Isnin, 14 Mac 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kesan radiasi tidak merebak

Posted:

Kesan radiasi tidak merebak

Kesan radiasi tidak merebak

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat gempa bumi kuat kelmarin tidak akan merebak ke negara lain termasuk Malaysia berdasarkan faktor jarak dan suhu di kawasan bencana.

Profesor Nuklear Dalam Perubatan, Kolej Perubatan Masterskill, Prof. Datuk Dr. Proom Promwichit berkata, kesan radiasi hanya berlegar di sekitar loji terbabit memandangkan suhu di kawasan tersebut hanya dianggarkan 300 darjah celsius.

"Hanya jika suhu di kawasan itu melebihi 1,000 darjah celsius, kesan radiasi akan naik ke lapisan atmosfera dan mampu merebak sehingga ke negara ini.

"Namun, saya anggarkan suhu di kawasan tersebut hanya berada pada paras 300 darjah celsius," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat kejadian gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang menyebabkan tsunami kelmarin yang dikhuatiri memberi kesan sehingga ke negara ini.

Kata Proom, faktor jarak turut memainkan peranan dalam penyebaran kesan radiasi itu dan memandangkan jarak Jepun dan Malaysia sangat jauh, risiko penyebaran kesan radiasi tersebut sangat kurang.

Katanya, bahagian yang paling berbahaya pada sesebuah loji nuklear adalah terasnya, namun peluang untuk teras nuklear itu tersebar adalah mustahil kerana setiap loji mempunyai mekanisme pelindungan yang mengelakkan teras tersebut daripada tersebar.

"Apa yang dibebaskan dari loji tersebut hanya lapisan luar nuklear yang tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada manusia. Kesan sinaran X-ray sebenarnya lebih berbahaya," katanya.

Perkara sama turut disahkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dalam mesyuarat berkaitan insiden itu bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang ini.

Timbalan Setiausaha MKN, Datuk Che Moin Umar ketika dihubungi berkata, kesan radiasi akibat kebocoran itu adalah pada tahap empat iaitu masih selamat kepada negara di sekelilingnya, bagaimanapun ia boleh berubah berdasarkan tiupan angin.

"Semua faktor berkaitan kebocoran tersebut dibincangkan pada mesyuarat itu dan kami mendapati bahawa kebocoran tersebut tidak memberi kesan kepada negara ini. Kesan hanya dirasai jika angin bertiup ke arah utara," katanya.

Kata Che Moin, jumlah radiasi di udara di kawasan tersebut adalah amat sedikit dan tidak menjadi ancaman kepada persekitarannya secara terus dan kerajaan Jepun memantau perkembangan di kawasan tersebut.

Katanya, pihak keselamatan Jepun turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa setiap urusan keluar masuk ke kawasan tersebut bagi mengelakkan radiasi daripada tersebar ke kawasan lain.

"Justeru, rakyat negara ini diminta tidak panik kerana kebocoran loji nuklear itu masih terkawal dan tidak memberi kesan kepada rakyat negara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan timbulkan spekulasi kebocoran radiasi Jepun

Posted:

Jangan timbulkan spekulasi kebocoran radiasi Jepun

Jangan timbulkan spekulasi kebocoran radiasi Jepun

KUALA LUMPUR 13 Mac - Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) akan memberi penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun akibat kejadian gempa bumi dan tsunami kelmarin.

Sehubungan itu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana penjelasan berkenaan akan diberikan dalam tempoh terdekat.

"Rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan tersebut akan merebak ke negara lain.

"Bukan kerajaan Jepun sahaja yang memberi perhatian terhadap masalah itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) juga setiap hari memerhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.

"Isu kebocoran nuklear merupakan perkara besar yang melibatkan rantau Asia iaitu China dan Rusia serta Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk kelmarin sehingga mengorbankan lebih 1,000 rakyatnya, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co's (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup kelmarin.

Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain.

Fah Kui berkata, kerajaan sentiasa mengamalkan sifat terbuka dalam mendengar pandangan orang ramai terhadap rancangan untuk mendirikan loji elektrik nuklear di negara ini.

Katanya, tiada rahsia disimpan pihaknya dan segala perkembangan rancangan tersebut disampaikan kepada rakyat.

"Agensi Nuklear Kebangsaan menjalankan penyelidikan yang mendalam dari segi kesesuaian, keselamatan bakal tapak loji berkenaan dan jenis teknologi yang digunakan sebelum membuat apa-apa keputusan," katanya.

Menurutnya, rancangan jangka panjang itu hanya dijalankan sekiranya tenaga alternatif tersebut terbukti sesuai dengan persekitaran negara ini serta diterima oleh orang ramai.

"Buat masa sekarang, rancangan tersebut masih berada di peringkat penawaran tender kepada pakar nuklear antarabangsa. Kami memilih pakar yang dapat menawarkan teknologi terbaik dan berkesan kepada rancangan tersebut.

"Rancangan tersebut hanya dibangunkan menjelang 2021. Oleh itu, kita mempunyai masa secukupnya untuk melakukan penyelidikan selama 10 tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penuntut Malaysia panik lihat bangunan berayun

Posted:

Penuntut Malaysia panik lihat bangunan berayun

Penuntut Malaysia panik lihat bangunan berayun

KUALA LUMPUR 13 Mac - Hanya wajah isteri dan anak tergambar di fikiran Mohamad Sofian Abu Talip apabila melihat bangunan tujuh tingkat universitinya di Yokohama, Kanagawa berayun ke kiri dan kanan ketika Jepun dilanda gempa bumi kelmarin.

Mohamad Sofian berkata, ketika gegaran pertama berlaku, dia berada di tingkat lima universiti kerana sedang bergotong-royong membersihkan makmal sebelum memulakan semester baru yang dijadualkan April ini.

Jelasnya, biarpun berasa pening akibat gegaran pertama itu, dia tidak menjangka keadaan lebih buruk akan berlaku kerana ia adalah perkara biasa yang berlaku di Jepun.

"Bagaimanapun apabila seorang penuntut dari China mengatakan ia mungkin gempa bumi kerana gegaran semakin kuat, kami berlari ke bawah apabila melihat penuntut lain berpusu-pusu keluar daripada bangunan tersebut.

"Ketika baru sahaja menuruni dua aras bangunan tersebut, semakin jelas bunyi barang-barang jatuh ke lantai akibat gegaran yang semakin kuat," katanya kepada Utusan Malaysia menerusi emel di sini hari ini.

Cerita Mohamad Sofian, melihat bangunan universiti setinggi tujuh tingkat itu beberapa kali berayun ke kanan dan kiri selepas berada di kawasan lapang, barulah dia sedar gempa bumi Jumaat lalu bukanlah gegaran biasa.

"Mujurlah reka bentuk bangunan itu dibina dengan keupayaan menahan gegaran gempa bumi,'' katanya.

Menurutnya, walaupun dapat menyelamatkan diri daripada bangunan tersebut, dia berasa sangat bimbang kerana tidak dapat menghubungi telefon bimbit isterinya.

"Saya bergegas pulang ke rumah yang hanya 10 minit dari universiti dengan berbasikal bagi mendapatkan isteri dan anak saya.

"Syukur, isteri dan anak saya selamat di rumah. Sejurus itu juga, saya mengarahkan mereka keluar dari rumah tersebut dan berkumpul di kawasan lapang," katanya.

Mohamad Sofian berkata, ketika gegaran kedua berlaku, mereka sekeluarga sudah berkumpul bersama orang ramai dan hanya pada pukul 5 petang dibenarkan masuk semula ke dalam rumah.

Ekoran kejadian itu katanya, hanya bekalan gas yang masih ada manakala bekalan elektrik, air dan talian telefon masih terputus.

"Setelah dua hari berlalu, terdapat van bergerak di kawasan perumahan saya yang menyampaikan pengumuman dari semasa ke semasa.

"Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo juga sudah menghubungi kami bagi mengetahui keselamatan kami di sini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan