Harian Metro: Mutakhir |
| 3 lelaki menyamar sami samun warga emas Posted: 07 Nov 2011 06:43 AM PST SHAH ALAM: Sebuah keluarga kerugian lebih RM40,000 apabila dirompak tiga lelaki yang menyamar sebagai sami dalam kejadian berhampiran Taman Botani Negara Shah Alam, di sini hari ini. Ketua Polis Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian 10.30 pagi itu, suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an datang ke rumah mangsa dan meminta daun sepohon pokok di halaman rumahnya, konon untuk upacara keagamaan.
Bercakap kepada pemberita di sini, Zahedi berkata selepas mengambil daun terbabit, ketiga-tiga suspek beredar dan mangsa masuk kembali ke dalam rumah. "Beberapa minit kemudian mereka datang semula dan menyelinap masuk ke rumah dan mengacukan parang ke arah warga emas berusia 60 tahun itu serta isteri dan anak lelakinya, sebelum merompak barangan seperti set televisyen, komputer riba, wang tunai dan barangan kemas," kata Zahedi.
|
| Bola sepak Sukan SEA 2011: Malaysia seri 0-0 Posted: 07 Nov 2011 04:02 AM PST Skuad negara terikat 0-0 dengan Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan A bola sepak Sukan SEA Indonesia di Stadium Bung Karno, hari ini. Keputusan itu menyulitkan laluan Malaysia yang juga penyandang pingat emas apabila berdepan tugas berat menentang Thailand Rabu ini. Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan