Rabu, 23 November 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Warga emas merempat dalam kontena

Posted: 23 Nov 2011 03:18 AM PST

GEORGETOWN: Setelah hidup bergelandangan selama lebih 20 tahun, seorang warga emas berusia 72 tahun kini hidup dalam keadaan uzur dan daif dalam sebuah kontena di Tanjung Bungah di sini.

Bagi Tadiyappan Vellasamy, kontena di Jalan Cheah Phee Cheok itu adalah rumahnya dan di situlah ruang tidur, makan dan bilik airnya.

"Saya terpaksa bergantung kepada bantuan orang ramai kerana tidak boleh bekerja akibat masalah kesihatan. Semasa umur saya dalam lingkungan 50-an saya mengalami kerabunan akibat penyakit kencing manis dan sekarang hanya mata kiri sahaja yang boleh melihat," kata bekas pengawal keselamatan itu ketika ditemui di sini.

Apa yang membimbangkan masa depan Tadiyappan ialah "kediamannya" kini telah termasuk dalam tapak projek pembinaan rumah banglo di kawasan itu.


Penyelia tapak projek Mohd Alias Aziz, 34 mengesahkan kontena itu akan dikeluarkan setelah projek perumahan itu siap sepenuhnya.


"Kerja-kerja pembinaan bangunan sudah dimulakan sejak empat bulan lepas. Kita akan membina dua unit rumah banglo di kawasan ini. Projek dijangka siap dalam tempoh setahun," katanya.

Sementara itu setiausaha sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Yakin, P. Balan berkata, kesusahan hidup Tadiyappan perlu diberi perhatian kerana beliau tidak pernah menerima sebarang bantuan kerajaan.

Katanya, Yakin mengetahui kesusahan hidup warga emas itu menerusi maklumat orang awam dan NGO itu berharap agar kerajaan negeri dapat mengambil sesuatu tindakan segera. --BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Beberapa sungai di Pahang lepasi aras amaran

Posted: 23 Nov 2011 02:55 AM PST

KUANTAN: Beberapa sungai di daerah Kuantan dan Bera di Pahang telah melepasi aras amaran berikutan hujan berterusan sejak petang semalam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran, sehingga 4 petang ini, Sungai Kuantan di Bukit Kenau mencatatkan aras air setinggi 20.18 meter, Sungai Belat di Sri Damai (3.25m) dan Sungai Lembing (38.51m).

Sungai Triang di daerah Bera pula mencatatkan aras air setinggi 33.70m.

Jabatan itu turut meminta penduduk di sekitar kawasan berkenaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan