Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 15 Nov 2011 06:17 AM PST JAKARTA: Research In Motion (RIM), pengeluar telefon pintar BlackBerry mengumumkan dua model terbarunya, Bold 9790 dan Curve 9380 yang kedua-duanya beroperasi di atas platform sistem operasi (OS) BlackBerry 7. Pelancaran seluruh dunia itu pertama kalinya dibuat di Jakarta, Indonesia disebabkan negara itu adalah antara pasaran utama BlackBerry. Ketua Eksekutif Bersama RIM, Jim Balsillie berkata, kedua-dua telefon yang dilengkapi skrin peka sentuhan itu akan memasuki pasaran minggu depan. Bagaimanapun tidak diberitahu tarikh sebenar ia masuk ke pasaran Malaysia. Full content generated by Get Full RSS. |
| Malaysia bolot emas, perak dari acara memanah Posted: 15 Nov 2011 03:06 AM PST JAKARTA: Malaysia berjaya membidik pingat emas dan perak dari sukan memanah apabila kedua-dua pemanah negara bersaing dalam acara akhir Recurve individu pada Sukan SEA ke-26 di sini hari ini. Pemanah veteran, Cheng Chu Sian, merangkul pingat emas selepas menundukkan rakan senegara Mohamad Khairul Anuar 6-2 pada saingan akhir di Lapang Memanah Senayan di sini. Kedua-dua pemanah tersebut bakal beraksi pada Sukan Olimpik London tahun depan. Pemanah Thailand, Witthaya Thamwong membawa pulang pingat gangsa selepas mengalahkan Le Dai Cuong dari Vietnam 6-4.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan