Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 05 Nov 2011 11:50 AM PDT SONGKHLA (Thailand): Kira-kira 30,000 penduduk beragama Islam yang terjejas akibat bencana banjir di empat wilayah di utara Bangkok sejak Julai lalu, kini turut berdepan masalah mendapatkan bekalan makanan halal. Malah, keadaan penduduk Islam di wilayah Pathum Thani, Nontanburi, Ayutthaya dan Nakhon Sawan dilaporkan semakin terdesak berikutan meragui status halal bantuan makanan yang diterima daripada kerajaan Thailand.
Menurutnya, status halal tetap menjadi keutamaan masyarakat Islam di kawasan yang terjejas berkenaan walaupun mereka kini ditimpa bencana.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam Songkhla (Mais) sebelum itu menerima dua treler stok bantuan kemanusiaan disalurkan Malaysia meliputi air mineral dan bekalan makanan bernilai lebih RM26,000 di pejabat Mais, di sini.
Sementara itu, Latt Shariman berkata, penghantaran stok bantuan kemanusiaan itu adalah kali kedua selepas penghantaran 1,000 kotak air mineral yang diserahkan kepada Ketua Polis Hatyai, Jirawat Payungtham, minggu lalu.
|
| Posted: 05 Nov 2011 11:50 AM PDT LEDANG: Seorang anggota polis maut apabila kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan lori membawa muatan tar di Kilometer 15, Jalan Sungai Mati-Tangkak, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.40 pagi, Koperal Peter Benedict Francis, 43, yang bertugas di Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Peter yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan, meninggal di tempat kejadian kerana cedera parah di badan, manakala pemandu lori tidak cedera.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan