Khamis, 3 Mac 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Johor: Usaha perangi along

Posted: 02 Mar 2011 12:06 PM PST

Wilayah

PETUGAS MBJB menurunkan poster dan kain rentang ceti haram  dalam operasi  bersepadu antara Polis Johor dengan  MBJB sekitar Johor Bahru dan Tebrau.

PETUGAS MBJB menurunkan poster dan kain rentang ceti haram dalam operasi bersepadu antara Polis Johor dengan MBJB sekitar Johor Bahru dan Tebrau.

MBJB buang 31,000 iklan ceti haram sepanjang tahun lalu

JOHOR BAHRU: Kira-kira 31,000 iklan yang dipasang ceti haram atau along dibuang atau turunkan dibuang oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sepanjang tahun lalu menerusi operasi pembersihan di sekitar bandar raya ini.

Tindakan membuang iklan ceti haram itu diambil dalam usaha MBJB membanteras pemasangan iklan tanpa mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan. Datuk Bandar MBJB, Mohd Jaafar Awang, berkata hasil gerakan itu, pihaknya mendapati sejak kebelakangan ini, iklan yang dipasang oleh ceti haram atau along semakin berkurangan.

"Jika pada Januari tahun lalu, MBJB menurunkan sebanyak 2,350 iklan along, bagi tempoh sama tahun ini, ia menurun kepada 1,780 iklan, iaitu penurunan 570 iklan.

"Penurunan ini berikutan penubuhan unit khas oleh MBJB sejak tahun lalu bagi membanteras iklan haram yang mengundang aduan serta rasa tidak selesa orang awam melihat pemasangan iklan yang tidak mematuhi peraturan," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Mohd Jaafar berkata, pasukan khas ditubuhkan itu mempunyai lima anggota bagi setiap kawasan merangkumi 24 zon pentadbiran MBJB.
"Mereka membuat rondaan dan pemantauan di setiap kawasan yang menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai iklan terbabit.

"Ini termasuk sebarang iklan yang ditampal hingga boleh menyebabkan gangguan penglihatan pemandu terutama pada lampu isyarat dan petunjuk arah jalan yang pastinya mengganggu orang awam untuk mengenal pasti sesuatu arah dengan tepat," katanya.

Mohd Jaafar berkata, unit khas itu bergerak secara berkumpulan setiap pada setiap pagi dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang menerima banyak aduan mengenai pemasangan iklan haram terbabit.

Katanya, antara kawasan dikenal pasti berdepan banyak masalah pemasangan iklan haram itu sehingga menimbulkan rungutan orang ramai termasuk di Jalan Tebrau, Taman Pelangi, Bandar Baru UDA, selain Mount Austin dan kawasan Perindustrian Tampoi.

"Kita akan terus menjalankan pemerhatian setiap hari bagi mengurangkan jumlah iklan haram yang diturunkan di sekitar kawasan MBJB serta yakin ia mampu dijayakan apatah lagi dengan penubuhan unit khas yang diwujudkan bagi membantu menurunkan iklan yang tidak perlu itu.

"Malah, penguatkuasaan terhadap papan iklan dan iklan haram along yang dipasang sewenang-wenangnya serta tanpa permit juga akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka mereka memasangkan mengikut spesefikasi serta mendapat kelulusan bersyarat daripada MBJB," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUN Merlimau: Nelayan, petani terus dibantu

Posted: 02 Mar 2011 12:04 PM PST

Wilayah

MUHYIDDIN (dua dari kanan), Mohd Ali (tiga dari kanan), Idris (kanan)  dan Roslan (barisan belakang kanan) bergambar bersama penerima kunci rumah pada majlis Program Mesra Bersama Rakyat, di Kampung Chinchin, Merlimau.

MUHYIDDIN (dua dari kanan), Mohd Ali (tiga dari kanan), Idris (kanan) dan Roslan (barisan belakang kanan) bergambar bersama penerima kunci rumah pada majlis Program Mesra Bersama Rakyat, di Kampung Chinchin, Merlimau.

SPNB bina 279 unit Rumah Mesra Rakyat di daerah Jasin

MERLIMAU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah membina 279 unit kediaman menerusi Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) di daerah Jasin, termasuk 72 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau sehingga sekarang.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron, berkata bagi menjayakan projek yang bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin itu, pihaknya membelanjakan RM16.3 juta, termasuk RM4.6 juta di Merlimau. "Daripada 279 unit yang diluluskan itu, hanya tinggal 25 unit lagi masih dalam proses pembinaan peringkat akhir, manakala selebihnya termasuk di Merlimau sudah disiapkan," katanya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, secara keseluruhannya SPNB sudah menyerahkan 849 unit kediaman PRMR kepada golongan berpendapatan rendah di Melaka, termasuk nelayan dan petani membabitkan kos RM51.6 juta.

Katanya, SPNB juga sudah meluluskan 966 permohonan bagi projek sama di negeri ini dengan kos RM59.8 juta.

"Kini, kita membina dan memproses perjanjian bagi pembinaan 85 unit RMR di negeri ini," katanya.
Idris berkata, selain PRMR, SPNB juga berjaya menyiapkan tiga projek menerusi Program Rumah Mampu Milik (RMM) di Melaka yang masing-masing dibangunkan di Taman Seri Hilir, On Lok, Taman Seri Asahan dan Taman Limbongan Permai di sini, membabitkan 1,375 unit kediaman.

Katanya, projek sama turut dibangunkan di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam membabitkan pembangunan 243 unit rumah teres kos sederhana dan 250 apartmen kos rendah serta 19 unit kedai di atas tanah seluas 35 hektar.

"Projek ini juga bertujuan membolehkan penduduk berpendapatan rendah memiliki rumah pada harga RM45,000 hingga RM50,000 berbanding harga asal RM70,000 dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM150," katanya.

Idris berkata, sejak awal penubuhan SPNB, ia sudah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.4 bilion bagi menampung pembinaan rumah.

"Kita terima peruntukan dari kerajaan setiap tahun bagi membiayai projek perumahan SPNB dan berharap kerajaan dapat menyediakan tambahan peruntukan RM200 juta lagi bagi menampung kos projek untuk tahun ini.

"Pada masa ini SPNB komited membangunkan 33 projek membabitkan pembinaan 22,364 unit RMM di seluruh negara. Kita juga sedang membaik pulih sebuah projek terbengkalai Seaville Towers di Pulau Melaka yang membabitkan 160 unit rumah," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan