam konspirasi. Kalau ada fakta, saya tiada masalah untuk failkan saman kerana tiada apa untuk disembunyikan. "Perkara ini sedang dikaji oleh peguam-peguam saya. Kali ini kami tidak akan duduk saja dan biarkan mereka bermain politik. Kami hanya menjalankan tugas," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini. Semalam selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Anwar berkata, tindakan mempertontonkan video itu tidak boleh dilakukan tanpa perlindungan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis. Malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, ketiadaan sebarang tindakan polis bagi menghalang penayangan video tersebut menjadi bukti penglibatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Hishammuddin dalam pada itu turut mencabar mana-mana pihak yang menuding jari terhadapnya dan polis dalam isu berkenaan agar tampil dengan bukti. "Semua dakwaan kononnya diputar belit dan konspirasi hanyalah untuk lari daripada kebenaran. Apa jua tuduhan sila buktikan. "Mereka laungkan keadilan tetapi sebelum perkara ini diadili, mereka sudah putar belit sehingga segalanya menjadi tunggang terbalik untuk mengaburi orang ramai," ujarnya. Ditanya kemungkinan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, beliau menjelaskan, keputusan mengenainya bukan terletak di bawah bidang kuasa kementeriannya. "Saya ingin tegaskan, jika suruhanjaya itu ditubuhkan sekali pun, ia tidak menghalang polis daripada meneruskan siasatan mereka. Perkara ini sudah pun berada di tangan polis berdasarkan laporan dibuat Anwar sendiri dan pastinya kita mahukan kebenaran ditegakkan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan